part 26

89 11 0
                                    

"Kejap, Jihyo! " dia meraih pantas tangan aku.

Dia pun mendorong aku kearah gambar model tadi. Aku pun terkebil kebil.

"Kenapa kau nak bawa aku ke sini semula? Aku tahu, dia cantik lagi dari aku. Kalau setakat kau nak tengok dia, pergi lah tengok sendiri. Tengok puas puas sampai mata kau biru. "

Aku terus berjalan pergi namun dia merangkul pinggang aku kemas.

Aku terus terkejut.

"Aku bukan nak cakap hal tu. " kata dia tenang. Dia pun merenung aku.

"One day... You'll be famous model someday. I promise you."

Aku hanya terdiam kaku. Kemudian aku berdehem lalu berjalan pergi.

Aku terus berjalan dan berjalan sambil aku berasa sedikit keliru dengan tempat yang aku lalui. Seejoon pun berdehem. Ingatkan dah beredar.

Aku pun melihatnya kehairanan.

"Ingatkan dah pergi. Tak ubah macam kutu rayau kau nie. Asyik melekat kat belakang aku je."

Dia pun menjegilkan mata.

"Aku tak ikut kau. Kau yang kebetulan pergi ke tempat aku selalu kunjung. " kata Seojoon.

Aku menjadi bingung.

"Huh? Tak faham." kata aku hairan.

Dia pun menuding sesuatu dihadapan aku. Aku pun melihat kearah tempat yang dia tunjuk.

Tangannya menghala kearah tepi tasik dibawah pokok.

"Jihyo... Ingat lagi tak tempat tu...?" dia terus mengukir senyuman.

Aku berfikir lama. Kemudian, aku terus teringat.

Flashback 11 years ago

Cuaca matahari terasa terik. Aku terus mengelap peluh yang banyak. Kebetulan, aku terjumpa tempat teduh yang sesuai. Aku segera berlari ke arah bawah pokok lalu duduk buat sementara. Aku mengelap peluh sambil melihat sekeliling lalu tersenyum. Pandangan tasik dihadapan kelihatan menenangkan.

Kemudian seseorang mengambil gambar aku dari jauh. Namun bunyi klik tersebut amat jelas.

Aku segera berpaling.

"Nugu ya?!"

Aku melihat seorang budak lelaki sedang mengambil gambar aku tanpa kebenaran.

"안녕하세요 ." sapa dia dengan ramah. Dia melambaikan tangannya.

"Mian kalau aku ambil gambar kau tanpa kebenaran. But i can't help it you look pretty so i take some. Want to take a look? "

Aku belum berkata apa apa dia terus meluru kearah aku pantas lalu duduk disamping aku.

Dia pun menunjukkan gambar aku sambil tersenyum.

"Wah... Cantik.. Pandai kau ambil gambar. " kata aku kagum.

Dia pun mengangguk kepala.

"Nak aku ambil gambar lain kau?" kata dia tenang.

Aku berfikir lama. Kemudian mengangguk kepala.

Kami pun menghabiskan masa yang lama dengan hanya mengambil gambar. Tanpa aku sedari, kami menjadi semakin rapat. Dia menangkap banyak gambar aku lalu tersenyum perlahan. Dia turut mengajar sudut tempat paling tepat untuk menangkap gambar.

"Ah.. Aku perlu balik. Hari semakin petang. Anyeong. " kata aku tergesa. Dia pun menarik tangan aku kearah nya.

"잠깐 만 . 박서준 입니다 . Awak.... Siapa..? " kata dia perlahan.

Aku tersenyum.

"송지효 ."

Dia pun mengangguk kepala.










Siapa sangka kami menjadi kawan apabila mengetahui kami belajar di sekolah sama. Kami selalu meluangkan masa dan aku sedar bahawa dia minat dalam photography. Aku tahu dia mengambil gambar orang lain sebagai model dan aku berasa sedikit terguris. Jadi, aku pun menjaga jarak dengan dia agar kami tidak menjadi begitu rapat.

Back to present

"Tu hal lama dah Seojoon. Aku dah lupakan hal tu."

"Jihyo-"

"Bye. " aku terus memotong percakapannya lalu beredar.

Kenapa aku berasa tersentuh walaupun sedikit? Masa dulu, aku banyak menghabiskan masa dengan Seojoon walaupun aku tahu kami jarang berjumpa terutamanya di sekolah. Siapa tahu, dia rapat dengan mana mana perempuan. Aku cuba menyingkirkan perasaan dulu jauh jauh.

Aku segera balik ke rumah dan mengetahui Sehun masih diluar.



Di SM company

Aku pun duduk berehat sementara performance practice  diteruskan oleh
NCT.

Aku meneguk minuman tiba tiba seseorang menepuk bahu dari belakang dengan kasar.

"Woi! " jerit aku kecil.

"Ha, tengok. Manner tu mana? " kata Kai lalu duduk disamping aku.

"Mian, hyung. Ingat kan junior. " kata aku perlahan.

"Cih, perasan senior lah tu."

"Ada hal nak beritahu ke, hyung? "

Baekhyun pun mendekati kami lalu duduk atas lantai.

"Saja... Aku tengok perangai kau nie.... Kejap macam ribut, kejap macam beliung, kejap macam angin sepoi sepoi je. Apesal? " leter Kai panjang.

"Hyung nie... Ketara sangat ke..? Bukan aku memang macam nie dari dulu ke? " soal aku.

"Kalau aku bagitahu orang lain, siapa siapa je boleh kecam mood awak tu. Nasib pagi nie nampak okey je.. " kata Baekhyun.

"Serius je... " kata DO mencelah.

"Eh, DO. Ha tengok DO, dia pun tahu. " kata Baekhyun semula.

"Mana boleh aku main main practice nie. Nanti ada juga manusia mengomel marah." aku melihat Suho.

"Chanyeol pergi mana? " kata Kai.

Aku pun melihat sekeliling.

"Sehun. Bukan kau ditepi dia tadi ke? " kata DO menepuk bahu aku.

Aku hanya mengeleng kepala.

"Sehun hyung, Chanyeol hyung kat mana eh? " kata Jaemin tiba tiba.

"Nak tahu sangat kau pergi tanya dia lah! Cari sendiri!" kata aku malas.
Aku pun berpeluk tubuh sambil menutup mata.

Jeamin pun hanya menunduk sopan lalu beredar.

"Aucchh.. Budak nie..! Berlagak. " kata Kai lalu menolak kepala aku.

"Hyung! Apa nie? " aku terus terbangun semula.

Kai hanya mencebik.

"Aku pun nak tidur sekejap lah. " kata DO lalu melelapkan mata disebelah aku.

Aku pun balik lambat.

You're my overdoseWhere stories live. Discover now