Bab 21

2.3K 152 9
                                        

Pagi itu aku bangun awal untuk melihat Zack di bilik.

Zack masih tidur lena.

Aku memegang dahinya.

Demamnya sudah surut tetapi Zack masih tidur.

Aku tidak mahu menganggunya yang sedang lena tidur itu.

Sinaran matahari yang terpancar di muka Zack itu membuatkan wajahnya nampak sangat kacak di pagi hari.

"Nak pergi mana eh harini? Tak ada class boring pulak.."

Kelihatan Zaym yang sedang memakai baju sekolah.

"Kak Alisa not going to school?"Zaym memandang aku dengan penuh hairan.

"Nope. Harini holiday"aku ketawa.

"So lucky!"omel Zaym.

Aku ketawa sahaja melihat gelagat Zaym.

Comel dan pandai berkata-kata.

"Morning Tuan Puteri"Danish menghampiri aku sambil tersenyum.

Aku masih teringat dengan kejadian semalam.

"Alisa je la! Morning juga Danish"balasku.

Danish ketawa kecil.

"You takde class ke harini?"Danish memandang aku daripada bawah sampai atas.

Mungkin kerana aku hanya memakai tshirt dan seluar tiga suku.

Aku menggelengkan kepalaku.

"You nak buat benda yang fun tak?"Danish tersenyum.

"Apa dia?.."

"Jom!"Danish menarik tangan aku keluar dan membawa aku ke taman.

"Kenapa kita dekat sini?.."aku melepaskan tanganku.

Tidak selesa juga apabila Danish selalu memegang tanganku.

Mungkin dia terlebih 'friendly'.

"You pandai naik basikal tak?"Danish mengeluarkan sebuah basikal daripada bilik stor yang terletak di sebelah kandang kuda itu.

"Wahhh awak nak ajak saya naik basikal ke? Saya pro la naik basikal"sudah lama juga aku tidak naik basikal.

Kelihatan ada satu lagi buah basikal di dalam stor itu.

"Ni siapa punya?"basikal biru gelap itu mempunyai bentuk yang sangat menarik.

"Zack punya and this is mine. You pinjam la Zack punya"Danish sudah bersedia untuk mengayuh basikalnya.

"Errr dia tak marah ke?"tanyaku teragak-agak.

Dah la dia tak suka aku sentuh barang dia...

"He will be fine. You kan wife dia, takkan la dia nak marah pulak"Danish memandangku.

"Tapi Tengku Zackry Firash takkan suka orang sentuh barang dia..."bisikku.

"Ah tak apa la, dia bukannya tau pun kan?.."aku terus naik basikal itu.

Kalau kena marah pun tak apa la, bukan selalu dapat naik basikal!

Rambutku diikat dahulu agar tidaklah serabai apabila ditiup angin.

Danish sudah mengayuh basikalnya ke hadapan.

Aku mengikutinya daripada belakang.

Angin pagi yang segar itu membuatkan aku sangat tenang.

Sudah lama aku tidak naik basikal macam ni.

Memang ternyata Danish ini mempunyai personaliti yang sangat seronok dan 'out going'.

Mr Royal, Im In Love! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang