Permainan sudah bermula dan aku duduk bersama Encik Dian berteduh di sebuah khemah.
Zack nampak bersungguh-sungguh dan penuh dengan semangat apabila bermain.
"You can do it Zack!"jeritku.
Semua orang di khemah itu memandang aku.
"Aku salah cakap ke?..."
"Mereka tak biasa mendengar Tuan Zack dipanggil dengan nama sahaja..."kata Encik Dian sambil berbisik kepada aku.
Perkara tu pun jadi masalah!
"Tapi Cik Alisa boleh panggil apa sahaja yang Cik Alisa nak. Hiraukan mereka"Encik Dian tersenyum.
Permainan tinggal lagi 10 minit dan semua orang sangat gementar.
Begitu juga dengan aku.
Aku dapat rasakan ketegangannya.
Hanya satu mata sahaja lagi dan Zack akan menang.
"Zack awak boleh buat...."aku memegang erat tanganku.
Tanganku juga sudah berpeluh.
Dan...
"Sushhhh!"Zack mendapat mata terakhir!
Semua orang bersorak gembira.
"Aaaaaaa Zack! Awak menang!"aku juga bersorak tidak henti.
"Fwettt!"wisel berbunyi menandakan permainan sudah tamat.
"Winner of this game is Tengku Zackry Firash!"
Zack terus turun daripada kudanya dan berjalan ke khemah.
"Zack datang sini ke?..."tanyaku kepada Encik Dian.
"Nampak macam ya..."Encik Dian juga kurang pasti.
Memang betul Zack datang menghampiri aku dan Encik Dian.
"Zack, congrats sebab-"
"I won!"Zack terus memeluk aku tanpa menghiraukan peminat dan orang sekelilingnya.
"You deserve it..."aku memeluknya semula.
"Awww..."tidak sangka semua orang di tempat itu bersorak untuk kami.
Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat.
"Nasib baik hujan baru turun sekarang..."aku ketawa.
"Jom..."Zack memegang tanganku dan membawa aku keluar daripada situ.
Kali ini aku tidak bertanya.
Aku mengikut sahaja dia daripada belakang.
Zack membawa aku ke sebuah pondok besar yang terletak di tepi pantai.
Pondok besar itu sudah dihiasi dengan lampu kelip-kelip dan terdapat sebuah meja di situ.
Dua orang pelayan berdiri di tepi meja itu.
Di meja itu terhidang dengan makanan mewah.
"Wahhhh... sedapnya"aku duduk di kerusi meja makan itu.
"Jemput makan Cik Alisa"pelayan itu menuang air ke dalam cawanku.
Zack duduk di hadapanku sambil memandang aku.
Siapa sangka Zack ini rupanya seorang yang agak romantik dalam diam.
"Makan la"ajaknya.
Aku terdiam kata.
Aku tidak tahu nak berbual apa dengannya.
Ini ke Zack yang aku kenal tiga bulan yang lalu?..
Makanan yang terhidang itu aku cepat makan sebelum ianya sejuk.
YOU ARE READING
Mr Royal, Im In Love!
RomanceSiapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Zackry Firash? Atau lebih dikenali sebagai Prince Zack. Rupa parasnya yang sangat kacak dan memiliki tubuh badan seperti model itu menambat hati semua wanita. Tetapi, Tengku Zackry Firash tidak mempunyai pera...