"nah". Beg pakaian aku hulurkan padanya dengan riak selamba. Biarpun rasa dihati rasa macam nak je ikat dia supaya tak balik kampung. Tapi nak buat macam mana, rasa itu hanya perlu disimpan dalam hati je. Aku sendiri pun tak tahu kenapalah aku perlu bersedih nak biarkan dia pergi.
Beg bertukar tangan dan langkahnya sudah bersedia menuruni tangga... Tanpa dipinta, aku mengekorinya menuruni tangga.....
"kau jaga diri dekat sini.... Jangan buat benda yang bukan bukan walaupun aku takde dekat sini.... Yang penting, solat jangan tinggal.." pesannya.
"hmmm...".
"lagi satu, kau tolonglah jugak kak siti masak ke, kemas rumah ke... Jangan biarkan kak siti buat kerja sorang sorang, kesian dia tau..". Pesannya lagi dan aku hanya membalas dengan 'hmm'.
Sesampainya di muka pintu, mama dan papa yang sudah siap dengan kemeja kerjanya menghampiri kami.
" kimi dah nak balik dah? ". Soal papa.
" ya pa".
"bawak kereta elok elok tau kimi.... Ouhh ye, Affin awal pagi tadi lagi dah pergi kerja sebab ada hal katanya, jadi dia sampaikan salam jelah dekat kimi". Pesan mama dan dia hanya mengangguk.
"kimi pergi dululah mama... Papa..." tangan dihulurkan dan hulurannya disambut oleh mama dan papa. Seterusnya, dia berpaling menghadapku.
" aku pergi dulu... Kau jaga diri ye fia.. Apa apa hal call aku". Pesannya lagi dengan senyuman manis di bibirnya.
"yelah..." jawabku lemah. Tangan aku hulurkan terlebih dahulu untuk bersalam dengannya dan dengan senyuman dibibir dia menyambut huluranku. Haishlahh Kenapalah dia banyak senyum pagi ni?.
"kirim salam dengan ibu dan Aisyah" pesan papa.
"okay pa".
"kimi gerak dulu ye". Katanya kepada semua dan rambut aku diusap sehingga sedikit serabai persis perlakuan seorang bapa dengan anaknya. "ingat pesan aku tu".
Selepas itu, Hanya mataku yang menghantar langkahnya hingga ke dalam kereta. Hon kereta dibunyikannya dan kereta hilux hitammnya keluar dari perkarangan rumah itu.
Tanpa sedar, aku melambai lambai tanganku kearahnya dengan muka yang sangat sedih.
" dahlah tu sedih dik... Kimi dah pergi dah..." mama mengusap lembut bahuku.
Dengan itu, muka aku tegangkan semula dan cuba beriak selamba"mana ada adik sedih, okay je ni"
"yelah tu.....".
"betullah pa.". Kataku lagi cuba menyakinkan papa.
"good... Kalau adik okay... Jom ikut mama pergi shopping!dah lama adik tak shopping kan... So, harini anything yang adik nak, mama belanja" cadang mama teruja dan papa menyokongnya dengan anggukan tapi entah mengapa aku rasa tak happy langsung dengan pelawaan mama itu.
"malas lah ma... Lain kali jelah".
"what!! Seriously adik... What wrong with you?". Tanya papa dengan terkejut.
"kenapa sayang? Selalunya adik yang bersungguh kalau bab bab shopping ni tapi ni dah kenapa?".
" nothing lah pa... Ma... Adik just malas nak keluar... Itu je.... Adik masuk dalam dulu lah" tanpa jawapan mereka, kaki terus aku hayunkan menuju kearah bilik tidurku.
Kenapa aku rasa sedih ni! Maigodd!! What wrong with u Affiya Aulia....
Badan aku rebahkan pada tilam empukku dengan satu keluhan yang berat.
YOU ARE READING
DIA SUAMIKU? EUWW
RandomCOMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bidadara, Tetapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa. Affiya Aulia, seorang wanita yang ditaburi de...