Bab 12

1.9K 138 3
                                    

Bertentang mata dengannya membuatkan jantungku berdegup kencang.

"Errr goodnight!"aku terus bergerak ke tempat tidurku.

Aku menutup wajahku dengan selimut.

"Aaaa malunyaaaa..."

Sudah hampir 30 minit aku di dalam selimut itu.

Aku tidak boleh tidur.

"Haish kenapa la aku pergi buat eye contact dengan dia tadi..."

"Zack dah tidur ke eh?.."aku cuba untuk mengintainya.

Kelihatan seperti Zack sudah tidur dengan nyenyak.

Tiba-tiba sahaja lampu meja kecil itu terpadam.

Dan bilik itu menjadi gelap gelita.

"Kenapa lampu tu terpadam ni..."bulu romaku naik.

Seram pula sorang-sorang di bawah lantai ini.

Dah la aku takut gelap..

Aku cuba berjalan untuk menghidupkan semula suis lampu meja kecil itu.

Meja kecil itu betul-betul terletak di sebelah katil Zack.

"Mana pulak suis tu.."

Dalam keadaan yang gelap, aku tidak dapat melihat dengan baik.

Aku membongkokkan badanku untuk mencari suis lampu itu.

"Haaa ni dia suis tu!.."suis lampu itu betul-betul berada di tepi katil Zack.

Lampu itu dihidupkan balik tetapi tidak menyala.

"Haish asal tak boleh ni?..."aku duduk di atas katilnya kerana badanku sudah lenguh membongkok.

"Zappp!"jari tanganku terkena kejutan elektrik membuatkan aku terkejut.

"Ouchhhhh!"aku sangat terkejut sehingga badanku kebelakang.

Dan sekarang ini aku terbaring betul-betul di sebelah Zack.

Zack masih tidak sedar.

Nyenyak betul dia tidur malam ni..

"Kalau dia tau aku kat sini mesti dia marah..."aku cuba untuk bangun perlahan-lahan tanpa membuatkan Zack tersedar.

"Sayang..."tiba-tiba sahaja Zack memeluk badanku daripada belakang.

Dan sayang?!

Dia tengah mengingau ke apa?...

Jantungku berdegup dengan sangat kencang.

Sangat!!!!

Terasa hangat pelukan itu.

"Macam mana aku nak keluar dari sini?..."

Aku tidak mahu mengejutkan Zack.

Kalau dia nampak aku macam ni mesti kena marah nanti huaaa...

"Mengantuk pulak..."aku menguap.

"Tidur kejap la...."

Dan aku dibuai bersama mimpi yang indah.

—————————————————————

"Cik Alisa!..."

"Tuan Zack!..."

"Cik Alisa!...."

Bahuku yang bergoyang itu mengejutkan aku daripada tidur.

Badanku terasa berat.

Aku cuba untuk membuka mata perlahan-lahan.

"Cik Alisa....."Encik Dian berdiri betul-betul di hadapan aku.

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now