"Woi, semua! Korang perasan tak, Chanyeol tu kan.. Lain macam je sejak kebelakangan nie. Dia ada hal kita tak tahu ke? " kata Luhan lantas membuka gosip sebaik sahaja terus tiba.
Mereka memerhati sekeliling lalu berkumpul secara kecil kecilan.
Kebetulan, Chanyeol masih belum tiba sama seperti Sehun.
"Yalah. Macam pelik.. Jangan kata dia tu, plan nak jadi pelakon? Mana tahu. Aku tengok dia tu asyik berlatih depan cermin lah, acah acah rasa sweet lah. " kata Baekhyun saja.
DO mengangguk kepala. Pintu pun terkuak pantas.
"Selamba badak kau je main bedal ayat. Gosip aku ke nie? " kata Chanyeol yang menghidu aura gosip.
"Ayat tu boleh cover sikit takk?? " kata Suho mencebik.
Chanyeol pun memerhati mereka.
Kai pun terus menuju ke arah Chanyeol lalu mengurut bahunya dari belakang.
"Chanyeol. Kalau kau nak berlakon tu, cakap lah dengan kitaorang. Mana tahu cuba nasib terus jadi pelakon ke? " kata Kai sambil mengerakkan bulu kening laju.
Chanyeol pun berkerut.
"Siapa main cakap aku nak berlakon? "
Member yang lain pun mengeluh.
"Yang kami tengok kau tu bukan main gila lagi acah acah manis depan cermin tu apa? Ingat kami buta ke tak tengok?? " soal Suho.
"wah...mulut main gatal lagi cakap aku nie gila? Hyung. Tak ada lah. Aku saja je."
"Hmm. Ya ya lah tu.. Malas nak layan budak nie. "
Kemudian Sehun pun tiba sambil mukanya kosong tiada ekspresi.
"Budak nie pun satu. Masuk masuk je tak tegur orang. Woi, Sehun! Hyung cakap dengan awak nie! " DO terus mengejar Sehun.
"Dah buat buat tak dengar. Badak!" DO terus duduk di samping Sehun
"Sehun. Ada benda nak bagitahu ke?? " kata DO dengan nada rendah yang ramah.
Sehun terus memerhati dengan muka kosong.
"Hyung. Kalau aku... Takpelah. Hyung mesti rasa aku nie bebal nanti. " kata Sehun.
DO pun mengoncang bahunya.
"Apa Sehun? Bagitahu lah... "
"Simpan rahsia, janji?? " kata Sehun meraih kepercayaan.
DO pun mengangguk laju.
"Hyung janji. "
Sehun pun mengeluh sekejap.
"Saja nak tahu. Macam mana eh nak buat orang tu jealous?" kata Sehun secara mendadak.
DO terus membuntang biji mata.
"Sehun..!! " dia pun menutup mulut perlahan agar tidak menarik perhatian member lain.
DO pun teragak agak.
"Kalau hyung lah... Kau buat buat tak kisah dengan orang tu. Sebaliknya kau buat buat mesra dengan orang lain. Kalau kau tengok riak wajah ataupun reaksi dia agak lain macam, kau tahu tahu lah. Tapi kan Sehun, kenapa kau tanya mengejut nie eh? " soal DO hairan.
Sehun hanya mengangguk kepala.
"Woi, kepala dua orang sana tu, buat apa sembang sembang kat sana? Pergi sini. Kita ada hal penting nak bincang. " sergah Suho.
Mereka berdua pun mencebik.
Kemudian semua mereka berkumpul sambil duduk.
"Manager dah inform. Tak lama lagi, kita buat konsert untuk 2 minggu . Jadi, masa latihan kita agak padat. Aku tak nak tengok siapa siapa pun escape practice nie. Kita sama sama penat, ok? Petang nie, kita ada meeting dengan manager untuk plan pasal konsert tu. Ada siapa siapa tak faham?? " Suho mengangkat tangan.
"Emmm.. Hyung.. Berapa lama nak practice nie? 2 minggu pergi konsert, lama tu! " kata Chanyeol tertanya.
"Rasanya hampir 3 minggu kot. Kalau boleh, tak nak kita buat mistake. 아라써 ?"
Mereka pun mengangguk kepala.
Setelah selesai berbincang, member EXO mula berbincang mengenai performance manakala Sehun terus memantau jam di tangan sepanjang masa.
'Lama lagi nie..' kata dia sambil tidak keruan.
"Sehun. Sini. Kita kena berduet untuk performance nie!" kata Chanyeol yang memanggil Sehun.
Masa berlalu begitu pantas akhirnya apabila Sehun balik ke rumah pada waktu malam.
Dia melirik jam sekali lagi.
Dia menemui Jihyo di dalam magazine Vogue yang baru release.
Seperti biasa, dia cuba mengawal wajahnya agar tidak tersenyum namun dia terus mengukir senyuman sambil matanya melilau memerhati gambar Jihyo dalam magazine.
Kemudian, dia disergah dari belakang.
"Sehun! Awak dah balik rupanya." kata Jihyo ceria.
Sehun cepat cepat mengusir magazine dari tangan.
"Hmm. Aku nak mandi dulu."
Sehun cepat cepat beredar menuju bilik tidur.
Jihyo pun memandang bingung lalu menuju ke dapur.
Sehun pun sementara mandi, dia terus memikirkan mengenai konsert mereka.
'2 minggu...lama tu. Aku patut bagitahu dekat Jihyo.' sehun terus berfikir.
****
"Hi Jihyo..! Tengah buat apa? "
Chanyeol melihat semula chat tersebut sebelum klik send. Kemudian, dia terus tekan delete semula.
"Ah... Kenapa dengan aku nie? Nanti dia hairan pulak kalau aku yang melebih lebih nak chat dia.. Tak payahlah.. "
Chanyeol segera membaca semula chat mereka sebelum ini lalu tersenyum perlahan.
Dia masih terfikirkan hal yang berlaku tempoh hari. Dia berasa sangat dekat dengan muka Jihyo. Dia berasa agak malu, tapi harap haraplah Jihyo tidak sedar.
Dia pun terbaring atas katil.
First time dia tengok Jihyo, mereka berpandangan antara satu sama lain sambil dia melihatnya dari atas. Walaupun keadaan bingit, tetapi saat yang berlalu diantara mereka terasa berjalan dengan perlahan. Dia kelihatan terkaku dalam diam.
"Takdir kita ke bertemu semula? Tapi, kenapa kau macam tak ingat aku eh? Aku harap kau ingat aku semula suatu hari nanti.. " fikir Chanyeol lalu melelapkan mata.
YOU ARE READING
You're my overdose
RomanceKisah dimana seorang idol yang tidak mudah jatuh cinta bertemu dengan gadis yang sudah berputus asa dengan cinta "Don't look for another guy.. Just look me and only me"- sehun "It's hard for me to forget you"- jihyo "You're my first love. Aku tak b...