Back to Present
Jihyo pov
"I don't trust love anymore. "
Sehun terus terdiam lalu memandang aku. Dia pun turut bersimpati.
"Macam mana kalau, suatu hari nanti kau jumpa dia balik? Apa kau nak buat? "
Aku terus ketawa.
"Dia? Mustahil aku tengok dia lagi. Dahlah playboy, mesti lah banyak sangat perempuan keliling dia. Dia pun berlagak handsome. Aku tak menyesal break dengan dia. Tapi, lepas aku pindah tu, aku kurang selera, susah nak move on. Aku ambil masa setahun lupakan dia baru aku dapat. Aku sedar hidup kena diteruskan."
Dia terus terdiam.
Kemudian dia memandang atas sambil bersandar.
"Hidup susah kan? Tapi, hidup tu memang cantik. Kita je yang kena teruskan kejar apa yang kita inginkan. Apa yang berlaku pada waktu yang lepas, takkan berulang lagi. Aku hargai diriku yang sekarang. Kalau menyesal sebab hal yang lalu tu, lupakan je. Macam kau. Walaupun kau mengalami masa yang sukar pada waktu tu, tapi aku senang kau dapat menjadi diri kau yang sekarang."
Aku terus tersenyum.
"Ya. Rasanya aku tak menyesal dengan keputusan aku dah buat. Lagipun, aku gembira dapat jadi model walaupun sekejap. "
Sehun terus bangun.
"Jihyo. Kau tak menyesal ke jadi maid aku? Maksud aku, kau tak nak kejar impian kau ke? "
Aku terciduk. Kemudian tersenyum.
"Kalau aku selesa dengan benda yang aku buat, aku akan teruskan. Aku okey je jadi maid kau. Tapi, aku nak jadi model. Tak berat sangat kan permintaan aku? "
Sehun terus mati senyumannya.
"Aku takde hak nak halang kau. Tapi, aku nak kau jangan sesekali mengabaikan aku, jangan jauh dari aku."
Aku tersentuh dengan dia. Aku terus bangun lalu memeluknya erat.
Dia pun memeluk ku erat. Kemudian kami meleraikan pelukkan.
Aku pun meminta diri untuk menuju ke bilik aku sendiri. Dia pun mengangguk kepala.
Aku pun masuk ke bilik dan ingin mengunci bilik.
Tiba tiba pintu diberhentikan. Aku tersentak. Sehun menahan pintu tersebut lalu melihat aku.
Dia pun mengaru lehernya.
"Jihyo. Ada benda lain lagi aku nak bagitahu. "
Aku pun tersenyum sambil menunggu perkara yang dia ingin bagitahu.
"Reminder ke? " aku menyoal.
Dia pun mara dekat dengan aku.
Satu ciuman singgah dibibirku. Dia merapatkan diri kearah aku sambil memegang daguku. Aku tersentak.
Sehun melihat aku sambil menutup bibirnya dengan tangan.
"Emmm.. Have a nice sleep." dia pun terus beredar.
Aku terkelu dan tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Walaupun dalam beberapa saat, tapi aku berdegup pantas.
"Sehun.. " bisik aku perlahan.
****
Kenapa aku cium dia tadi?! Gatal. Macam mana kalau dia insecure dengan aku esok? Aku nak cakap apa??
Ahhh!! Aku nak buat apa esok?
Aku terus terbaring atas katil lalu termenung.
"Ya. Rasanya aku tak perlu menyesal dengan perkara aku dah buat tadi. " aku tersenyum gembira. Walaupun sekejap, tapi hati aku bergoyah.
YOU ARE READING
You're my overdose
RomanceKisah dimana seorang idol yang tidak mudah jatuh cinta bertemu dengan gadis yang sudah berputus asa dengan cinta "Don't look for another guy.. Just look me and only me"- sehun "It's hard for me to forget you"- jihyo "You're my first love. Aku tak b...