Belajar

2.5K 73 2
                                    

       "Lena sangat kau tidur semalam sampaikan naik pecah anak tekak aku ni kejutkan kau yang bukan kemain susah lagi nak bangun subuh tadi". Sakatnya dengan satu senyuman nakal yang tergaris pada bibirnya.

"ke kau lena sebab dapat pelukan macho aku semalam sampaikan taknak bangun dari tidur". Sakatnya lagi dan aku hadiahkan satu jelingan tajam padanya.

"hey u ingat i ni nak sangat ke tidur dengan u tu? Semalam tu sebab i takut lah". Jawabku mempertahankan diri. Kalau tak memang malu habislah muka aku ni sebab dicop aku memang sengaja nak tidur dengan dia semalam.

"habistu kenapa kau datang dekat aku?".

"dahtu i nak pergi dekat siapa, hanya ada u je dlam rumah ni! Alah u jangan nak besarkan masalah sangatlah, i tumpang tidur je pun! Tupun nak kecoh" balasku kegeraman. Tak habis habis nak sakat aku.

"ouh tumpang, kalau tumpang je.... Kenapa muka kau merah? Macam merah sebab malu je?ke kau buat apa dekat aku semalam". Sakatnya lagi sambil menunjuk pada kedua belah pipiku.

Lantas aku memegang pipiku yang membahang"mana ada, merah sebab panas kut! ". Aku mengipas ngipas wajahku.... Dia ni pun!! Perkara tadi tu janganlah diungkit lagi, biarkan jelah,.marahku didalam hati..

" eah dahlah, aku pergi kerja dulu lah! Layankan kau sampai lusa pun tak habis". Katanya sambil duduk ditangga untuk menyarung kasut kerjanya.

"hmm yelah pergilahh" balasku dengan gaya tangan yang mengusirnya.

"kau buatlah apa yang patut dekat rumah ni, sapu apa yang patut ke, basuh baju ke... Kau belajarlah buat semua tu janganlah goyang kaki je".

"tengoklah camne" jawabku acuh tak acuh.

"aku pergi dulu tau... Kau jangan lupa makan nasi lemak yang aku beli tadi tu kan nanti basi pula..". Katanya sambil menghulurkan tangan kanannya kearahku.

"hah, kenapa?". Soalku blur.

"kau belajarlah salam tangan suami kau bila suami kau ni nak keluar rumah". Tegas suaranya.

"mesti ke?". Soalku lagi.

"iye, dapat pahala tau". Dia mendekatkan lagi hulurannnya padaku.

Mata aku julingkan keatas sebelum menyambut hulurannya dan tangannya aku bawa ke dahi. Selepas salam aku tayang senyum manis 'fake'ku kearahnya.

"suamiku, pergilah kerja dengan aman dan tenang, isteri mithalimu setia menunggu suaminya pulang ke rumah dengan hasil keringatmu ". Kataku dengan nada bahasa buku seperti nada dalam cerita p. Ramlee.

"drama betul kau ni.. Dahlah aku pergi dulu." langkah kakinya menuju kearah motornya dan suis dihidupkan.. Bayangan motornya hilang di ruang mataku.


Seusai makan nasi lemak yang dibeli oleh kimi, Aku sandarkan kepalaku pada kerusi kayu yang terdapat di ruang tamu itu.  Mataku berkelip kelip memandang atap rumah itu dengan satu keluhan kecil.

Apa aku nak buat sekarang ni!!!!!! Bosannnnnn nak matiii!!!!!

Jam ditangan aku lihat, baru pukul 8. 30 pagi.

Ya Allah kenapalah aku orang yang ditakdirkan untuk duduk di kampung ini yang penuh dengan kebosanan? Kenapalah orang macam aku jugaklah yang kena stay dekat kampung ni? Kenapa tak orang lain?, seribu satu soalan yang bermain di benakku pada ketika ini.

Sekolah Aisyah pun satu, kenapalah pagi ni jugak nak buat program? Kenapalah bukan hari lain!!! Kalau tak sekarang ni aku dah berada rumah ibu dah.... Takdelah aku bosan macam ni....

Aku bangun dan berjalan mundar mandir dalam ruang tamu itu untuk menghilangkan rasa kepuasan...

Mataku tiba tiba tertarik pada sebatang penyapu yang berada di belakang pintu kayu dan lantas aku berjalan kearahnya.

DIA SUAMIKU? EUWW Where stories live. Discover now