Ring.
Telefon berdering tanda mesej masuk. Aku pun bergegas meninjau dengan harapan Sehun yang mesej.
But it's not him."Chanyeol? "
Aku pun membaca mesej.
"Pretty Jihyo! Aku dengar kau jadi model magazine instyle tu. Betul ke? "
Aku pun tersenyum lalu menaip.
"Macam mana Chanyeol tahu? "
"Jihyo nie. Macamlah Chanyeol tak tahu."
"😅😅 Kenapa? "
Aku masih menunggu balasan.
"Saja nak tahu. Awak nampak cantik. ≥3≤"
I felt like my stomach flutter with butterflies. Wait, what?
"고마워 ,찬열 야."
"Jihyo. Kalau aku ajak kau keluar hujung minggu nie kau nak tak? "
Aku pun teragak agak. Pergi ke tak eh? Lagipun aku lapang.
"Boleh! Aku okay je. 😇"
"좋아 ! Thanks Jihyo. I pick you up that day. "
Aku pun tersenyum.
Selepas selesai mesej, aku pun baring atas couch dengan selesa.
Tiba tiba pintu berdering banyak kali.
Siapa tu? Sehun ke?
Aish. Takkan lah. Dia kan tahu password.
Aku pun meninjau disebalik lubang.
Sehun? Kenapa dengan dia tu?
Aku pun membuka pintu.
Sebaik saja pintu dibuka dia pun meluru ke arah aku lalu memeluk ku erat. Bau arak yang sangat kuat jelas dihidu.
Dia yang masuk terus jatuh atas lantai sambil mengerang sakit.
"Ji... Jihyo yah.... " kata dia malas.
Aku hanya memandang hairan.
Sejak bila budak ni minum? Ingatkan suci.
"Kau, budak. Bawa aku pergi ke katil."
Aku menjegil biji mata. Ada juga rasa menyampah. Dia panggil aku budak? Ish! Kalau dia ni tak mabuk, dah lama aku lempar dia keluar.
Aku pun susah payah mengangkat dia sambil mendorong dia berjalan.
"Jalan dah lah huyung hayang. Macam mana eh kau dapat balik rumah selamat? " aku tertanya sambil mengetuk kepala dia kuat.
Dia pun menoleh ke arah aku lalu tersengih macam beruk. Aku melihat dia pun hairan.
"Heheheh.. Tak sangka aku dapat maid patuh macam kau nie...nice.. " dia mengetuk hidung aku sambil nafas nya berbau alcohol.
"Woi, kau tu mabuk, jangan sampai aku lari rumah. Aku keluar baru kau tahu. " aku memarahinya.
Dia pun berhenti berjalan sambil mata terkebil kebil melihat aku. Dia pun tersenyum.
"aigoo aigoo.. Belagak pula dia nie.. Tapi kan.. Kau nampak comel lah kalau marah.. Eee! Sukanya! " kata dia ceria.
"Bangang! Tak sedar diri mabuk. Dah, cepat jalan! "
Aku terus melempar dia atas katil lalu menanggalkan stoking dan menyelimuti tubuhnya. Dia bercakap sembarangan sambil mengeliat.
Aku pun ingin keluar dari bilik tidur Sehun, tetapi dia menahan aku sambil memerhati.
"Jihyo... Kalau aku bagitahu kau.. Kau percaya takk? " kata dia malas malas sambil mata yang tertutup rapat.
"Apa dia? " kata aku tidak faham.
Tiada respons. Kemudian suara dia berdengkur kuat. Aku pun hanya menggeleng.
"Cakap alang alang. Baik tak payah cakap je. Hmm! "
Eh? Tapi, kenapa wajah dia nampak lain macam je?
Aku melihat wajahnya lebih dekat. Aku tersentak apabila belihat mukanya yang seperti kena belasah. Ada lebam ringan dekat pipi. Bibirnya pula sedikit berdarah.
Aku pun berlari mendapatkan ais dan peti kecemasan.
Aku mengelap wajahnya yang cedera ringan.
"Kau pergi mabuk nie, buat apa hah? " nak marah, tapi dia dah tidur. Nyenyak pula tu. Ish! Si sehun nie.
Aku mengelap mukanya demgan perlahan agar dia tidak terbangun.
Aku pun menyapu ubat dan buat apa yang patut.
Aku menutup pintu perlahan.
Aku terus beredar sambil menuju kearah bilik tidur aku sendiri.'Jihyo ya.. ~≧∇≦'
Hmm? Chanyeol mesej lagi.
'kenapa Chanyeol? '
'I'm wishing you goodnight! '
Aku pun ketawa kecil lalu membalas emoji senyum.
Aku terfikir, kenapa Sehun keluar tadi? Dia buat apa tadi? Ada sesuatu jadi ke sampai dia mabuk?
******
(2 hours ago)
Sehun pov
Kenapa dengan aku nie? Sensitif tak tentu fasal. Padahal aku taknak ada perasaan dengan Jihyo. Dia lebih tua dari aku kot. Tapi... Kenapa aku rasa jealous? Ah, aku nak hilangkan badmood lah!
"Hyung! 2 botol beer!"
Sambil aku minum beer, aku perasan gambar Jihyo ada dalam magazine yang kebetulan orang tertinggal dekat dengan tempat duduk aku.
Aku pun segera mencapai magazine tersebut lalu memerhati wajah Jihyo lama.
"Wah... Tak sangka aku dekat dengan kau... " aku mencuci mukanya sambil minum.
Tiba tiba, ada seseorang yang merampas magazine dari aku.
"Woi, budak! Sukahati kau je main rembat barang orang. "
Aku pun menepis tangan lelaki yang agak berusia itu dan rasa menyampah.
"Yah! She's not yours. Shes mine. "
Aku tak faham apa yang aku cakap nie.
"Cih! Senang je kau cakap. "
Aku pun mencebik.
"Awak tak kenal ke aku siapa? " Aku tersengih.
Dia melihat selamba.
"Habis tu? Aku tak peduli kau siapa, pergi beredarlah. Nanti mak kau cari budak! " dia memberi signal untuk mengusir aku.
"Sebelum tu, aku nak magazine tu. Aku tak nak kau tengok dia. "
Aku cuba merampas tetapi dia mengelak.
"Tchh.. Dah kenapa orang nie? " dia ketawa hambar.
"Bawa sini lah! " jerit aku. Mujurlah hanya kami berdua yang masih disini.
Dia pun menumbuk aku kuat. Aku tersungkur atas tanah. Aku menyentuh pipiku yang sakit. Aku melihat depan tetapi orang tadi sudah beredar. Aku hanya tersungkur lemah lalu termenung
"Buat apa aku nakkan magazine tu? Aku ada dia. Dia kan kat rumah. "
Aku tersenyum lebar lalu menuju ke kereta.Aku memandu dengan tidak stabil. Namun, aku masih dapat mengawal kereta.
"I'm home babe! "
YOU ARE READING
You're my overdose
RomanceKisah dimana seorang idol yang tidak mudah jatuh cinta bertemu dengan gadis yang sudah berputus asa dengan cinta "Don't look for another guy.. Just look me and only me"- sehun "It's hard for me to forget you"- jihyo "You're my first love. Aku tak b...