Jihyo pov
Aku terbangun apabila merasakan seseorang memegang tangan aku. Aku mengeliat sambil menyentuh kepala ku yang sakit. Aku baru teringat. Aku menguncikan diri aku di bilik malam tadi.
Aku pun melihat disampingku. Aku terkejut melihat Sehun yang masih tidur sambil duduk atas kerusi dan kepalanya terbaring atas katil. Dia tak lenguh ke tidur macam tu?
Aku berasa tersentuh. Bagaimana dia boleh masuk sini semalam? Aku ingat yang aku pengsan semalam.
'Sehun, kau bantu aku ke semalam?' Aku menyedari aku tidur atas katil.
Aku pun terharu. Aku tak sempat masakkan apa apa untuk dia pun malam tadi. Aku rasa bersalah.
Aku pun secara perlahan mengusap rambutnya lembut dan mendekatkan kepala aku dengan mukanya. Aku merenung mukanya yang masih lena tidur. Aku masih berasa bersalah.
'Sehun... Kalaulah... Aku dapat.. Tapi, aku tak berani.. Aku takde apa apa kalau dibandingkan dengan kau. Kita terlalu jauh. Kau idol, aku orang biasa. Mungkin... Aku kena anggap hubungan kita nie setakat pekerja dengan majikan sahaja. Mustahil kau nak.. '
Aku menghela nafas berat lalu menyapa muka Sehun. Dia pun tersentak lalu bangun.
"Jihyo..! Kau- dah bangun rupanya."
Aku terus mengangkat muka aku lalu duduk.
"K-kau buat apa dekat sini? " kata aku.
"Jihyo. Kau pengsan semalam. Aku nak buat apa kalau kau terpengsan? Tolong lah, Jihyo. Jangan buat aku risau. Aku susah hati!"
Aku menggeleng kepala.
"Aku boleh uruskan diri aku sendiri. Aku dah dewasa. Lagipun, aku tak nak aku bebankan orang. "
Sehun terus menarik tangan aku dan membawa aku ke dakapannya.
Dia terus memegang belakang aku erat.
"Kalau boleh, aku tak nak lepaskan kau sekalipun." bisik dia.
Namun aku tidak dapat mendengar jelas kata katanya.
"Kau ada cakapkan sesuatu ke tadi? "
Dia pun meleraikan pelukkan.
"Kau.. Tak dengar tadi ke? Takpelah. Anggap aku tak cakap apa apa."
Aku pun bangun untuk membuat breakfast. Sehun pun mengikut dari belakang. Aku pula menyediakan roti bakar sebagai breakfast.
Dia hanya memerhati pergerakannya aku sambil duduk atas kerusi.
Setelah selesai menyediakan sarapan, aku pun duduk.
Kami hanya berdiam sambil mengisi perut.
Sehun pun berdehem.
"Ehem... Jihyo. Kau sibuk tak hari ni? "
Aku pun terfikir.
Ya, aku teringat bahawa aku sudahpun sign contract dengan company Cine21 tu.
Kalau diikutkan, aku ada photoshoot baru hari ini untuk promote fesyen baju."Ada.. Aku kena pergi photoshoot. Tak lama sekejap je. Nanti aku kemas rumah nie. "
Dia pun mengeluh kecil.
"Kenapa? "
"Kenapa? "
"Takda. Saja. Aku pun ada photoshoot nanti. Kalau ikutkan aku tak nak ikut. "
Aku hanya mengangguk kepala.
Setelah selesai, kami berdua berangkat menuju ke lokasi kami sendiri secara berasingan.
YOU ARE READING
You're my overdose
RomanceKisah dimana seorang idol yang tidak mudah jatuh cinta bertemu dengan gadis yang sudah berputus asa dengan cinta "Don't look for another guy.. Just look me and only me"- sehun "It's hard for me to forget you"- jihyo "You're my first love. Aku tak b...