🎈18

289 19 0
                                    


bang! bang!

" laikha! fokus! perhatikan titik tengah tuh. aim kan ke tengah. " kata alex yang memberikan panduan.

" tak boleh... " keluh shaza.

"dah dekat 8 jam kau berlatih tapi satu apa pon tak jatuh! macam mana kau nak tembak diorang kalau diorang serang kau dari jarak dekat? " kata alex dengan nada yang marah.

shaza hanya diam . bibirnya di ketap kuat. pistol di tangan nya di genggam. bukannya dia sengaja . tapi dia trauma dengan bunyi tembakan . kejadian dia hampir kena tembak masih jelas diingatannya.

" lantak kau lah! kau nak matikan! " alex melepaskan lahar panasnya. sebelum meninggalkan shaza sendiri di situ.

dan, setitik... dua titik...

shaza menangis. dia tidak dapat menahan air matanya dari keluar. dia merasakan dirinya tidak berguna kerana dia telah mengecewakan alex.

shaza menggengam pistolnya kembali dengan mata bergenang dia cuba meng-aim kembali . tapi, sebaik sahaja sedas tembakan di lepaskan dia tertunduk sambil menutup telinganya.

peluru itu melantun tidak tentu arah di sebabkan  shaza tidak melepaskan dengan betul.

tuing! tuing! tuing!

tiba tiba pintu bilik tembak terbuka dan terjenggul muka faiq di situ. tapi tidak sempat faiq melangkah dia melihat peluru yang tertembak rambang kearah nya. cepat cepat dia keluar menutup pintu itu dengan segera.

pshu!

bunyi peluru tersebut berhenti di pintu itu.
barulah faiq menarik nafas lega.

" shaza! kau gila ke main tem- " kata faiq terhenti apabila dia melihat anak gajah itu bercangkung sambil menutup telinganya. bunyi esakan kedengaran perlahan.

faiq mendekati shaza perlahan lahan . lalu dia menarik tangan yang menekup telinga itu perlahan . serentak itu esakan shaza terhenti tapi badannya masih tersedu sedan.

mata shaza mencari gerangan yang mendekatinya itu. sebaik matanya menangkap wajah kacak faiq . dia terus berdiri dan dengan sepantas kilat dia mengelap air matanya .

tapi sempat faiq tahan. shaza binggung.

" nah.. guna nih.. baju kau kotor tuh.. " kata faiq sambil menghulurkan sehelai tisu . shaza hanya melihat tisu itu dengan pandangan kosong.

" hish! lembab! " sindir faiq. tapi peliknya dia tak rasa sentap langsung bila faiq katanya sedemikian.

lalu faiq mengelap air mata yang mengalir di pipi gebu itu dengan tisu itu.

' banyak jugak air mata dia nih.. habis basah tisu nih. ' bisik hati faiq.

hidung shaza yang dalam keadaan sensetif terhidu colongn di badan faiq yang hanya berpakaian kemeja dan seluar casual. serentak itu dia menolak faiq jauh darinya.

" kau dah kenapa?! tadi nangis nih main tolak tolak pulak. " marah faiq.

shaza bagai tersedar dengan kelakuannya lalu dia memandang telapak tangannya.

" perempuan memang emotional split eh? kejap sedih . kejap blur. kejap bengong. " kutuk faiq.

" mana ada! " dalih shaza.

"lepastuh.. " faiq menjawab.

" kau lah! dekat sangat! sampai aku boleh rasa nafas kau kat pipi aku tau! " marah shaza.

" oh! sorry maam, tapi kalau kau tak blur.. aku pon tak inginlah dekat. " kata faiq.

" bak sini! " arah shaza.

" apa?" giliran faiq blur.

" tisu lah! tak akan baju pulak! bak lah! " kata shaza geram.

" katalah... nah..jangan guna banyak sangat." kata faiq.

" kedekut! " selar shaza.

faiq hanya mengangkat bahunya . setelah shaza mengeluarkan segala yang terpendam di hidung dan matanya . barulah dia rasa sedikit.

" so, kenapa kau nangis? " tanya faiq.

" ayah marah aku. " kata shaza.

"sebab apa?" kata faiq.

" tuh.. " kata shaza sambil bebola matanya menunjuk kearah kesemua sasaran yang sedang berdiri kukuh.

" heh... " faiq tersengih.

" sini, aku ajar. " kata faiq.

" eh... tak payah... nanti aku pandai lah.. " dalih shaza.

" nanti? bila tuh? masa zeus dengan yang lain sampai ke? " sindir faiq. shaza hanya diam sambil  mengigit bibir bawahnya . geram.

' kenapa ayah dengan lelaki nih sama je?' geram shaza .

" dah.. tak payah lama sangat geram tuh. " kata faiq.

" tahulah! " kata shaza lalu dia mendekati faiq .

" pegang pistol nih. " kata faiq. shaza mengikut kata faiq tapi mukanya masih masam kerana terpaksa.

" pastikan posture kau betul. kalau tak, lepas satu tembakan kau akan rasa penat. tangan straight. " kata faiq. sambil mengejas posisi shaza.

" okey . tembak" arah faiq.

" huh? oh okey. " shaza ragu ragu. seketika baru shaza lepaskan sedas namun tidak kena sasaran.

" fail! " jerit faiq.

" tak payahlah jerit. " kata shaza ditambah mukanya yang sungguh sungguh tidak senang.

" kau nampak tak mana salah kau? " tanya faiq yang berdiri di sebelah shaza.

" salah?" tanya shaza kembali. lalu faiq membalas dengan anggukkan.

" angkat ! " arah faiq. shaza patuhi aja lelaki itu.

tiba tiba faiq beralih ke belakang shaza. lalu tangan faiq memegang lengan shaza dari belakang.

" pastikan tangan kau angkat separas bahu. lurus! " kata faiq sambil membetulkan shaza kearah yang benar.

" lepastuh.. pastikan mata kau separas pistol untuk aim yang lebih tepat. dan make sure bila kau release the bullet. your eyes make it wide open. okey sekarang cuba shoot." kata faiq tangannya tolong menyokong shaza .

' apa laki nih! nak ajar ke? nak flirt! ' bisik hati shaza geram. dia dapat rasakan hawa nafas faiq di telinganya. dan setiap kata faiq bagai membisik terus ke telinganya.

bang!

satu das tepat mengena sasaran.

" hah! yay! yay! " jerit shaza seronok.

" tengok... kau boleh... nampaknya memang kena aku ajar baru boleh rupanya anak alex graham nih. " kata faiq.

" hey! " marah shaza.

" apa? betulkan? aku ajar baru kau boleh tembak. " kata faiq. shaza pandang faiq geram.
lalu dia menggigit bibir bawahnya.

" ha! tengok tuh! nak goda aku ke apa.. main bibir macam tuh. " kata faiq yang mengusik anak gajah yang sudah kemerahan pipinya itu.

" mana ada! ish! " marah shaza lalu berlari ingin memukul faiq. dan faiq melarikan diri.

" jangan lari! " arah shaza.

" lepastuh biar kau pukul aku? no! never! " kata faiq sambil tersengih.

" faiq wildan! " jerit shaza marah.

" ye shaza arifah! " balasan faiq.

" eeeiiii! " shaza menyampah. tapi tanpa dia sedar di wajahnya ada senyuman . senyuman yang sangat ikhlas tanpa di paksa .

alex hanya memegang tombol pintu bilik itu untuk masuk tapi apabila mendengar suara shaza dan faiq yang gelak dan kejar mengejar dia menghentikan niatnya. di tutup kembali pintu itu perlahan dan dia memusing badanya pergi dari situ.

" faiq " sebut alex. sebelum kembali berjalan.

Make me Twisted By You ✓Where stories live. Discover now