TS↪EnD

421 43 83
                                    

♚♚♚

ⓔ ⓝ ⓙ ⓞ ⓨ ⓨ ⓞ ⓤ ⓡ ⓡ ⓔ ⓐ ⓓ ⓘ ⓝ ⓖ

♚♚♚

2 tahun kemudian...

Jungkook pov



Aku berjalan keseorangan di Sungai Han . Angin sepoi - sepoi bahasa itu menampar lembut pipi aku saat aku berjalan .


Sudah dua tahun telah berlalu , Taehyung pergi tinggalkan aku seorang dengan Papa .


Aku rindu mahu dengar bebelan , pujian , amarah dan gelagat manjanya . Aku rindu segalanya tentang dia , adik yang aku paling sayangi , Kim Taehyung .



Tidak pernah timbul rasa penat atau jemu aku menjaganya dari kecil , aku berikan sepenuh kasih sayang aku kepada dia .



Kim Taehyung , dia ajar aku rasa sayang itu apa , dia juga yang mengajar aku menjadi seorang abang yang tabah , sabar dalam menghadapi pelbagai dugaan , dia ajar aku untuk tempuhi segala kesusahan kami berdua tanpa bantuan orang lain .



Tiap malam tidurku tidak lena , mandi tak basah , makan tak kenyang , mengenang bagaimana adik aku hidup berseorangan di sana .


Dia cukup makan ke ?


Dia cukup tidur ke ?


Dia sihat ke tak ?


Aku rindu adik aku , Kim Taehyung .



Kalau aku dapat jumpa dengan dia lagi sekarang , mungkin aku akan tatap wajah dia , peluk dia semahunya , ceritakan segalanya tentang aku semasa ketiadaan dia .



Tanpa aku sedar cecair panas mula membasahi pipi aku , aku terlalu terbuai dalam perasaan aku sendiri , tangisan rindu aku pada dia mengalir sedikit demi sedikit .

Aku kesat perlahan menggunakan jari jemari aku supaya berhenti mengalir .



Aku ingat lagi papa pernah beritahu aku , dia pergi bukan sengaja , tetapi kerana terpaksa .




Mula - mula , aku agak marah juga sebab dia pergi tanpa memberitahu aku apa - apa .



Selepas papa beritahu aku segalanya , baru aku faham , mungkin itu yang dia mahukan selama ini .  Mungkin aku ini hanya penghalang dia untuk tetap di sini .




Mungkin lebih baik dia pergi dalam keadaan senyap dari beritahu aku tentang pemergian dia .





Sedang aku sibuk melayan perasaan seorang diri , aku terlanggar seseorang yang agak pendek dari aku .


[C] Tourette Syndrome + TaekookWhere stories live. Discover now