H O N E Y M O O N

2.6K 72 0
                                    

         Pintu bilik aku buka dengan penuh berdebar debar. Tambah pulak kimi yang beria menyuruhku untuk bukakan pintu.

"suprise".

Langkahku terhenti apabila melihat suasana dalam bilik itu. Di atas lantai diteraburi dengan kelopak rose yang berwarna merah hati dan wangian bilik itu dipenuhi dengan bau Rose.

Aku tersedar apabila tanganku dipaut oleh kimi disebelah. Dia hanya mengukirkan senyuman manis kearahku.

"jom". Tangannya memimpin tanganku berjalan mengikut arah kelopak rose dilantai. Aku hanya diam menunggu kejutan yang seterusnya.

"abang". Aku mati kata apabila melihat beberapa keping kad yang tergantung pada dinding yang tertulis'  HAPPY ANNIVERSARY SAYANG' dan dibawahya adalah katil yang sudah dihias dengan bunga rose merah dan kuning dan sebentuk cincin permata berada ditengah katil. Disebelah katil pulak kelihatan terdapat sebuah meja yang dipenuhi dengan makanan dan pelbagai coklat.

Tanpa dapat dikawal, air mataku akhirnya tumpah dan badannya aku peluk. "abang.. Sorry sebab fiyya tak ingat harini Anniversary kita". Terharu aku dibuatnya.

" takpe... Cukuplah abang ingat... Lebih baik salah seorang ingat daripada dua dua tak ingat kan?". Serba salah pulak aku...

"abang! So sweet". Aku rungkaikan pelukan dan air mata aku seka. "tq abang".

"janganlah cakap macam tu fiyya.. Abang sebenarnya tak pandai nak sweet macamni, nak romantik bagai.. Fiyya janganlah cakap abang sweet, malulah abang". Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" siapa cakap abang tak sweet? Abang sweetlah". Sakatku. Suka aku tengok dia yang tengah malu malu kucing sekarang.

" habistu macammana abang dapat idea nak buat suprise macam ni?".  tak expext langsung yang dia akan buat suprise macam ni.

" abang sebenarnya ada terbaca dekat instagram pasal ni, tu yang tiba tiba datang idea..". Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku sudah ketawa berdekah.

" tengok fiyya dah ketawakan abang!".

"sejak bila abang pandai main Instagram bagai ni?". Keningku tercongket sebelah.

" sejak fiyya kata abang  ni kampung, abang pun trylah jugak trend sekarang.. Tapi best jugak kan benda alah tu". Aku ketawa geli hati.

" macam macamlah dia ni... Habistu macam mana sekarang ni? Kita dua je ke dekat sini?".

"kan dah kata yang kita nak honeymoon, mestilah berdua je". Selamba dia menjawab.

"ouh patutlah taknak bawak Aqid ye!". Ada benda rupanya dia nak buat.

Dia hanya mengangkat bahu dan hanya membuat muka tidak bersalahnya.

Tangannya mencapai sebentuk cincin permata yang berada di atas katil dan dibawanya menghampiriku. Kepala aku dongak untuk memandang tepat kedalam anak matanya.

"abang tak pelik kenapa fiyya tak ingat dengan hari anniversary kita sebab dulu kan fiyya tak boleh terima dengan perkahwinan ni, muka fiyya masa kahwin memang nampak habis muka paksa fiyya.. Yelah kita kalau tak suka, buat apa ingat kan?".

Bibir aku kemam, serba salah aku mendengarnya.

" tapi sekarang fiyya dah boleh terima perkahwinan ni dan dah boleh terima abang sebagai suami fiyya... Mulai harini, abang yakin yang fiyya akan ingat tarikh nikah kita sebab muka fiyya nampak  ikhlas sangat dan dah tak kena paksa macam sebelum ni...  kalau kita happy, kita akan sentiasa ingat perkara happy tu".

"abang tak tahu nak bagi hadiah apa dekat fiyya.. Jadi abang beli ni je". Sebentuk cincin permata berwarna biru diangkatnya.

"harap fiyya suka dengan hadiah ni... Happy Anniversary fiyya yang kedua". Tersenyum lebar aku mendengarnya.

" Tq abang! I love u so much". Tangan kanannya aku ambil dan kucup lama. Terharu sangat aku sampai nak nanges.

"pakaikan". Pintaku dan tanganku dihulurkan kepadanya. Bertambah lebar senyumanku melihatku cincin permata itu telah tersarung manis pada jari manisku.

"tapi kan, baru fiyya perasan yang kita tak sambut pun anniversary tahun lepas". Tiba tiba terlintas difikiran.

"macam mana nak sambut kalau sorang dah macam kucing, sorang dah macam anjing, asyik gaduh je kerja".

Ha ahlah... Betul jugak tu! Bergaduh sampai tak ingat dunia.

"abanglah yang suka cari gaduh dengan fiyya...". Aku menyalahkannya.

"dah fiyya layan, abang on jelah.. Best apa gaduh gaduh, nanti boleh cerita dekat anak cucu nanti".

" amboi amboi, anak baru nak masuk setahun, dah cakap cucu". Perliku.

" dahlah bercakap.. Abang laparlah... Jom makan!"ajaknya.

" okay jom! ". Langkahku mendahuluinya. Sememangnya dari tadi lagi aku duk terliur dengan kek red velvet yang berada diatas meja. Memang kecuj air liur nohh.

" abang romantiknye". Meja makan itu juga turut dihias dengan suasana yang romantik.

"abang dah cakap jangan cakap abang romantiklah fiyya". Bantahnya. Malu sangatlah tu, kutukku hanya dalam hati.

"suamiku yang romantik dan sweet, tolong potongkan kek itu kepada fiyya boleh tak?". Mata aku kerdipkan kepadanya.

"pleasee!".

"yelah". Akhirnya dia mengalah dan aku bersorak keriangan.

Seorang yang dahulunya kasar dan ego rupanya seorang yang pemalu apabila berkait soal hati dah perasaan.







Malam itu, kami hanya makan malam disekitar resort itu. Sumpah aku cakap resort dekat Penang ni sangat cantik tambah tambah pulak pada waktu malam.

" lepas makan kita nak pergi mana pulak? Jalan jalan jom!". Ajakku. Spaghetti dihadapan aku makan dengan penuh berselera. Tengah mood happy kan!.

"malam ni tak boleh jalan jalan, nanti habis tenaga!". Aku memandangnya hairan.

"  kenapa habis tenaga? Nanti kita balik bilik tidur jugak kan!".

" fiyya pasti ke kita tidur malam ni?". Nadanya kedengaran sedikit nakal.

Otakku masih tidak menangkap akan maksudnya dan hanya mengangguk." yelah, habistu nak buat apa?".

"biasanya malam honeymoon orang buat apa?". Aku yang baru perasaan terus memukul lengannya. Dia  ketawa berdekah.

"apa abang ni!". Serta merta wajahku berona merah.

"okay apa fiyya... Aqid tu pun dah nak masuk setahun, elok sangatlah tu kalau dia dapat adik".

" Aqid tu berjalan pun tak boleh lagi bang". Bantahku.

"tapi dah nak boleh berjalan, kan?". Balasnya tidak putus asa.

" dah.. Tak payah cakap hal ni.. Sambung makan lagi bagus". Spaghetti aku suakan kedalam mulut. Malu betul aku kalau topik ini dibuka.

"alaa fiyya...". Nadanya dileret leretkan.. Dah kenapa jadi manja semacam suami aku ni? Naik seram pulak aku.

"makan!". Ujarku tegas dan dia ketawa. "garang nau!".

"fiyya malam ni tau! Jangan lupa!". Ujarnya lagi.

Mata aku julingkan keatas. Kenapalah si kimi ni macam macam malam ni!

Layankan jelah fiyya dengan suami engkau seorang ni!!

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now