E N D I N G

3.2K 103 15
                                    

          Sudah seminggu berlalu selepas honeymoon kami dan aku...tersangatlah gembira. Terasa diri sangat bertuah walaupun baru  memiliki keluarga yang kecil.

Tapi aku dah rasa sempurna- CUKUP sempurna... Ada suami yang begitu memahami dan ada anak yang sentiasa membuatkan aku tersenyum.

Aqid yang sedang bejalan dengan caranya yang sendiri aku perhatikan. Chubby sangat badan, tu yang payah nak seimbang badan sendiri.

Ketawa sendiri aku apabila melihat Aqid yang  ketawa kuat pada dirinya sendiri apabila dia gagal mengimbangi badannnya dan jatuh terduduk di lantai.

Lahailah anak.. Boleh pulak dia ketawakan diri dia sendiri!.

"Assalamualaikum". Suara orang memberi salam diluar membuatkan aku mengangkat punggung dan berjalan kearah pintu.

"Waalaikumussalam! Eah Aisyah.. Macammana result spm?". Terus aku melangkah kearahnya yang berada ditengah kimi dan ibu.

Wajahnya yang kelihatan sedih membuatkan aku serba salah. Salah ke soalan aku tadi?. Mereka saling berbalas pandang antara satu sama lain. Tangannya aku ambil dan genggam

" is okay Aisyah! Janganlah sedih, mungkin rezeki Aisyah tak sampai lagi... Aisyah kena redha dengan keputusan ni, Aisyah dah buat yang terbaik kan?". Pujukku dan dia hanya menunduk sebelum tersenyum lebar kearahku.

"Aisyah dapat straight's A kak fiyya!". Jeritnya teruja dan kerana terlalu happy, aku turut menjerit dengannya sekali.

" Alhamdulillah, congratulations Aisyah! Okay, Aisyah cakap je Aisyah nak apa, akak belanja!". Keningku tercongket memandangnya.

"Ya Allah! Berdesing telinga ibu ni tahu tak dengan kamu jerit sangat!!". Kami hanya tayang sengih keaarah ibu.

"tindakan spontan bu". Kepala yang tidak gatal aku garu.

"ermm fiyya.. Aqid mana?". Soal kimi.

"ouh Aqid sorang dekat dalam!". Terus aku hayun langkah kearah Aqid didalam.

Macam manalah aku boleh lupa dekat Aqid ni!.

" Ya Allah...Aqid dah tertidur". Aqid yang sudah tertidur di lantai aku angkat. Kesian dekat Aqid sampai terlentok atas lantai.




Kami semua berkumpul di ruang tamu rumah ibu di kampung. Papa, mama, abang Affin dan kak sal jugak turut hadir. Kata mereka saja nak melawat kampung sambil melawat aqid sekali.

Aku  bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang besar. Alhamdulillah, jelas terpancar riak kebahagiaan di wajah masing masing.

Aqid yang tidak berenggang dengan datuknya aku pandang. Datuk dan cucu ni memang rapat lain macam kan! Kadang kadang tu lebih rapat daripada anak! Kalau dulu, mama dan papa semestinya akan cari aku terlebih dahulu tapi sekarang lebihkan Aqid pulak!! Nasib baik anak sendiri, kalau tak memang dah berdendam lama dah!

"alang alang dah ada semua ni! Papa ada nak buat pengumumanlah sikit!". Ujar papa dan kami semua terarah kepadanya dengan wajah menunggu.

"papa dan mama dah sepakat yang kami... Akan buat rumah dekat kampung atas tanah yang papa baru beli dekat sawah padi! Tempat dekat sana memang cantik dan yang paling penting kami bolehlah rehat dekat sini... Maklumlah kami ni pun dah tua!". Tersenyum lebar aku mendengarkannya.

" maknanya mama dan papa tinggal sinilah ye...tinggal dekat dengan adik! ". Aku tersenyum gembira.

" tak! Papa dan mama nak duduk sini bukan sebab adik, tapi sebab cucu kami! ". Selamba papa menjawab.

" papa! "mulutku memuncung panjang. Yang lain sudah ketawa.

" kau ni dah jadi mak pun nak manja bawah ketiak mama papa lagi! ". Perli abang Affin.

" habistu kau tu manja bawah ketiak kak salma, asyik nak berkepit je!"bidasku balik.

" takpelah.. Ni kan isteri aku! ". Kak salma disebelah dia hadiahkan senyuman. Cehhh, acah sweetlah tu.

" korang berdua ni sama je! Dah besar panjang pun masih nak bergaduh lagi!! ". Kepala mama tergeleng kecil.

" okay! Abang pun rasa nak buat pengumuman jugaklah!"sampuk abang Affin.  Dia memandang kak salma lama sebelum kak salma mengangguk sambil tersenyum.

Abang Affin memegang tangan kanan kak salma dan berpaling kearah kami" abang nak bagitahu yang.... Isteri abang ni dah mengandung and i will be the father soon! ". Ujarnya dengan nada teruja.

" Ya Allah abang! Kita dapat cucu lagi lahh! "mama menepuk bahu papa.

" biar betull.. Aku dah nak nak ada anak buah lah ni! ". Sampuk kimi dengan nada yang juga teruja. Yelah, anak buah pertama kan teruja dia lain macam sikit.

" Alhamdulillah ".

" ehem.. Ehem.. Aqid dah setahun, bila kau nak bagi adik dia pulak?". Soal abang Affin sambil mengerlingku dan kimi.

" ha ah! Aqid nak adik baru kan?". Soal papa kepada Aqid yang berada di ribanya.

"nak... Nak". Ternganga aku mendengar jawapan yang tak seberapa jelas sebutannya  daripada Aqid.

"boleh Aqid.. Kalau aqid nak, aqid suruh umi dan abi Aqid ni kerja kuat sikit". Selamba dia je ajar budak kecik hal ni. Haduilah abang.

Kak salma disebelah mencuit lengan suaminya...

Kimi memandangku dengan satu senyuman dibibir dan aku membalas senyumannya dengan perlukan erat di lengannya.

"nak kerja kuat macam mana kalau sudah ada!". Ujar kimi membuatkan semua mata terarah kearah kami.

"maksud kimi?". Soal mama dengan kening yang tercongket.

Kenapa semua orang macam blur je!

"maknanya, kak fiyya mengandunglah ye!". Tembak Aisyah dan aku mengangguk.

"ha ah dah empat minggu dah kan abang!".  Kimi mengangguk dan mulutnya menguntumkan senyuman mekar.

"Alhamdulillah, Aqid dapat adik betullah ni". Kata ibu ceria.

"Alhamdulillah,  keluarga kita ni semakin bertambah ahli, semakin meriahlah keluarga besar kita!". Ucap papa.

Alhamdulillah Ya Allah atas segala kurniaanmu kepada keluarga ini.





"abang abang abang". Panggilku dengan nada berlagu.

kimi yang sedang duduk di atas sofa aku peluk lehernya dari belakang dan pipi kanannya aku kucup.

"kenapa tiba tiba ni.. Fiyya ada nak apa?". Soalnya.

"terima kasih". Ujarku ikhlas.

"sebab?". Badan dipusingkan dan matanya memandang tepat kedalam anak mata hazelku.

" abang dah buat fiyya happy.. Fiyya happy tau kalau abang ada sentiasa ada dengan fiyya.. Sekarang, hidup fiyya dah cukup sempurna sebab ada abang, aqid dan baby ni". Perutku yang sedikit memboyot aku sentuh.

Senyumannya melebar" i love u fiyya"satu kenyitan mata dihadiahkan kepadaku.

"i love u more Arham Hakimi". Balasku dengan nada yang sedikit kuat.

  Aku Affiya Aulia, mungkin sudah gila,  gila dengan cinta Arham Hakimi, si mamat kampung!. Walaupun cintanya tidaklah sehebat cinta romeo, tapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa.


THE END!


FINALLY BOLEH UPDATE MALAM NI! FUHHH, CERITA NI DAH HABIS DAH!!
A BIG APPLAUSE I WANT TO GIVE TO ALL MY READERS🖐️

APAPUN SAYA NAK UCAPKAN BERJUTA JUTA TERIMA KASIH KEPADA YANG MASIH BACA CERITA NI, YANG MASIH SETIA MENUNGGU SAYA UPDATE  TAU!! LOVE U GUYS.

SEGALA SALAH SILAP SAYA POHON AMPUN DAN JUGA SORRY KALAU ENDING TIDAK MEMBERANGSANGKAN!!

THANK JUGAK KEPADA YANG VOTE CERITA NI! I REALLY REALLY REALLY LOVE YOU!!! SAMPAI RASA TERHARU GILERRRR!!!!!.

DAN BOLEH BACA BUKU KEDUA SAYA 👉isteri kiriman tuhan.

SAYA AKHIRI PENULISAN SAYA DALAM CERITA INI DENGAN ASSALAMUALAIKUM DAN SEMOGA KITA SENTIASA BERJAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT DISAMPING DALAM REDHA ALLAH, INSYAALLAH








DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now