Sakit

3.3K 78 3
                                    

    "kimi! Ooo kimi! Kimi! Ibu datang ni! Fia oo fia! Aish mana budak budak ni! Takkanlah tak bangun daripada tidur lagi masa ni! Assalamualaikum kimi, fiaaaa"  lenaku terganggu apabila kedengaran suara ibu semakin jelas di halwa telinga.

Mungkin ibu berada diluar kut.

Aku cuba untuk gagahkan diri untuk bangun dari pembaringan tapi semakin aku gagahkan diri, semakin terasa berat dikepalaku. Tanganku naik memegang kepalaku yang berdenyut denyut. Tekakku juga sudah berasa sedikit loya dan rasa payau mula menjengah. Tekak yang agak pedih membuatkan diriku tidak berapa selesa. Segala kesakitan aku alami membuatkan aku menjadi sebak. Kalau dulu, mamalah orang yang sanggup tak tidur malam sebab nak jaga  aku waktu aku sakit tapi sekarang ni mama dah takde untuk jaga aku.

"fia...". Kepala terus aku toleh kesebelah kanan apabila mendengar suara serak basah itu kedengaran disebelah.

Mataku membulat apabila melihat sekujur tubuh yang sedang elok landing disebelahku dengan wajah yang mamai. Dia tidur sebelah aku ke? Mamat ni amik kesempatan betullah.

Niat dihati memang nak marahkan dia tapi apabila mengingatkan diri yang tak sihat ni, aku hanya biarkan saja. Nanti aku sihat baru boleh ajak bergaduh balik.

Dia bangun dari pembaringan dan matanya merenung wajahku. "kenapa muka kau merah? Badan kau makin panas ke?" soalnya prihatin sambil tangannya naik memeriksa suhu didahiku. Lantas aku gelengkan kepalaku.

"dahtu.... Kau...".

"kimi....." kedengaran suara ibu memanggil diluar rumah meyentakkan kami. Dia memandangku lama sebelum  dia turun daripada katil dan langkahnya keluar daripada bilik itu. Badan aku rebahkan kembali pada katil kerana tekakku yang berasa loya sperti ingin muntah.

Tidak lama selepas itu, bunyi ketukan pada pintu membuatkan wajahku tertoleh kearah sana. Terpempang  wajah manis ibu melihatku dan dia mula melangkah mendekatiku.

"fia okay? Rasa badan semakin panas ke? Fia nak makan? Ibu ada bawakan makanan untuk fia dan kimi?" tangan tuanya menyentuh tangannku.

Kepala aku gelengkan.

"tak apelah kalau macam tu! Fia rehat dulu ye! Ibu nak pergi siapkan makanan  nanti ibu datang balik!". Katanya dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya sebelum langkahnya menuju keluar dari bilik itu.

Lama aku merenung atap rumah itu dengan pandangan yang kosong. Rasa rindu pada mama dan papa mencengkam jiwaku.

Tidak lama selepas itu, telingaku menangkap seperti suara ibu yang kedengaran agak tegas. Aku terus bangun dan langkah aku berhentikan pada pintu bilik. Telinga aku fokuskan pada suara itu di balik pintu.

"kenapa fia sampai deman panas macam tu? Kimi tak jaga dia ke? Baru kelmarin kamu berdua tinggal bersama, dah jadi macam ni! Kalau macam nilah gayanya, biar fia tinggal dengan ibulah! Boleh ibu jaga dia!". Tegas suara ibu memarahi kimi.

"bu!  Kenapa ibu nak salahkan kimi? Mana ada kimi tak jaga dia bu! Semalam okay je". Kedengaran suara kimi mempertahankan dirinya.

"ibu tak kira, fia kena tinggal dengan ibu, ibu nak jaga dia dekat rumah sana".

"mana boleh bu! Kan kita dah janji! Janji mesti di tunaikan!".

Janji? Janji apa mereka berdua ni?.

"tapi.... Kalau jadi apa dekat fia macam mana? Tu anak orang tu kimi bukan hak milik kita!".

"siapa kata fia tu bukan hak milik kita? Fia tu kan hak milik kimi bu! Jadi kimi bertanggungjawab atas dia! fia akan tinggal dekat sini dan ibu tu..... janganlah risau sangat! Apa? Muka kimi ada nampak macam penjahat bersiri bertaraf dunia ke apa bu! Kimi akan jaga dia! ". Lembut saja suaranya berjanji.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now