Bab 11

1.9K 140 0
                                    

Aku masih lagi terduduk di bawah pokok itu menahan kesejukan angin.

"Aku nak pergi mana ni?..."

Di hadapan,belakang,kiri dan kananku semuanya hutan dan gelap.

Jantungku berdebar.

Telefon bimbitku aku terlupa pula untuk bawa.

"Anyone there?!"jeritku.

Tiada jawapan.

Hanya bunyi katak yang memanggil hujan menyahut aku.

"Tolong!!!"jeritku sekali lagi.

Aku menjadi cemas.

"Apa aku nak buat ni?... kenapa la aku pergi ikut Zack tadi!"terasa kesal di dalam diriku.

Aku memberanikan diri berjalan ke hadapan sedikit untuk mencari jalan keluar.

"Zack!!!"

"Abang Remy!!!"

"Encik Dian!!!"

Semuanya tidak membalas.

"Dummmm!!"guruh sekali lagi berbunyi.

"Aaaaaa....."

Hujan sudah mula menitis di tanganku.

"Dah hujan..."

Hujan lebat mula mencurahi badanku.

Aku berlari semula ke pokok besar tadi.

Badanku sudah menggigil kesejukan.

Bajuku habis basah begitu juga dengan rambutku.

"Zackkkk!!..."jeritku sekali lagi.

"Mana awak?..."

Aku terduduk di bawah pokok itu.

Kepalaku tiba-tiba terasa pening.

Mungkin kerana air hujan yang lebat itu.

"Alisa?!"Zack tiba-tiba muncul bersama Abang Remy.

"Zack..."kataku dengan lemah.

Aku cuba untuk bangun tetapi kakiku menjadi kejang.

"Kau buat apa dekat sini?!!!"marah Zack.

Aku tersenyum melihatnya.

"Hei! Are you okay?!"Zack menyentuh mukaku.

"Damn... badan kau panas"

"Zack..."kepalaku menjadi sangat pening.

"Let me carry you..."Zack terus mendukungku.

Tanganku berpaut pada lehernya.

Degupan jantungku berdegup kencang walaupun dalam keadaan macam ni.

"Hold on Alisa.."

"I'm sorry Zack.."penglihatanku menjadi kabur dan hilang.

—————————————————————
"Oi!!!"

"Arghhh!"aku terus terjaga daripada tidur.

Kepalaku terhantuk dengan seseorang apabila terjaga daripada tidur secara mengejut.

"Ouch..."aku mengurut lembut kepalaku.

Siapa pulak yang aku langgar tadi...

Zack betul-betul di hadapanku sambil memandang tajam ke arahku.

"Can't you wake up like a normal person?"Zack mengurut lembut kepalanya.

Aku tersengih.

"Sorry.."

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now