Takut

2.7K 83 1
                                    

    Bayangan momok yang menjelma sebagai lembaga hitam dengan rambut yang panjang serta taring yang begitu tajam semakin mendekatiku. Semakin aku mengundur ke belakang, semakin dia merangkak kearahku. Lantai sudah dipenuhi dengan beberapa tompokan darah yang keluar daripada mulut lembaga itu. Wajahnya sangat mengerikan.

Tempikkan kuatku yang meminta tolong hanya dibiarkan olehnya. dia semakin merangkak dan cuba untuk mencengkam kakiku dengan jarinya yang panjang.

Aku semakin takut. Peluh membasahi lebat di setiap wajah dan tubuhku. Aku buntu. Setiap teriakan dan tempiakanku bahkan tidak didengari oleh sesiapapun dan hanya ada aku bersama lembaga itu di ruang gelap ini......

"kau jangan datang dekat aku!!!!! Kau pergi dari sini!!! Kau jangan kacau hidup akulah setann!!!" tempikku kuat setelah wajah buruknya semakin mendekati wajahku. Wajahnya terlalu hodoh dan buruk sehinggakan tidak dapat diluahkan oleh kata kata dan hanya sepasang mata yang mampu menerangkan bahawa betapa lembaga ini sangat mengerikan.
_______

Langkah kaki aku lajukan ke bilik sebelah apabila mendengar seperti satu suara yang meracau racau bersama tangisan.

Mataku tertacap pada fia yang seperti menghalau sesuatu dengan tangannya dalam keadaan yang menangis. Aku mendekatinya dan kelihatan kelopak matanya tertutup rapat.

Jam ditangan aku kerling, pukul 8 pagi. Takkanlah siang siang pun mengigau budak ni. Dahlah dari subuh lagi tidur tak bangun bangun.

"pergi... Kau jangan kacau aku... Pergi.... Pergi...." tangannya seperti menghalau sesuatu di udara.

Kedua dua belah tangannya aku tangkap dan letakkan dibawah. Air mata yang keluar dari kelopak mata yang tertutup itu aku sapu perlahan.

Kesian pulak aku tengok dia ni, desis hatiku.

" jangan... Jangan... ".

" fia!... Kau kenapa ni? ! Aku ada dekat sini teman kau...". Tangannya aku ambil dan usap perlahan.

"momok..." perkataan yang keluar dari bibirnya itu menyentakkanku. Takkanlah pasal momok tu buat dia jadi macam ni sekali.

Wajah aku raup. Kesian pulak aku tengok fia. Ni semua salah akulah ni. Tak sangka pulak usikan momok tadi buat dia takut sampai macam ni sekali. Aku baru je nak buat gimik pasal cakar dinding tandas masa dia mandi tadi. Haduilahhh...

Tangannya yang tiba tiba melingkar di pinggang menyentakkanku. Wajahnya disembam pada belakang pinggangku sehingga dapat terasa haba panas dari tubuhnya. Lantas, tanganku mendarat diatas dahinya.

"panasnya badan fia".

Rangkulan pada pinggang aku rungkaikan dan kedudukannya aku betulkan. Selimut tebal aku selubungkan pada badannya hingga ke paras dada.

Kakiku terus melangkah ke dapur untuk mengambil kain dan semangkuk air.

Aku kembali ke bilik itu bersama sehelai kain dan  air lalu merapati figura yang sedang tidur itu.

Tanganku lincah merendam kain kecil itu kedalam air dan kain itu diperah sebelum diletakkan pada dahi fia. Tanpa sedar, perbuatanku itu telah menganggu lenanya.

"u.... Buat apa ni..." tanyanya dalam suara yang agak mamai.

"badan kau panas fia... Kau deman ni".

Tiba tiba, matanya meliar memandang sekeliling dengan riak yang agak ketakutan. Lantas, dia bangun dari pembaringan dan terus merapatkan tubuhnya padaku.

"kau kenapa? Sampai mengigil gigil badan kau?". Soalku hairan sambil mata turut meliar memandang sekeliling. Ni mesti cari kelibat momok tulah,bisikku di dalam hati.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now