part 20

100 10 0
                                    

Jihyo pov

Aku baru sahaja menerima panggilan dari  syarikat Cine21 magazine. Aku segera menuju ke sana dengan mengunakan bas.

Aku pun tiba dihadapan bangunan tersebut.

Besar. Mewah pulak tu. Aku pun melangkah masuk. Aku pun berjumpa kaunter utama.

"Hi. Saya ada dapat panggilan telefon dari syarikat nie. Saya ada janji temu dekat sini. Tapi, saya belum tahu orang tu siapa lagi. "

Perempuan itu pun melihat aku lalu automatik tersenyum lebar.

"Song Ji Hyo ssi? Ah, dah lama orang tu tunggu. Nasib cik datang awal. Kejap ya... " dia pun menelefon seseorang sambil mengangguk kepala tanda faham.

"Song jihyo ssi, tuan nak cik pergi ke tingkat 9 lepas tu jumpa dengan orang bernama Encik Seo Kang Hoon nanti. "

Aku pun menunduk kepala hormat.

"감사합니다 ."

Aku pun menuju ke tingkat 9. Aku kagum dengan seni bina bangunan nie. Nampak elegan.

Sebaik sahaja tiba, aku dapat jumpa lelaki yang dikatakan perempuan tadi.

Aku pun dijemput duduk.

"안녕하세요 , 송지효 씨. 저는 서강훈 입니다 ."

Kami pun berjabat tangan. Aku melihat persekitaran yang selesa.

"CEO kami berminat untuk menjadikan cik menjadi model kami. Kontrak untuk setahun. Cik setuju ke? "

Aku pun tersentak.

"Betul ke nie? Saya tak lah berpengalaman sangat jadi model. Saya segan. "

Dia pun tersenyum.

"Cik jangan malu. Lagipun cik dapat terima banyak tajaan produk lain nanti. Cik nampak cantik dan elegan sesuai dengan citarasa CEO kami. "

Aku hanya terdiam.

"Emm.. Kalau cik setuju, tandatangan surat ni. Jangan risau, kami akan jamin segala galanya dengan cik. Kami akan tanggung segalanya yang melibatkan cik. Cik bacalah dulu surat nie. " kata dia dengan sopan.

Dia menghulurkan sehelai kertas dokumen bersamaan dengan sebatang pen tersebut.

Aku berfikir lama. Aku cuba memahami kontrak tersebut. Pada awalnya aku khuatir dengan permintaan yang mendadak. Setelah lama berfikir, aku pun setuju untuk menurunkan tandatangan.

Dia pun tersenyum lega.

Kemudian, seseorang menelefon dia.

"Ya, ya? Baik, tuan. Baik. Faham. "

"Emm.. Song Ji Hyo ssi.. CEO kami nak berjumpa dengan cik. "

Aku pun bingung.

Tak sibuk sangat ke CEO tu?

Seo Kang Hoon pun memimpin jalan ke arah office CEO tersebut.

"Cik Jihyo. Kalau nak tahu, susah orang nak berjumpa dengan CEO kami. Senang cerita, dia seorang yang memilih. Cik bertuah dapat jumpa dia."

Aku tertanya. Mesti CEO tu sombong kan? Dapat bangunan mewah mestilah kaya pemiliknya.

Dia pun mengetuk pintu dengan hormat.

"Tuan, Song Jihyo ssi dah sampai."

"Ok. Awak boleh keluar. " kata dia tegas. Aku pun berkerut. Macam kenal je suara tapi lebih garau.

Aku tidak dapat melihat dengan jelas lelaki tersebut kerana kerusi kulit yang dipakai membelakangi tubuhnya.

"Anyeonghaseyo..."aku menegur lembut.

You're my overdoseWhere stories live. Discover now