Malu

3.2K 79 0
                                    

             Nasi lemak yang berbungkus diatas meja aku buka dengan begitu gembira sekali.

Bau harum nasi lemak itu semakin mengoyahkan perutku yang sedia ada berkeroncong.

Finally dapat juga aku makan!

niat dihati memang nak mogok dengan kimi sampaikan nasi lemak yang dibeli olehnya aku taknak makan,tapi memandangkan nasi lemak ini sangat menggoda imanku sampai aku pun dah  tak terdaya lagi untuk menolaknya.  Ni pun nasib baik si kimi tu dah pergi kerja, kalau tak memang kempunan lah aku nak makan nasi ni.

Tulah siapa suruh ambil kesempatan dekat aku semalam.

Mengingatkan peristiwa tadi membuatkan wajahku berona merah. Bila aku buka je mata, posisiku berada dalam pelukannya dan tanganku yang tiba tiba gatal juga sedang memeluk badan sasanya dengan erat. DENGAN ERAT!!!sedangkan dia sedikitpun tidak memeluk tubuhku dan  hanya AKU yang memelukknya.

Memalukan betullah!!. Dahlah dia siap ungkit pasal kejadian tu sambil mempersalahkan aku yang ambil kesempatan dekat dia apabila aku memarahinya kerana membawa aku masuk ke dalam biliknya.

Benci betullah dengan mamat tu!!!

"amboi bahasa kau! Sesedap mulut mak nenek kau cakap aku ni ambil kesempatan dekat kau! Kau ingat aku ingin sangat ke dekat kau ni! Kau pun nampak kan yang kau tu yang peluk aku sampai taknak lepas, lepastu kau nak salahkan aku pulak!!".

"euwww noooo! Habis tu kenapa u  bawa masuk i dalam bilik u?". Bentakku.

"kan kalau aku tinggal kau sengsorang kan kau nangis! Takutlahh... Ada hantulahh.... Ada momoklah..... Ni kira okay apa aku teman kau tidur  daripada kau tidur dengan momok tu".

"mana boleh macam tu!! Atau u  saja je kan nak amik kesempatan dekat i, lepastu u nak malukan i.. kan?!!". Bentakku lagi tanda tak puas hati.

"ha ahlah fia, betullah apa yang kau cakap tu... Aku sengaja je nak amik kesempatan dekat kau! Yelah. dah ada ikan free depan mata takkan si kucing ni taknak terkam kan" katanya dengan nada yang serius. mataku terus membulat mendengarkan itu.

"tapi kan fia... Aku rasa selesa gila bila kau peluk aku semalam, rasa macammm nak jee lagii...... Malam ni kau tidur dengan aku lagi ye sayang." luahnya dengan nada yang agak sensual dengan senyuman nakal di bibir.

"ARHAM HAKIMIII!!!!!!". Jeritku kuat kerana kegeraman

"I HATE.....". Mulutku ditekup olehnya. Dia datang menghampiriku dan mulutnya dibawa ke telingaku.

"terima kasih untuk semalam". Bisiknya sebelum dia ketawa halus dan beredar dari situ...

Sakit hati betul aku apabila memikirkan kejadian itu sampaikan nak tengok muka dia dah naik menyampah.

Seusai makan, aku rebahkan diri pada sofa yang kelihatan agak buruk yang terdapat di ruang tamu itu. Atap zink rumah itu aku perhatikan lama. Kenapalah ada lagi manusia zaman batu  atas dunia ni? Tak boleh ke gantikan atap ni dengan syiling yang cantik sikit ke? Buat Sakit mata aku je melihat pemandangan yang tak seberapa indah ni.

Arghhhh! Bosannya!!! Apa yang aku boleh buat dekat sini?. Nak layan drama dalam fon pun line takde. MEMBOSANKAN BETULLAH!!!

Baik aku pergi jalan jalan sekeliling rumah ni, boleh jugak tengok pemandangan luar daripada terperap dalam ni je. Lantas, aku melangkah keluar daripada rumah itu.

Mataku meliar memandang sekeliling. Baru aku sedar bahawa hanya rumah itu saja yang terdapat disitu dan berada paling hujung di  kampung ini. Kelihatan dua atau tiga buah rumah lagi berada di seberang jalan yang jaraknya agak jauh. Kalau macam ni, memang takde siapalah yang dengar kalau aku terpekik terlolong macam badak pun dekat sini.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now