part 2 ~ ia berakhir di sini~

356 27 1
                                    


" aik? kenapa ceria semacam je? ada apa apa jadi ke, masa shopping? " tanya ben yang memasuki dapur .

" hm? tak adalah. " balas shaza sambil tersengih . kad di tangannya di sorok di bawak mangkuk laksa nya.

" iya ke nih? " ben yang terasa curiga dengan perbuatan shaza mencuba tanya sekali lagi.

" iya, tak ada.. just seronok dapat angin baru." kata shaza lalu menghirup kuah laksanya

" eheheh... angin baru ke, orang baru? " kata ben seperti mencucuk jarum.

" uhuk! " shaza tersedak . cepat cepat dia mengambil gelas airnya dan meneguk dengan rakus.

" em... betullah tu gamaknya.. "kata ben yang tak habis mengusik sebelum berlalu dari situ.

" sesuka hati je buat spekulasi macam tuh.. " kata shaza sendiri .

lalu dia alihkan mangkuk laksa itu dan dia tenung kad itu lagi.

" ouh! simpan dululah dalam kenalan. nanti boleh call. " kata shaza dengan idea bijaknya. dia mengagau poket di sebelah kanannya sebelum sebuah henfon sebesar tapak tangannya di keluarkan.

unlock password. lalu dia menekan kenalan untuk menambah kenalan baharu.

" 011-**** *582-" sebut shaza satu persatu sambil menekan pad dial.

" Raylan. save. okey." kata shaza sebelum mengcheck no yang baru di savenya.

tiba tiba , entah mana datang. shaza sendiri tak perasan. sebuah figura datang dan merampas kad yang berada ditangannya.

with no fear. gerangan itu segera dia kenal. iaitu kemunculan encik faiq wildan.

" bagi lah balik! " arah shaza.

" hm? benda nih? " tanya faiq.

" yelah , bagi balik. " kata shaza sambil bangun dari duduknya cuba untuk merampas kembali kad tersebut.

akan tetapi, faiq tidak pernah main main dengan ketinggiannya. di angkat tanganya setinggi yang mungkin dari di capai oleh shaza.

" ish! sibuk lah! bagi lah! bagi! " marah shaza dengan suara yang semakin menaik. sambil terjengkit jengkit untuk mengambil.

" kejap, kad apa nih? penting sangat ke?" tanya faiq.

" kau tak payah nak tau. bagi jer lah! " kata shaza geram.

faiq kegeraman dengan sifat keras kepala anak gajah di hadapannya. kad di tangannya di turun sedikit untuk matanya membaca isi kad itu.

sebaik sahaja matanya meniti nama di kad itu darahnya menaik.

" macam mana kau ada kad nih?" tanya faiq.

" kan aku kata, kau tak payah tahu! bagi jerlah! susah sangat ke? " marah shaza.

"heh.. wrong answer. " kata faiq lalu kad itu di koyak menjadi serpihan kecil dihadapan shaza.

perempuan itu kejung melihat faiq yang tak semena mena mengoyak kad itu. apa masalah dia?

" kau nak? ambillah." kata faiq dengan nada dingin . lalu mencampak serpihan itu ke muka shaza .

sebelum dia pergi dari situ dalam perasaan marah dan mendengus geram.

" faiq! " jerit shaza geram.

ben yang berada di tingkat atas terkejut. begitu juga syamim di dalam gendonganya.

" apa lagi... diorang nih? anak aku baru nak tidur. " kata ben sambil membuat muka sedih apabila syamim kembali terjaga  setelah dia penat menepuk dan mengendong bayi yang berusia setahun itu.

Make me Twisted By You ✓Where stories live. Discover now