🎈9

327 25 2
                                    


shaza terbaring diatas katilnya sambil melihat kipas yang berpusing . rambut yang basah di biarkan dalam gumpalan tuala. lega rasanya dapat mandi.

" dah seminggu lebih , faiq sejak faiq tuh muncul. tapi entah kenapa aku tak percaya yang dia ada hati kat aku. " gumam shaza sendiri.

dia mula buat flashback sendiri. dari tika dia mula jumpa faiq.
dia masih ingat lelaki itu dengan gila nya confess tengah tengah orang ramai. masa pack pulak tuh.. shaza teringat reaksinya pada tika itu.

lepastuh lelaki pelik itu muncul kat kelas dia. bawa dia ke kafe mahal. serius! shaza bingung pada tika itu . siapa yang noob bercinta ? shaza  atau faiq? sebab faiq nampak sangat dia tak ada effort untuk kejar cinta. sebab tuh dia tak percaya.

dia teringat saat dia diserang traumanya . tak di sangka faiq menolongnya dengan menghantarnya ke hospital. dan juga beg nya yang telah di ragut kepada pengemis acah gengstar faiq juga kembalikan kepadanya. baru dia ingat nak beli beg baru. terpaksalah dia guna beg tuh sampai reput.

lepastuh, tiba tiba faiq berubah dari seorang dingin. jadi mesra? entahlah... tapi, shaza tak selesa watak faiq yang berubah itu. tiba tiba dia keluar kelas faiq tawar hendak bawak begnya dengan senyuman yang bagi shaza sungguh tak kena dengan wajah dingin dan sinis yang selalu dia hadap.

dan shaza teringat masa faiq pertama kali belanja nya makan . jelas jelas shaza baru lepas makan. dia nak sumbat jugak dalam mulutnya. memandai je dia suruh aku makan round ke2 . dia nak bagi aku gemok lagi ke?

ouh!  paling dia tak boleh lupa peristiwa kali pertama jantungnya berdegup tidak tentu arah dan pengalaman bila dia rasa mukanya panas seperti terbakar. bila faiq tiba tiba jadi knight in shining armor menyelamatkannya dari sebaldi kecik dari menimpa kepalanya.

serius! shaza terkejut campur tergamam. hampir sahaja dia terjatuh kedalam perangkap cinta faiq. nasib dia cepat tersedar dari mimpi siangnya.

tapi hidung shaza bagai terngiang bau cologn yang faiq pakai . sejak faiq membantunya memakaikan seat belt padanya. darahnya bagai menderu laju kemukanya. kadang dia rasa yang dia addict dengan bau cologn itu.

ditambah peristiwa faiq memeluknya sambil menyelimutkannya dengan suit hitam lelaki itu. bau itu selalu menjadi bahan berangannya.

terkadang faiq imaginasinya menjadi tutornya. yang akan tunjuk ajar secara dekat dengan suara dinginnya . pandangan beku. tapi menggoda jiwanya.

adakala dia berangan faiq menjadi tentera yang menjaga keamanannya. dari persekitaran yang dia tidak selesa . ouh! membayangkan faiq memakai uniform tentera sahaja sudah membuatnya blushing sendiri. sungguh hensem! abang tentera dingin!

dan juga pernah membuat andaian jika faiq menjadi pilot . uiii ! uniform pilot yang smart! muka yang sungguh bergaya ... mesti faiq jadi kegemaran ramai... hehe... tapi sayangnya faiq itu mengejar seekor anak gajah yang bernama shaza arifah yang selalu menunjukkan yang dia jual mahal. tapi bak kata orang , semakin dia lari semakin kuat ikatan gitu...

" hehehehhe! " shaza gelak bagai mak lampir dalam biliknya .
tersengih sengih dia sendiri. berguling guling dia atas katil bujang itu. lalu dia menarik selimut menutupi mukanya.

ahh.... malunya...

" eh! kejap! " shaza tiba tiba bagai tersedar dari terpukau atau hipnosis.

" aku suka faiq ke? " kata shaza .

" arghhhhh! " jerit shaza lalu dia terduduk .tuala di kepala sudah tercabut. tangannya bergerak mengusutkan rambut seperti orang gila yang keresahan. tapi seketui shaza sememangnya sedang resah.

" tak akan lahh... tak mungkin aku dah bagi hati aku kat dia? no ! no ! no ! bullshit ! tapi... dia... tak ada shaza! kau tak tahu dia nak apa dari kau ... macam mana kau percaya yang dia betul betul ada hati kat kau?" kata shaza yang berperang dengan kata hatinya.

tapi... macam mana kalau dia betul betul suka aku?
perempuan gemuk seperti aku?

" shaz! jangan hilang fokus! kau sikit lagi nak graduate lantakkan faiq tuh... biarkan dia nak cinta kau ke... apa ke.. pastikan kau lulus ! dapat keje elok elok... dapat beli baju yang kau nak.. dapat makan makanan sedap..." shaza yang kembali bermotivasi untuk berlajar. setelah kegilaan sebentar tadi.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

" akhirnya! paper last! " keluh shaza kuat di taman u itu sendiri.

" mari kita baca buku... " kata shaza.

sekarang pukul 4. dalam satu jam lagi dia perlu masuk ke dewan untuk menjawab kertas akhirnya. dari pagi sampai petang berderat exam final nya... hidup sebagai mahasiswa sungguh mencabar.

tiba tiba...
sebotol air mineral dan sebungkus roti gardenia perisa jagung di letakkan di hadapan shaza.

" hmm? "

" makanlah... , alas perut kau. nanti kalau kau masuk angin time exam macam mana? menyusahkan aku je nanti." kata faiq yang mengambil tempat di hadapan shaza.

" eleh... apasal pulak kau yang susah? " kata shaza sambil dia membuka botol air dan di teguk sikit air itu.

" sebab akukan boyfriend kau." kata faiq selamba dengan muka dingin mayatnya. serentak itu,

pfhu...!

mulut shaza yang ingkar tuannya dengan sengaja menyembur air tepat mengena wajah beku itu.

" oii! kau kenapa! " marah faiq . basah muka dengan air bercampur liur perempuan chubby di hadapannya itu.

" sorry. sorry. siapa suruh kau cakap macam tuh. " kata shaza sambil kelam kabut mengambil tisu paket di poket begnya . lalu mengelap muka lelaki itu.

" aku cakap betulkan? " kata faiq.

" entah. " balas shaza lalu meletakkan tisu di tangan faiq. malas dia hendak bantu mengelap lagi. tambah pula muka yang kebasahan itu tampak menggoda di mata shaza. baik dia henti sebelum imaginasinya lebih parah.

" lepas exam nih . ikut aku. " kata faiq.

" pergi mana? " tanya shaza.

" apalagi celebrate lah... final exam habis." kata faiq.

" kat mana tuh.. " kata shaza yang fokus pada bukunya.

" wayang . aku dah tempah movie. aku dengar cerita tuh best. dan jangan risau. semuanya akan di tanggung oleh aku. " kata faiq.

" okey. aku ikut. jadi sekarang .. tolong tinggalkan aku sendiri. " kata shaza.

" okey. " kata faiq. lalu dia bangun dari situ.

" thanks faiq. " kata shaza perlahan.

" apa? " tanya faiq untuk memastikan apa yang dia dengar.
tapi namanya shaza arifah aka anak gajah keras kepala. memanglah dia tak akan ulang balik katanya.

shaza hanya biarkan sahaja pertanyannya faiq disapu angin. sambil dia membelek buku di hadapannya. untuk refresh apa yang dia pelajari sepanjang semesta itu.

" haihlah... aku tunggu tempat biasa kul 5 nanti. " kata faiq dan pergi dari situ.

shaza angkat kepalanya untuk melihat figura itu. setelah pasti lelaki iti tiada di mana mana . tangannya bergerak memegang pipinya . terasa panas sedikit wajahnya itu. jantungnya berdebar.

dia pandang roti dan air tersebut. sebelum bibirnya dikoyakkan membentuk senyuman. hehe... bahagianya... sungguh dia gembira bila faiq prihatin terhadapnya. tersengih sengih dia menjawab paper akhirnya. maklumlah, senang hati.

prof ikram melihat shaza yang sebegitu sehingga  terangakat keningnya. dah gila student nya.. haih.. jangan gagal sudahlah..

Make me Twisted By You ✓Where stories live. Discover now