"Geramnya aku!!"
Mukaku sudah menjadi panas.
Dah la cuaca pun panas, badan pun panas!
"Kenapa dia suka sangat kacau aku macam tu..."
"Jangan fikir...."
Jantungku masih berdegup kencang.
"Mana office ni eh?..."
Aku berlari mencari pejabat pendaftaran pelajar baru.
Baru sahaja daftar haritu, kena daftar balik kerana Zack!
Sesampainya aku di pejabat pendaftaran, semua orang memandang aku.
"Alamak.. aku terlupa bahawa sekarang ni aku sudah menjadi seseorang yang telah dikenali ramai..."
"Cik Alisa Sofea ya? Mari ikut saya..."kata seorang lelaki yang bekerja dia pejabat itu.
Aku hanya mengangguk.
Aku mengikuti lelaki itu masuk ke dalam biliknya.
"Duduk dulu Cik Alisa"kata lelaki itu.
"Terima kasih.."aku duduk di atas kerusi sambil memandang lelaki itu.
Lelaki itu sedang menaip sesuatu di komputernya.
"Ni jadual kelas baru Cik Alisa"lelaki itu menyerahkan aku beberapa helai kertas.
"Dan rasanya Cik Alisa dah ada kelas sekarang ni, di blok A"sambungnya lagi.
Aku melihat jadual kelasku.
Sekarang ni aku ada kelas Business Law.
"Boringnya kelas law pagi-pagi..."
Kertas jadual itu disimpan di dalam beg dan aku bangun daripada situ.
"Thank you Encik"kataku.
"Nak saya bawakkan Cik Alisa ke blok A?"tanya lelaki itu.
Aku ketawa kecil. "Tak apa lah. Dekat je saya boleh jalan kaki"
Kakiku laju keluar daripada pejabat itu.
"Cik Alisa nak air?"tanya salah seorang pekerja di pejabat itu pula.
"Tak apa. Saya dah lambat ni.."aku menolak pelawaan itu.
Sebaik sahaja aku keluar daripada pejabat itu aku menghela nafas lega.
"Kenapa semua orang baik sangat dengan aku..."
"Dulu, tak ada orang pun baik macam tu.."
"Meowww..."tiba-tiba ada seekor kucing menggesel di kakiku.
"Hello meow! Cutenya awak ni...."aku duduk sambil membelai lembut badan kucing itu.
"Nak pergi kelas ke nak main kucing?"
Dia lagi!
Aku memandang ke atas.
Zack memandang aku sambil memeluk tubuh.
"Sibuk je.."omelku.
Aku mengendahkan kehadiran Zack.
Tiba-tiba Zack mengangkat kucing itu dan mendukungnya.
"Hei!! Saya tengah main kan dengan kucing tu!"marahku.
"Do you hear anything meow?"kata Zack kepada kucing itu.
Membuatkan aku seolah-olah tiada di situ.
Kucing itu menjilat tangan Zack.
Zack tersenyum sambil bermain dengan kucing itu.

YOU ARE READING
Mr Royal, Im In Love!
RomanceSiapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Zackry Firash? Atau lebih dikenali sebagai Prince Zack. Rupa parasnya yang sangat kacak dan memiliki tubuh badan seperti model itu menambat hati semua wanita. Tetapi, Tengku Zackry Firash tidak mempunyai pera...