Finally Pulang

2.5K 77 9
                                    

Seminggu kemudian,

"Assalamualaikum mama, papa!". Tangan aku depakan seluas luasnya kearah kedua dua insan yang aku paling sayang itu. Keluar sahaja daripada kereta, terus aku meluru kearah mereka yang sudah siap sedia menungguku dimuka pintu.

"mama, rindulah". Tangan mama aku ambil dan aku kucup lembut dan diikuti kimi dibelakang.

"papaaaa..... I miss u so muchh!". Tangan papa pula menjadi tempat kucupanku.

"iyelah tu rindu papa.... Entah entah dah suka duduk sana, lupa kami di sini". Kata papa dengan nada yang agak merajuk.

"alolo pa.... Janganlah merajuk... Adik rinduuuuuuu sejuta kali rinduuu dekat papa tau...". Kepala aku lentokkan pada bahu papa dan lengannya aku peluk.

"papa dan mama sihat?". Soal kimi dan dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan papa dan papa menyambut salamnya dengan segaris senyuman di bibir.

"sihat.... Alhamdulillah.... Cuma.... kamulah, nampak macam kurang sihat je, nampak muka letih je... Ada masalah ke kimi?". Soal papa prihatin.

"Alhamdulillah saya okay je... Cuma tulah, sibuk siket kebelakangan ni sebab ada projek baru dengan ladang". Kata dengan senyuman.

Tulahh, sibuk sangat sampai lupakan aku. Aku menjelingnya tajam. Terasa benar dengannya yang sanggup menyuruh aku tidur sorang sorang semalam sebab nak siapkan kerjanya. Aku dahlah sudah menjadi penakut sekarang ni, tidur pun perlu ada peneman. Btw, sejak Peristiwa minggu lepas tu, aku dah tak tidur sengsorang dah sebab aku tak berani. Setiap malam aku akan heret bantal dan selimut aku kedalam biliknya untuk tumpang tidur dibiliknya. TUMPANG JE YE, BUKAN SEBAB AKU DAH SUKA PADA DIA YE!! TAKE NOTED!!!

"of courselah letih pa, nak kena uruskan budak yang tak terurus ni memang satu hal dah!". Sampuk Abang Affin yang sudah berdiri dihadapanku. Entah dari mana datangnya tak tahu tapi dia masih lagi lengkap dengan pakaian kerjanya, jadi maknanya baru balik dari kerjalah.

" Abang Affin!! ". Jeritku excited dan aku mendepakan tanganku untuk memeluknya tapi ditolak olehnya.

"dah kau tak payah nak berabang Affin sangatlah dengan aku! Loya tekak aku ni !nah, salam je... Takde peluk peluk!". Dia membuat muka menyampah dan tangan kanannya dihulur kearahku.

"kau ni sengkek lah bang". Cantasku namun hulurannya tetap aku sambut. Selepas itu, dia bersalaman dengan kimi pulak.

"eahh jomlah masuk dalam! Boleh kita borak panjang lagi! Kimi jemputlah masuk". Pelawa mama dan kimi hanya membalasnya dengan anggukan.

"eah bang! Kau makin hodohlah.. Dah tak handsome dah". Aku menarik tangan abang Affin dan kami berjalan beriringan masuk kedalam rumah. Kimi dibelakang aku hanya biarkan begitu saja. Ala biarkanlah dia, aku kan dah lama tak jumpa family aku.

Kami semua melabuhkan punggung pada sofa di ruang tamu yang gah itu. Kalau nak dibezakan dengan ruang tamu rumah di kampung dengan ruang tamu ini diibaratkan bagai langit dengan bumi.

"adik dekat kampung macam mana? Seronok tak?" soal mama dan semua mata tertumpu kearahku.

"biasa je ma cuma dekat kampung tu, bermacam macam air adik dah try mandi tau...". Kataku itu membuatkan kimi disebelah sudah mengerlingku.

"macam macam air, air apa tu?" soal mama lagi dengan nada yang pelik.

"air sungai, air perigi, air kolah, air dalam baldi... Air ikan keli pun pernah tau...". Kataku beriak selamba.

"air ikan keli? Air apa tu?". Reaksi mama kehairanan.

Kimi disebelah aku lihat seperti sudah tidak senang duduk... Takutlah tu kalau aku cerita dekat semua yang aku pernah lemas dalam kolam ikan keli dia.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now