Jihyo pov
Sehun terus menolak aku kasar. Aku terjelepok atas lantai dan kepala aku terhantuk dengan lantai. Mata aku mula berair. Badan aku terasa sakit tapi Sehun sekalipun tidak peduli akan aku. Dia terus berjalan pergi tanpa membantu aku. Aku berasa sakit. Aku berasa kecewa. Aku terus menangis teresak.
Selama nie, Sehun tak pernah berkasar dengan aku. Kalau setakat cakap kasar, aku boleh terima. Tapi, harini dia tolak aku sampai aku jatuh atas lantai. Aku tak sangka dia sekasar itu.
Aku merapatkan kakiku ke dada aku lalu menekup wajah aku. Aku menangis teresak esak.
Aku dah decide.
Aku segera menuju kearah bilik aku lalu mengemas barang barang aku. Aku nak keluar. Walaupun dah lewat malam aku tak kisah. Aku dah tak tahan.
Aku mengemas barang dengan pantas. Lagipun, aku rasa aku dah tak perlu bekerja dekat rumah nie lagi.
Aku teringat, dulu aku ada plan sesuatu bila aku dah rapat dengan Sehun. Aku ada sebab kenapa aku bekerja sebagai maid Sehun. Tapi aku rasa aku tak perlu buat tu lagi.
Setelah selesai berkemas, aku berhenti depan pintu bilik Sehun. Aku berasa sebak namun aku terus menguak pintu perlahan. Mungkin nie kali terakhir aku tengok dia.
Aku melihatnya yang tidur nyenyak. Aku pun menghampirinya dan seperti biasa aku menanggalkan stoking pada kakinya. Dia masih tidur nyenyak. Aku pun menyelimuti tubuhnya dengan blanket. Dia pun bergelut sedikit lalu tidur dengan nyenyak semula. Aku pun meratapi wajahnya.
'Kenapa aku yang rasa bersalah? Sedangkan kau selalu sakitkan aku. Aku tak faham dengan kau.'
Aku tak tahu nak sambung apa lagi.
Aku pun meletakkan surat berhenti kerja diatas meja dekat dengan katilnya.
"Tak payah cari aku lagi, Sehun. "
Aku terus berjalan keluar dengan senyap. Air mata membasahi pipi aku. Aku terus menuju ke tempat tinggal aku yang dulu. Apartment aku dengan Jiwoo.
Mesti tertanya kan kenapa aku macam nie? Aku kisah pasal dia. Sebab kerana aku lah dia selalu marah. Aku tak nak dia marah disebabkan aku. Jadi, lebih baik aku berhenti terus.
****
Sehun pov
Jihyo terus menyelimuti aku sambil baring disamping aku. Dia hanya melihat aku lalu mengusap rambut aku.
Aku pun memeluknya lalu kami sama sama tidur dalam hujan yang renyai renyai.
Mata aku terus terbuka silau. Aku terus menyapa disekeliling aku.
'Kenapa terasa kosong? '
Aku melihat disebelah aku.
Aku mimpi ke malam tadi? Aku mimpikan Jihyo ke malam tadi? So, tak betul lah apa yang aku rasa malam tadi?
Aku terus mengosok mata aku dan terus berjalan keluar.
Aku melihat sekeliling. Sepi.
Aku pun menuju ke dapur untuk minum sekejap. Aku melihat tablet atas meja. Aku segera menelan ubat tersebut untuk menghilangkan rasa pening.
Aku pun termenung lama.
"Jihyo..?? " aku pun berjalan melihat sekeliling.
Aku teringat. Aku tolak dia atas lantai malam tadi. Rasa bersalah terus menyelubungi perasaan aku. Aku sedar, aku tak patut buat dia sedih malam tadi. Aku harap dia tak makan hati dengan apa aku dah buat malam tadi.
YOU ARE READING
You're my overdose
RomanceKisah dimana seorang idol yang tidak mudah jatuh cinta bertemu dengan gadis yang sudah berputus asa dengan cinta "Don't look for another guy.. Just look me and only me"- sehun "It's hard for me to forget you"- jihyo "You're my first love. Aku tak b...