Puaka

2.1K 72 4
                                    

       Aku duduk di pangkin rumah berseorangan dibawah gelap malam yang gempita itu.  Suasana kiri dan kanan di kampung itu aku perhatikan.

Betul cakap abang, kampung ini memang mendamaikan dan menenangkan. Aku memang akui tentang itu.

Tetapi satu sahaja yang aku tak suka duduk dekat sini sebab aku BOSAN!!! , aku tak tahu nak buat apa dekat sini. Nak berbual dengan mama, mama duk sibuk berbual itulah, inilah dengan makngah. Abang dengan papa pulak duk sibuk bincang pasal projek mereka dan aisyah pulak duk tengah ulangkaji pelajaran, maklumlah peperiksaan spm tak lama lagi. Jadi, tinggallah aku sengsorang sendu macam ni.

IPhone ditangan aku buka dan semua aplikasi yang ada aku buka dan scroll. Tetapi, satu pun takde yang menarik untuk aku tengok. IPhone dimatikan.

Keluhan kecil aku lepaskan.

Malam ni baru hari pertama aku kat sini, ada dua hari lagi! Macam manalah aku nak hadap kebosanan yang melanda ini.

Mataku tiba tiba terhenti pada kelibat arnab yang aku lihat tengah hari tadi. Aku mengukirkan senyuman dan langkah kaki kuaturkan menuju kearahnya yang berada di tepi rumah.

Suasana yang agak samar di tepi rumah itu menyebabkan matanya menjadi bersinar sinar terang.

Badan aku bongkokkan dan akhirnya, badan kecilnya dapat aku pegang dan bawanya kedalam pelukan. Bulunya aku usap lembut.

Aku memang suka haiwan lagi lagi kalau arnab dan kucing.

"hoii! Kau buat apa dalam gelap ni?". Sergahnya kuat dari belakang sehingga bahuku terhinjut.  Aku memalingkan tubuhku memandangnya.

"u memang tak boleh cakap lembut lembut ke, hah? Perlu ke sampai terjerit macam tu!". Wajahnya aku jeling tajam. Nasib baiklah aku takde sakit jantung, kalau tak mrmang dah arwah aku ni!

"dah kau yang duduk dalam gelap ni sengsorang kenapa? Manalah aku tahu kau, aku ingatkan pencuri tadi!". Katanya sambil bercekak pinggang.

"i ambil bunny lah!". Aku menunjukkan arnab didalam pelukanku.

"sedap sedap kau je ekk panggil dia bunny! Kau ingat kau mak bapak dia ke senang senang je nak bagi dia nama!". Sindirnya.

"ikut suka hati i lah!you ni memang jenis mulut puaka ek? ". Aku menjuihkan bibir. Dasar mulut takde insurans.

Menyakitkan hati betullah!!

"mulut puaka kau panggil aku?......  Tapi Ikut suka kaulah nak panggil apa pun! Ni satu hal lagi! i you, i you.... Gelilah dengar kau ber i you dengan aku!". Dia membuat muka geli.

"hey ikut suka i lah nak panggil u apa! Lagipun nama u tu buruk lah, nama kampung!..... Kimi? euww!". Kini, giliran aku pulak membuat muka geli.

"macam mana kau tahu nama aku kimi? Kau stalk aku ek?". Soalnya dengan kening yang terjongket sebelah. Tangannya naik mencekak pinggang.

"eee tak de masalah i nak stalk u, apa? U ingat u tu handsome ke?". Aku menjelingnya tajam. Bunny di tangan aku usap.

"eahh kau ni bukan main berlagak eahh sekarang, sombong pulak tu!". Dia mengeleng geleng kepalanya sambil memandangku.

"i don't care!". Aku terus memusingkan tubuh dan membuka langkah untuk kehadapan. Sampai esok pun tak habis kalau nak bertekak dengan mamat tu.

Aku berjalan hingga ke pangkin dan langkahku terhenti apabila terdengar suara aisyah memanggilku.

"iye!" aku menoleh kearahnya dan dia menghampiriku.

"akak! Akak dah habis main dengan rossy ni?". Dia mengusap kepala arnab yang berada didalam pelukanku.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now