Langkah kaki kuatur memasuki bangunan eklusif itu dengan gaya yang agak angkuh.
Cermin mata hitam aku betulkan pada mata. Rambut panjang yang aku biarkan lepas mengurai itu turut aku betulkan.
Beberapa staf yang mengucapkan 'morning' atau menegurku dibiarkan tak berbalas olehku. Aku tahu ramai staf dekat sini tak suka aku sebab sikap aku, tapi apa aku kesah?
Aku datang sini bukan nak bermesra dengan diorang pun. !
Kaki kuatur kearah bilik pejabat papa. Tanpa ketuk atau memberikan salam, aku terus membuka pintu dan masuk kedalamnya. Riak wajah papa sedikit terkejut melihatku.
"papa!" tegurku manja sambil berjalan kearahnya. Kedua dua belah bahunya aku picit perlahan.
"adik nak apa datang sini ni? Papa banyak kerjalah kalau adik datang sini just nak papa temankan adik pergi mana mana!". Matanya masih fokus pada fail dihadapannya.
"alah papa ni! Macam tak suka je adik datang sini!". Aku menghenyakkan pungungku pada kerusi empuk dihadapannya.
"bukannya tak suka cuma..... . Takde ape apelah! Ni ada apa ni?". Dia merenungku hairan.
"adik datang nak kerjalah! Kan kalau tak kerja, papa dan abang asyik cakap yang adik ni pemalaslah!". Kataku dengan nada yang agak merajuk.
"kerja?sini?". Soalnya dengan nada yang terkejut.
"iyalah!". Aku mengangguk pelik. Yang papa terkejut sangat ni kenapa? Dulu pun pernah sekali aku kerja dekat pejabat ni!
"boleh buat kerja ke adik ni? Kan buat masalah macam haritu lagi?". Perli nampak.
"iyala pa! Haritu pun bukan salah adik pun! Orang tua tu yang gatal pegang pegang, tu yang adik tampar muka dia tu!". Mengingatkan kejadian itu, hatiku kembali terasa panas. Mana taknya, orang tua iaitu client papa tu yang gatal pegang tangan dan gosok paha aku semasa kami tengah meeting, memang kena tampar lah dengan aku. Tak pasal pasal haritu aku kena bebel panjang dengan papa sebab client terpenting dia tu sudah membatalkan kontrak dengan syarikat papa.
" itupun salah adik jugak!". Balas papa tegas.
"kenapa adik?". Aku menjongketkan kening tidak faham. Apa salah aku?
"tulah, siapa suruh pakai seksi sangat? Tengok, orang tua pun geram tau! Cubalah tukar imej biar menutup aurat sikit macam mama. Sejuk je hati papa tengok". Riak wajah seperti berharap kepadaku.
"nanti nantilah pa! Dahlah pa, adik masuk bilik adik dulu lah!". Aku terus bangun dari kerusi.
Aku bukan tak suka cakap pasal benda ni, cuma aku masih belum ready lagi.
Aku membuat flying kiss kepada papa sebelum keluar dari biliknya dan menuju kebilikku disebelah pejabat abang.
_____
Aku hanya memandang kosong semua file yang tersusun diatas meja. Mata aku pun dah naik bosan asyik membaca setiap info yang terdapat didalam fail itu.
Tangan memicit micit kepalaku yang terasa sedikit memberat, "menyesal pulak aku datang office ni, malaslah nak semak semua fail yang bertimbun atas meja ni!buat pening kepala otak aku je". Fail aku tolak ketepi. Baik aku pergi shopping lagi bagus!
Tiba tiba, pintu dikuak dari luar dna wajah abang terjengul dari balik pintu. Tanpa izin, dia terus masuk kedalam dan tangannya menongkat pada meja sambil matanya terarah kepadaku dengan satu senyuman sinis pada bibirnya.
"patutlah sepanjang aku lalu dekat kawasan office ni staff staff asyik duk berbisik bisik, rupanya ada topik yang diorang bawangkan harini!".
"ikut suka hati dioranglah, i dont care! Yang abang tu takde kerja ke asyik duk dengar diorang membawang aje?". Takde kerja betullah diorang ni, asyik nak mengata aku je kerja! Apa yang diorang tak puas hati dengan aku pun tak tahulah, padahal aku tak pernah kesah pun pasal diorang semua!
YOU ARE READING
DIA SUAMIKU? EUWW
RandomCOMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bidadara, Tetapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa. Affiya Aulia, seorang wanita yang ditaburi de...