part 27

84 10 1
                                        

Konsert kali ini berakhir dengan awal. Aku pun menuju ke kereta lalu memandu. Aku singgah ke kedai supermarket untuk membeli air.

Namun mata aku tiba tiba melirik ke arah tempat yang aku tidak sepatutnya tengok. Aku mendengus kasar. Aku segera menghempas pintu kereta lalu beredar meninggalkan tempat tersebut.

Jihyo pov

Tak lama lagi, Sehun nak balik. Dia dah inform dekat aku dia makan kat rumah.

Aku pun menuju ke pasar untuk membeli bahan untuk dimasak. Aku pun mengambil masa agak lama. Keadaan semakin gelap. Aku kena cepat. Nanti aku lambat masak, Sehun marah.

Setelah selesai membayar, aku bergegas untuk menyeberang jalan raya. Aku sempat memeriksa barang barang yang dibeli sekali lagi agar aku tidak terlepas satu bahan. Sementara kaki aku pantas berjalan. Tiba tiba tanpa aku sedari aku hampir terlanggar kereta yang masih bergerak. Aku pun terkelu tidak dapat bergerak.

Namun dari belakang, seseorang meraih pinggang aku pantas lalu menarik aku jauh dari jalan raya.

Aku pun sedar akan realiti yang berlaku. Aku tidak sedar lampu masih menunjukkan warna merah tanda belum masanya untuk berjalan.

Orang tadi terus memeluk aku erat sambil mengusap rambut aku. Dia menarik aku rapat kearah tubuhnya yang kelihatan berdegup kencang.

"Jihyo... Nasib aku sempat..." kata seseorang dengan nafas yang resah.

Aku segera melihat lelaki dihadapan aku.

"seo-seojoon..? " kata aku tergetar getar.

Dia pun mengenggam bahu aku kuat.

"Kalau sesuatu jadi dekat kau, aku nak buat apa? " kata Seojoon risau.

Sekali lagi dia memeluk aku tapi kali nie lebih erat. Aku pun terkelu. Kalau Seojoon tak sempat tolong aku tadi, agaknya apa jadi dekat aku tadi?

"Aku hantar kau balik. Dah semakin malam, bolehkan Jihyo? " kata Seojoon.

Aku hanya setuju. Aku  masih merasakan hal yang berlaku baru sahaja tadi.

Didalam kereta.

Seojoon pun cuba membantu menarik tali pinggang untuk aku.

"Tak pa- Seojoon. " aku menahan tangannya agar aku dapat melakukan sendiri.

Dia pun memandu lalu perlahankan kereta.

"Jihyo... Kenapa kau selalu buat aku risau? Aku takut kalau ada apa apa jadi dekat kau. Please don't make me more worry. " kata Seojoon sayu.

Aku pun melihatnya.

"Seojoon, aku nak buat apa kalau apa apa hal terjadi? Aku tak dapat buat apa apa pun."

Seojoon terus berhenti memandu. Dia mengalihkan pandangannya kearah aku.

"That's why... Stay with me. I can protect you." kata Seojoon tenang.

Aku melihatnya sekejap. Kemudian aku mengelak pandangan matanya lalu berdiam.

Kemudian aku pun sampai di rumah. Aku belum melihat kereta Sehun sampai pun.

Mungkin masih sibuk kot..

Aku pun menuju ke dapur lalu memasak.

Sehun pov

Aku tak da mood lepas tengok dia dengan lelaki berpeluk. Hati aku rasa panas. Tak tahu kenapa. Ni ke namanya jealous?

Aku pun masuk ke kedai makan berhampiran lalu memesan botol soju. Aku minum dengan rakus. Mujur tempat aku agak terselindung jadi tak ada lah orang kecam muka aku.

You're my overdoseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang