Bab 1

3.2K 179 2
                                    

"Lisa! Dah siap ke belum?"Mama tidak henti mengetuk pintu bilikku.

"Jap... Lisa nak pakai baju"aku menyarung blouse putih.

Rambutku dibiarkan lepas. Aku tersenyum melihat wajahku di dalam cermin.

"You can do it!"

Hari ini ialah hari pertama aku memasuki universiti selepas mendapat keputusan SPM tiga bulan yang lalu.

Aku turun menuruni tangga lalu bertemu dengan Mama.

"Semua barang dah ada? Buku, alat tulis..."tanya Mama.

Aku ketawa. "Of course la. Lisa bukan budak sekolah dah la.."

"Mama saje je ingatkan Lisa.. Lisa ni dah la selalu lupa"Mama ketawa kecil.

"Jangan risau, Lisa okay. Nanti lepas kelas Lisa balik"balasku.

"Ha Lisa, Mama nak mintak tolong Lisa deliver bunga harini boleh?"

Mama berkerja sebagai seorang penggubah bunga.

Jadi setiap kali Mama mendapat tempahan bunga, aku yang akan menghantar bunga-bunga itu kepada pengirim.

"Okay Mama. Lisa dah lambat ni nanti Lisa call Mama okay?"aku menyalam Mama sebelum keluar daripada rumah.

Aku memandu kereta ke universiti.

Jantungku berdegup kencang.

"Takutnya aku..."

Perjalanan dari rumahku ke Universiti hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Sesampainya di tempat letak kereta universiti, aku mencari parking hampir 10 minit.

"Ramainya?! Huaa macam mana ni aku dah la lambat.."keretaku memusing satu lagi pusingan untuk mencari parking.

Sebuah kereta hendak keluar di hujung blok. Aku memecut laju sambil memberi signal sebelah kiri.

"Finally dapat jugak parking.."aku menghela nafas lega.

Kereta itu keluar daripada kotak parking dan aku sudah bersedia untuk masuk ke dalamnya.

Tiba-tiba sebuah kereta mewah laju masuk ke dalam parking itu.

"Oii! Main sedap je dia ni masuk... aku dah bagi signal kot?!"marahku.

Aku menekan hon kereta beberapa kali tetapi pemandu itu mengendahkan aku.

Seorang lelaki keluar daripada pintu pemandu.

Lelaki itu tinggi, berkulit cerah dan sangat kacak.

Lelaki itu memakai cermin mata hitam dan baju kemeja putih.

Aku cepat-cepat keluar daripada kereta.

"Oiii!! Ni parking saya lah. Awak tak nampak ke saya dah bagi signal tadi?"jeritku.

Lelaki itu memandang aku lalu membuka cermin mata hitamnya.

Dia memusing ke belakang lalu melihat aku semula.

"Are you talking to me?"tanya lelaki itu sambil memeluk tubuh.

Eee geramnya aku..

"Dah tu takkan saya cakap dengan kereta pulak..."

"What do you want?"tanya lelaki itu lagi.

"Ni parking saya. Saya nak awak keluarkan kereta awak ni dan sila cari parking yang lain. Terima kasih"balasku sambil tersenyum tidak ikhlas.

" 'Awak?' Do you know who i am?"lelaki itu mengerutkan dahinya.

"No. And i don't care okay? Boleh tak awak jangan banyak cakap dan tolong alihkan kereta awak sekarang?"aku sudah menyampah dengan lelaki ini.

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now