"Zack!!!!"aku berlari ke arah Zack.
Beberapa orang pengawal menahan aku.
"Zackkk!"jeritku di sebalik kostum harimau itu.
Paramedik bergegas berlari untuk merawat Zack yang tidak menyedarkan diri.
"Lepaslah!"aku menolak dengan kasar pengawal itu.
Aku berlari untuk mendapatkan Zack.
"Please say you are okay..."
"Jangan lari!!"pengawal itu berjaya menangkap aku sekali lagi.
Encik Dian datang ke arahku.
"Cik tidak dibenarkan berada di sini. Cik telah membuatkan Tengku-"
"Ni saya Encik Dian.."kataku dengan sayu.
Aku sudah penat..
"Tanggalkan kepala harimau ni"arah Encik Dian kepada pengawal itu.
Pengawal itu menanggalkan maskot kepala harimau di kepalaku.
Encik Dian terkejut melihat aku.
Orang ramai sudah diminta untuk meninggalkan tempat itu.
Hanya paramedik,pengawal dan beberapa orang tertentu sahaja berada di sini.
Aku tidak dapat melihat apa yang terjadi kepada Zack kerana pengawal itu masih menahan aku.
"I'm sorry..."air mataku sudah membasahi pipiku.
Aku rasa sangat bersalah.
Sangat!
"Tell me you are okay Zack..."
"Let her go"
Tu bukannya?...
Zack berjalan perlahan-lahan diiringi oleh paramedik ke arahku.
Kelihatan luka kecil di tepi dagunya.
"Zack!!!"dengan spontan, aku terus memeluknya.
Air mataku mengalir dengan lebih laju.
"Saya betul-betul mintak maaf... tadi ada kucing lepastu saya cuba-"
"I don't want to hear anything from you"Zack melepaskan pelukan itu.
Zack berlalu pergi bersama paramedik itu.
Dia langsung tidak memandang aku.
"Zack..."
Zack semakin benci dengan aku..
"Cik Alisa, baik Cik Alisa pulang sekarang"kata Encik Dian.
Encik Dian juga tidak memandang aku.
"Encik Dian pun benci kan saya ke?.."tanyaku.
"Saya akan suruh Remy mengambil Cik Alisa. Kereta Cik Alisa akan saya uruskan nanti"balas Encik Dian tanpa menjawab balik soalanku.
Encik Dian berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan.
"Meoww..."anak kucing oren itu menggesel di kakiku.
Aku mengambil anak kucing itu lalu mengusap kepalanya.
"At least awak tak benci saya kan?.."
"Cik Alisa..."Abang Remy berlari ke arahku.
"Kenapa Cik Alisa pakai kostum harimau ni?"Abang Remy ketawa.
Aku tidak membalas.
Aku terus menanggalkan kostum harimau itu.
YOU ARE READING
Mr Royal, Im In Love!
RomanceSiapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Zackry Firash? Atau lebih dikenali sebagai Prince Zack. Rupa parasnya yang sangat kacak dan memiliki tubuh badan seperti model itu menambat hati semua wanita. Tetapi, Tengku Zackry Firash tidak mempunyai pera...