"Afiyya.... Fiyya.... Bangunlah! Subuh dah nak habis ni. Bangun solat!"terasa bahuku digoncang perlahan oleh seseorang.
" ermm... Ngantuklah". Jawabku lemah.
"hei bangunlah! Dah nak habis waktu dah ni!".. Lembut kedengaran suaranya.
"i takboleh solatlahh".
"betul ke kau tak boleh solat? Ke kau tipu aku!"
"yeee....betullah!dah u pergilah solat, kan terlepas pulak. Dah, jangan ganggu i nak tidur".
Selepas itu, kedengaran derap tapak kakinya berlalu pergi.
Aku tarik comforter semula hingga ke paras dada dan sambung tidur sebelumm....
"arghhhhhhh!!!!!!!...."
Aku melihat kimi yang sedang ketawa berdekah dekah dan ditangannya memegang sebuah baldi kecil.
Aku meneliti baju tidurku dan tempat tidur yang sudah basah lencun dek air yang disimbahnya.
"Arhamm Hakimi!!!!!!!!"jeritku lantang dan lantas dia menekup mulutku.
" dah! Kau tak payah nak jadi macam gorila sangat pagi pagi buta ni! Aku tahu kau boleh solat, dah bangun! Solat subuh sama sama! ". Tegas suaranya dan dia meninggalkanku menuju ke bilik air.
Eiii mamat ni memang kurang ajarlahh! Tak pasal pasal kena mandi dah aku pepagi buta ni..
Eyyy! Geramnya aku dengan mamat ni!!!!. Benci!
Baru hari Pertama dah buat aku macam ni??
"good morning pa, ma". Ucapku dengan nada ceria apabila melihat wajah papa dan mama berada di meja makan. Kedua dua orang kesayangan aku itu aku peluk erat sebelum punggung dihenyak pada kerusi.
"hai! Happy semacam je kau pagi ni! Ada ape ape ke yang berlaku semalam?" tu dia, straight to the point, abang aku sorang ni bertanya.
"kau ni kenapa bang! Tak habis habislah! Aku cucuk garpu dekat mulut kau baru tahu!". Garfu ditangan aku hunuskan padanya dengan jelingan yang tajam. Dah elok elok mood aku baik ni, saja je dia nak spoilkan mood aku. Bebal punya abang!!
Kau ingat mamat puaka tu boleh buat aku happy ke,? hah!.. Dahlah pagi tadi sesedap dia je simbah air dekat aku.
"dahlah adik, Affin! Ni mana suami adik, papa tak nampak punn?".
Suami? Huh, geli pulak aku dengar.
"pa, he is not my husb..".
"Assalamualaikum semua". Celah satu suara mematikan suaraku.
Dengan selamba, dia tarik kerusi dan duduk disebelahku. Sebuah jelingan maut aku hadiahkan kepadanya.
" jemput makan kimi".kimi hanya mengangguk sambil tersenyum.
Senyum konon! Depan orang bukan main baik lagi kau ek! Kalau dengan aku, macam lahanat!.
"adik! Kenapa monyok aje tu? Makanlah sayang" tegur mama dan aku hanya mengangguk lemah.
Macam manalah aku nak hadap mamat ni selepas ni kalau sehari pun aku dah rasa menyampah dengan dia. Huhhh!!
"bila kimi nak balik kampung?" soal papa memecah kesunyian.
"insyaallah lepas lunch nanti kimi balik dengan fiyya". Dia merenungku lembut.
"wait!what?dengan i? Kenapa dengan i? I taknak ikut u, u balik sorang jelah!" bantahku.
"adik! Kimi kan suami adik. Jadi adik sebagai isteri kenalah ikut kimi balik, tempat adik bukan dekat sini lagi tau, tempat adik ialah disisi suami". Panjang lebar mama menasihatiku.
"tapi ma..."
"no tapi tapi!". Tegas suara papa.
"papa ni memang tak sayang adik kan? Haritu papa paksa adik kahwin dengan lelaki yang adik langsung tak berkenan lepastu papa nak suruh adik duduk kampung pulak dengan mamat ni! Papa memang dah tak sayangkan adik kan!papa kan tahu yang adik tak suka duduk dekat kampung tu ". Bentakku sambil menghentakkan meja makan.
" yang kau nak emo sangat ni kenapa? Bukan nye papa suruh kau pergi buat dosa pun! Kau ikut jelah laki kau balik, bukannya susah pun! " abang mula membuat muka menyampah.
" adik lupa ke yang adik dah berjanji dengan makngah tentang syarat adik dan makngah tempoh hari! Lupa? ". Sambung papa lagi
" ya pa! Adik tak lupa tapi adikk.... "
" no tapi tapi Affiya Aulia! Ikut cakap kimi! No excuses! " tegas suara papa dengan wajahnya yang ketat. Haaa sudah. Aku tahu kalau wajah dia macam tu aku takkan dapat melawan lagi.
Tanpa sedar, air mataku jatuh kepipi.
Punggung aku terus angkat dan langkah aku bawakan menuju ke arah bilik.Cengeng betullah kau ni Affiya Aulia!
Kenapalah semua orang nak sebelahkan sangat mamat tu sekarang ni! Semua orang dah benci dekat aku ke? Aku tahulahh aku ni manja, gedik, suka menyusahkan orang, pemalas pulak tu. Tapi takkanlah baru sekarang baru nk complain macam macam!.
Air mata semakin lebat jatuh ke pipi dan pandangan mata aku lemparkan pada luar tingkap.
"makan ni" keras suaranya namun aku masih tidak berganjak.
"kau nangis ekk? Alaa kau ni cengeng betullah". Dia duduk disebelah dan matanya merenungku. Aku hanya diam terkutik dan hanya membiarkannya.
"ooo kau taknak cakap dengan aku ek? Okay takpa!cuma aku nk pesan nanti jangan lupa kemas barang kau, ikut aku balik kampung!".
"no! I taknak! Takboleh ke kalau u tak paksa i! I bencilahh!". Bentakku kuat.
"kalau ikutkan memang aku taknak bawak kau balik sekali dengan aku, tapi tulahh, kau kan dah janji dengan ibu! Jadi aku tak boleh nak buat apa dah! Tulahh kau siapa suruh berjanji bagai!".
"can u stop membebel Arham Hakimi?". Dah naik lemau telinga aku ni dengar dia yang banyak cakap.
"boleh....... . Boleh blahh!".dia menolak bahuku dan lantas bangun dari duduk.
Eyhh mamat ni memang menyakitkan hati betullah.....
"lepas kau makan, kau pack barang kau! Muktamad!" dia terus berlalu pergi dari situ.
Kena paksa lagi! Eee bencilah!!.
Namun Tiba tiba, mataku tertancap pada dulang makanan diatas meja yang berisi sepinggan bihun dan segelas air horlick.
Ouhh baru ingat tadi aku tak sempat nak makan sebab duk asyik membantah je sampai lupa nak makan.
Baik pulak mamat ni....
sorry guys sebab lama tak update sebab saya memang busy sangat😣(memang betul) tak tipu.
Ni pun curi masa nak update. Nanti saya curi masa lagi tau nak update cerita ni.😚
Teruskan baca tau dan boleh share🤘
Love u guys muahhh♥️♥️♥️♥️♥️♥️
YOU ARE READING
DIA SUAMIKU? EUWW
RandomCOMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bidadara, Tetapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa. Affiya Aulia, seorang wanita yang ditaburi de...