Bab 20

2.2K 150 0
                                    

"Duhmmmm!"bunyi guruh dan kilat yang menyambar membuatkan kami berdua tersedar.

Zack duduk di tepi sambil menekup wajahnya.

Aku masih lagi terbaring di situ.

"Apa yang dah jadi tadi?.."jantungku masih berdegup kencang.

"Jom balik"Zack berjalan ke motorsikalnya.

Aku mengekorinya daripada belakang.

Zack cuba untuk menghidupkan motornya tetapi motor itu tidak mahu hidup.

"Why this thing.."

Sekali lagi Zack cuba menghidupkan enjin motornya tetapi masih lagi gagal.

"Rosak ke?..."tanyaku.

"Damn!"Zack menyepak tayar motornya apabila kali ketiga dia cuba untuk hidupkannya tetapi gagal.

Hujan mula menuruni dengan lebat.

"Kenapa la masa macam ni hujan nak turun..."omelku.

Zack duduk di tepi sambil cuba untuk menelefon seseorang.

"Uncle, can you fetch me and Alisa at..."

Baju dan rambutku habis basah kerana hujan yang lebat ini.

Aku duduk di sebelahnya.

Tidak ada tempat untuk kami berteduh.

"Cover your head with this. Uncle Dian on the way"Zack menanggalkan jaketnya lalu letakkan di atas kepalaku.

"Awak tak sejuk ke?.."rasa bersalah pula untuk aku ambik jaket itu.

"I'm fine. Ambik je"Zack menutup kepalanya dengan menggunakan tangan.

"Share je la dengan saya.."aku mengambil jaket itu lalu letakkan di atas kepala aku dan Zack.

Kami berdua duduk dengan sangat rapat.

"Kenapa bila aku selalu dengan kau, this thing will happen?"Zack ketawa kecil.

Nak cakap aku pembawa nasib malang la tu!

"Bila saya dengan awak pun sama"balasku.

Badan Zack agak menggigil.

"Awak okay ke tak ni?"

Risau pula aku melihat badannya menggigil macam ini.

Zack tidak membalas.

Tidak sampai 10 minit, kereta Encik Dian tiba.

"Tuan!"Encik Dian berlari mendapatkan kami dengan membawa payung.

"Bawak Alisa masuk dulu"kata Zack.

"Jom Cik Alisa"Encik Dian mengiringi aku masuk ke dalam kereta bersama payung.

Kerusi kereta ini habis basah kerana bajuku yang basah lecun.

Zack masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelahku.

Badannya masih menggigil kesejukan.

"Tuan dan Cik Alisa okay?"Encik Dian memandang kami berdua.

"Saya okay je tapi Zack macam-"

"I'm okay. Don't worry about me"Zack memejam rapat matanya.

Zack seperti tidak mahu dikacau.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hatiku tidak tenang melihat Zack yang menggigil ini.

"Jom masuk dalam"Encik Dian berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk.

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now