Bab 22

2.3K 159 0
                                    

Zack menolak lembut badan Lynna tetapi Lynna kembali memeluk Zack.

"Saya masuk dalam dulu"air mataku sudah bergelinang.

"Alisa you nak pergi mana?"Danish memegang tanganku tetapi aku melepaskan tangannya.

Aku tidak boleh melihat semua ni.

Air mataku sudah jatuh berguguran.

"Alisa, kenapa ni? Kenapa Alisa menangis?"Nenda terus bangun daripada kerusi meja makan dan memegang tanganku.

"Maafkan Alisa, Nenda"aku terus berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Aku terduduk di bawah lantai.

Air mataku laju mengalir tidak berhenti.

"Saya tak sepatutnya sayangkan awak Zack.. tak patut.."

Perasaan apa yang aku ada padanya ini?

Aku tak mampu nak luahkan perasaanku, sebab aku tau aku akan ditolak olehnya.

Mungkin aku tidak layak untuk dicintai.

Aku tahu aku tak sepatutnya rasa macam ni.

Di awal perkahwinan Zack sudah beritahu yang dia boleh sukakan siapa sahaja yang dia nak dan begitu juga dengan aku.

Tetapi siapa sangka aku tewas dengan Zack?

Aku cintakan dia.

Sangat.

"Alisa, open this door"Zack mengetuk pintu bilikku.

"Awak boleh suka siapa je yang awak nak Zack. Saya tak kisah.."aku mengesat air mataku dengan baju.

Bajuku habis basah dengan air mata.

Kedengaran bunyi pintuku dibuka dengan kunci.

Aku cuba untuk menolak pintu itu tetapi Zack sempat masuk ke dalam dan menutup rapat pintu bilikku.

"Awak buat apa dekat sini? Saya taknak jumpa awak"aku langsung tidak memandangnya.

"Aku pun tak tau apa yang dia buat dekat sini Alisa. Sorry for that"terang Zack.

"Tak apa saya faham"aku ingin keluar daripada bilik itu tetapi Zack menarik tanganku lalu menolakku ke pintu bilik.

Badanku melekat di pintu bilik.

Zack betul-betul berada di hadapanku dan sangat rapat denganku.

Wangian yang dipakainya membuatkan aku ingin memeluk badannya.

Jantungku berdegup kencang.

Zack memandang aku.

Wajahnya sangat hampir denganku.

"Why are you making me feel like this?.."aku mengalihkan pandanganku.

Aku tidak boleh memandang muka Zack lagi.

"Feel what?"tanya Zack.

Zack tidak faham. Dan tidak pernah faham perasaan aku.

"Why are you making my heart beat so fast when i don't want it to beat this fast.."air mataku mengalir semula.

Zack terdiam.

"Saya dah tak sanggup lagi..."aku ingin beredar tetapi dihalang olehnya.

Aku langsung tidak boleh bergerak.

"I will make your heart beat faster"bisik Zack di telingaku.

Aku terdiam.

"Ha?.."

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now