Swimming pool dihadapan aku renung kosong. Keluhan berat aku lepaskan bersama hati yang sangat berat.
"tolong paklang bimbing fiyya kearah kebaikan! Paklang tahu kimi boleh bantu dia". Paklang merenung aku dengan wajah yang penuh harapan.
Aku yang agak tidak seberapa faham dengan permintaan paklang menjadi blur.
"apa ni paklang? Bimbing apa ni? Saya tak fahamlah!" aku ketawa perlahan sebab ke'blur'anku.
"kamu kahwin dengan fiyya!". Serius wajahnya.
Aku terkedu dan senyumanku mati.
Aku merenung paklang dan Affin silih berganti. Affin mengangguk mengiyakannya.
"kahwin? Fiyya?". Permintaan tak masuk akal apakah ini?.
"paklang tahu kamu boleh bantu dia kimi! Paklang percaya kamu! Kamu pun sendiri tahu kan perangai fiyya tu macam mana, kami satu keluarga dah berbuih mulut dah nasihatkan dia tapi semua tak jalan malah semakin menjadi jadi perangai dia selepas nenek dia dah takde! Paklang tahu kamu boleh lenturkan dia! Lagipun tadi kimi jugak selamatkan dia.. " wajahnya sangat berharap.
" paklang, seriously saya tak tahu nak cakap macam mana! ". Kataku jujur. Terasa otakku tidak dapat berfikir dengan baik sekarang ni.
" lagipun saya rasa yang fiyya takkan setuju punya pasal ni sebab dia pun tak suka saya! Kan kami kalau jumpa pun asyik bertekak je! Jadi saya rasa tak sesuai kut... ...."
" itulah sebabnya kimi, aku tahu kau boleh berkeras dengan dia dan kau jugak takkan ikut apa yang dia cakap! Dan aku jugak guarantee yang kau boleh betulkan dia dangan cara kau sendiri! ". Celah affin yang juga kelihatan serius.
Tiba tiba wajah fiyya yang lemah tadi kembali terbayang pada ruang mataku saat ini.
Satu keluhan berat dilepaskan,
" saya fikir dululah paklang! Nanti kalau saya ada jawapan saya bagitahu paklang ye! ". Itu je aku dapat fikir untuk cakap buat sekarang ni.
"yelah, kamu fikirlah baik baik! Nanti bagitahu paklang!".
Aku mengangguk perlahan.
"saya minta diri dululah paklang, Affin!". Aku terus bangun dan mengorak langkah keluar dari bilik pejabatnya yang kononnya nak bincang pasal projek.
Aku meramas rambutku sehingga sedikit serabai.
'apa aku nak buat ni?' kenapa aku yang kena kahwin dengan minah tu? Kenapa mereka sangat berharap kepada aku? Aduilahh, peninglah kepala aku.
Terasa ada satu tangan menyentuh lembut bahuku dari tepi dan aku mengangkat wajah melihat wajahnya yang tersenyum.
"kimi duk tengah fikir pasal apa? Stress bebenor ibu tengok!" ibu duduk diatas kerusi disebelahku.
"takde apelah bu!".
"kimi.... Ibu ni dah semakin tua, ajal pun semakin hari semakin mendekat. Ibu kalau bolehlah sebelum tutup mata tu ibu nak tengoklah kimi dan Aisyah bahagia.". Aku memandang wajahnya yang kelihatan agak sayu.
"apa ibu ni cakap pasal ajal ajal ni? Kimi tak sukalah bu!". Tangannya aku genggam.
"kamu suka ke tak suka ke, kalau dah sampai waktunya, kita ni manusia lemah tetap akan pergi nak!".
Ibu senyum manis kearahku dan aku mengeratkan lagi genggaman tanganku dan tangan ibu.
"setiap hari ibu duk risau nak, macam mana kalau suatu hari nanti ibu dah takde , macam manalah dengan anak anak ibu ni! Sekarang ni, ibu ada untuk masakkan dan tengokkan kamu, tapi bila ibu dah tiada nanti siapalah yang akan jagakan kamu, masakkan kamu, rawat kamu masa kamu sakit? ". Mata tuanya mula bergenang.
" ibu.... ".
" paklang kamu dah bagitahu ibu tentang rancangan dia nak satukan kimi dan fiyya!" ujarnya
"dah tahu". Aku memandangnya dengan riak yang terkejut.
Ibu mengangguk"sebelum dia bagitahu dengan kamu pasal niat dia, dia dah bagitahu dekat ibu dan Aisyah dan ibu cakap ibu tak kesah tupun bergatung dengan jawapan kimi ! ".
" ibu.... Kimi tak rasa kimi sesuailah dengan dia tu bu! Kimi rasa macam jodoh kimi bukan sekarang! Mungkin 10 tahun lagi ke". Celahku melepaskan apa yang terbuku didada.
"10 tahun lagi kimi? Memang mati dululah ibu ni! Kimi....... Ibu rasa kalau kamu bimbing dia dengan elok, pasti dia akan berubah nak. Mana tahu dialah orang yang boleh gantikan ibu untuk jaga kamu bila ibu dah tutup mata nanti!".
"lagipun tolong orang kearah kebaikan kan satu pahala yang besar!". Sambung ibu lagi.
"tapi macam mana kalau kimi tak mampu? ". Soalku dengan kerutan pada glabella.
"insyaallah kimi boleh, kimi mampu.... Ibu akan doakan yang terbaik untuk anak mak sorang ni!"..
"terima kasih bu". Aku mencium tangannya.
"kamu fikir lah elok elok ye nak! Apa pun keputusan kimi ibu akan terima! Tapi kamu kena ingat yang kamu tu dah semakin tua, dah elok sangat tu kalau nak berumah tangga!". Bahuku ditepuk perlahan sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah meninggalkan aku bersendirian disini.
________
Kelopak mata aku buka perlahan dan aku menarik nafas lega apabila melihat keadaan bilik itu adalah sama macam bilik aku.
Aku memandang baju tidurku yang masih lengkap pada tubuhku. Aku tak kena rogol kan?.
Fikiranku kembali mengingatkan peristiwa tadi dan kimi... Yass kimi, dia yang selamatkan aku.
Tanganku naik menyentuh lukaku pada bibir. Jahat betullah diorang tu tadi, bentakku didalam hati. Tapi ni semua salah akulah yang konon merajuk dengan kimi lepastu berlagak nak jalan sengsorang.
Jap!! No!! AFFIYA AULIA SALAHKAN DIRI DIA SENDIRI? NO! NI TAK BOLEH JADI NI!
Dahlah hari ni dua kali aku malang, first kena dengan si zaim tu, lepastu dengan 2 ekor setan tu.
Apalah nasib aku? Keluhan berat aku lepaskan.
tiba tiba pintuku dikuak dari luar dan tepempang wajah kimi yang menatang dulang air susu. Wajahnya kelihatan terkejut melihatku.
"aku minta maaflah sebab aku main terjah je bilik kau sebab mama kau suruh aku masuk je dalam bilik kau, takyah ketuk sebab dia cakap kau belum sedar lagi.... Ermm...aku nak bagi kau susu dan ubat ni je..". Gelisah wajahnya menerangkan kesalahannya itu. Tau pun salah! mama ni pun satu, kalau aku tengah tukar baju ke sekarang ni tak kenaya kalau mamat ni main terjah masuk jee.
Awalnya rasa nak marah tapi melihatkan wajah kalutnya membuatkan aku terasa lucu. First time nampak mamat ni mengelabah, kalau tak asyik nak menang je kerja dia.
Aku hanya diam dan dia meletakkan dulang itu diatas meja disebelah katil.
"kau macam mana? Okay tak?". Aku merenungnya pelik. Asal caring pelik je ni?.
"ermm aku... Aku tanya sebab semua ni pun jadi sebab salah aku jugak! Jadi aku saja tanya.. Kan mana tahu kan..". Dia kelihatan gugup.
"i rasa okaylah sikit tapi i geramlah dengan diorang tu, jahat betulkan?".aku memandangnya.
"tulah pasal, tapi diorang dah kena sumbat dalam rumah besi! Kau tak payah risaulah".
"rumah besi?" tanyaku hairan.
"penjara!". Jawabnya ringkas dan akhirnya aku ketawa sebab kebluran aku ni.
" seriously! Padan muka diorang!!!". Lega aku mendengarnya.
"okaylah kalau macam tu, aku balik bilik dulu lah!". Dia terus menapak keluar dari bilikku.
"ermm kimi.." panggilku dan dia berhenti seraya berpaling kearahku.
"ermmm i.... I... I nak ucap ter... Terima kasih dekat u!". Akhirnya, keluar jugak terima kasih aku.
Dia hanya mengangguk dan menapak keluar hingga batang tubuhnya hilang dari pandangan mataku.
Aku menepuk mulutku sendiri... Why Affiya Aulia! What have you done? Aku tak pernah berterima kasih dekat orang lain tau. Dekat mamat yang aku tak suka jugaklah aku pergi ucap.
Ishh mulut ni kan!!.
YOU ARE READING
DIA SUAMIKU? EUWW
NezařaditelnéCOMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bidadara, Tetapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa. Affiya Aulia, seorang wanita yang ditaburi de...