Akhirnya, tak lama lagi. Aku balik ke rumah. Tak sabar nak jumpa Jihyo. Dia rindu kat aku ke tak?
Aku membeli souvenirs rantai silver dengan nama 'S'
Songjihyo
SehunAku pun tersenyum lalu membuka pintu.
Tv dipasang sambil kipas pun dibuka.
Maknanya dia kat rumah lah. Aku pun menutup tv sambil menuju ke bilik dan menukar pakaian. Aku pun memeriksa bilik tidur Jihyo. Mana tahu, dia tertidur ke apa ke.
Aku menguak pintu perlahan dan menuju ke katil.
Dia tidur.
Aku pun bergerak dekat sambil memerhati wajah dia yang comel. Aku pun tersenyum dan teruja untuk confess dekat dia. Tapi, aku perlukan waktu yang sesuai.
Aku pun menguraikan rambutnya lembut agar dapat melihatnya lebih jelas.
Aku pun menyentuh pipi nya yang sudah lama aku tak sentuh. Sebulan tak tengok, tapi aku tak mesej dia pun. Tak nak aku ganggu dia. Dia pun model. Takda masa nak ajak chat.
Dia pun bergerak lalu membuka mata perlahan. Kemudian terkejut memandang aku.
"Sehun..! Kau. Dah datang rupanya. Tak bagitahu awal. " dia terus bangun sambil menutup mulutnya. Aku yang memandang pun terus mengalihkan tangannya yang menutup mulut. Dia terkelu sambil melihat aku.
"Aku lapar. Dari tadi tak makan, masaklah.. " kata aku berlagak manis.
Dia pun mencebik lalu ketawa.
"aku mengantuk sangat tadi tak sempat nak makan. Tunggu aku habis masak lah. "
Aku pun mengikut dia dari belakang. Kenapa aku rasa aku perlukan sesuatu?
Walaupun aku dah jumpa dia, tapi masih ada rasa yang kurang. Dia pun sambil memotong ayam, dia melihat aku lalu tersenyum.
Aku pun ralit memerhati dia yang sibuk sambil mata aku tidak berganjak.
Aku pun terfikir kata kata Suho hyung tempoh hari.
"Tapi, saranan aku, kalau kau tak nak tengok dia bahagia dengan orang lain, ambil dia dulu sebelum orang lain. Kalau dia dah milik orang lain, takda guna kau menyesal. "
Tak. Aku takkan biarkan dia jadi milik orang lain.
Aku pun bertekad lalu bangkit dari tempat duduk.
Aku pun menuju kearah Jihyo lalu memeluk dia dari belakang. Erat.
Dia pun berhenti kerana terpana.
"Jihyo. Aku cakap nie. Kau tak tahu sebanyak mana aku rindu kau. Aku harap kau pun sama. I miss you a lot. " aku memejamkan mata sambil memeluk badannya yang ruam. Selesa.
"Se.. Sehun.. Kau sedar tak apa yang kau cakap nie..? " Dia terketar ketar.
Aku pun melihat dia lebih dekat.
"Jihyo.. I let you know.. Aku tak dapat singkirkan kau dari fikiran aku. I need you. I can't get you out of my mind. " bisik aku ikhlas.
Dia pun memegang tangan ku yang erat lalu mengusap perlahan.
"Sehun... " perlahan air mata dia keluar.
Aku pun mendorong dia berhadapan dengan aku agar aku dapat melihat dia lebih jelas.
"Kau... Fikirkan aku... Ke..? "
Aku pun mengangguk lalu mengelap air matanya dengan perlahan.
"Too much. Rasa macam kosong je kau tak ada. It's hard for me to explain it. "
Dia melihat aku.
"i... I miss you too" bisik dia laju.
Aku pun berdebar debar.
Maksudnya, dia suka aku ke?
Aku pun menarik dia ke dakapan aku. Yes. I miss her a lot. I want to hug her. Aku tak kira kalau aku nampak silly. Tapi, aku memang nak hidu bau wangi rambutnya.
Dia pun membalas pelukkan ku. Lama.
Kemudian, perut dia berbunyi. Aku pun meleraikan pelukkan sambil memandang dia keliru.
Dia pun ketawa kecil. Aku pun memicit pipinya sambil tersengih.
"Aigoo... Nampak sangat lapar.. Aku tolong kau! " kata aku ceria. Dia pun menjeling aku.
"Pandai ke?? " dia menyoal.
Aku pun berdiri disebelahnya.
"Kalau kau ajar aku, mahirlah nanti. Tapi tak best lah aku buat, tulah aku nak kau yang masak. " aku tersenyum lalu mengenyitkan mata.
Dia menjeling sambil mengetapkan bibir. Kemudian, dia pun mengurai rambut aku lembut.
Aku pun hanya perhatikan dia masak. Tak berani nak masuk campur. Aku pun berdiri belakang lalu memeluk dia semula.
Aku meletakkan dagu aku atas bahu dia malas.
"Beratlah kau nie, Sehun! " kata dia.
"Hmmm.. Tak kisah..." kataku sambil memejamkan mata.
****
Setelah selesai makan malam, aku teringatkan sesuatu lalu bergegas menuju ke bilik tidur.
Aku segera menuju kearah almari lalu mengeluarkan kotak rantai khas dengan nama 'S'. Aku membuka sambil membelek puas.
'Mesti cantik kalau dia pakai. ' Aku pun tersenyum.
Aku segera turun ke bawah lalu melihat Jihyo sibuk bermesej dengan seseorang. Kenapa aku tengok muka dia macam gembira je?
Raut wajah ku tersenyum tadi perlahan surut sambil aku melihat rantai kami berdua kemas di jari.
Aku pun berundur sedikit lalu mengenggam rantai tersebut erat di tangan.
'Takpelah. Lain kali aku bagi.. ' aku terus berundur lalu perlahan menuju kearah bilik tidur semula.
Aku pun membuka ruangan bumbung yang menunjukkan ruangan langit waktu malam.
'kenapa langit macam muram je malam ni?' Aku memerhatikan awan yang melindungi bintang.
Kemudian, awan beralih lalu menunjukkan bulan.
Aku tersenyum kecil.
Kemudian terdengar ketukkan perlahan dari luar.
Jihyo pun meninjau dari luar. Dia pun masuk.
"Wah... Sehun.. Aku tak sedar pun bumbung ni boleh buka. " matanya melihat bulan dengan bersinar.
Dia sambil membawa dua cawan coffee lalu duduk di atas lantai di samping ku.
Dia pun menghulur coffee tersebut kearah ku.
"Kenapa tiba tiba buat cofee? Tak suruh pun. " aku terus duduk lalu menghirup coffee tersebut. Hangat.
Dia pun ketawa kecil.
"Bukan tu memang kerja aku ke? Lagipun, aku nampak kau nie macam agak muram je... " dia terus melihat aku.
Aku pun tersedak.
"Takdelah."
Dia tersengih lalu melihat langit semula.
"Dulu... Aku pernah tersuka dekat seseorang nie. "
Aku terus pantas melihatnya.
"Masa budak budak masih kecil, memang lah senang nak suka orang. Tapi, aku nie lain. Aku memang tak tertarik pun dengan lelaki dulu. Bila aku terfikir, aku selalu terpandang lelaki yang sama setiap hari. Dia pun kadang kadang terus tersenyum kearah aku. Tiba tiba, suatu hari, aku sendiri tak sangka lelaki tu confess dekat aku. Dia cakap yang dia suka aku. Lelaki tu memang layan aku dengan baik. Kadang kadang dia tolong aku. Tapi, aku baru sedar, orang tu pergunakan aku."
YOU ARE READING
You're my overdose
RomanceKisah dimana seorang idol yang tidak mudah jatuh cinta bertemu dengan gadis yang sudah berputus asa dengan cinta "Don't look for another guy.. Just look me and only me"- sehun "It's hard for me to forget you"- jihyo "You're my first love. Aku tak b...