Bab 24

2.6K 176 0
                                    

Sebaik sahaja Zack sudah terjaga, cepat-cepat aku kembali ke tempat tidurku.

Aku terus menutup wajahku dengan selimut.

"Aduhh malunyaaaaaaaa!!!"

"Alisa, if you really want me, just say it. Jangan la ambik kesempatan masa aku tidur"Zack ketawa sambil cuba untuk menarik selimutku.

"Saya tak sengaja la!..."aku menarik semula selimutku.

Malu, malu!

Zack menarik semula selimutku sehingga aku tidak dapat menariknya semula.

Zack memandang wajahku yang kemerahan ini.

Aku terus menutup wajahku dengan tangan.

"Kau tau kan muka kau tengah blushing gila"Zack masih lagi ketawa.

Seronok la tu kenakan aku!

"Dah la saya nak tidur!"aku memejam rapat mataku tanpa selimut.

Tiba-tiba Zack memelukku dari tepi.

Pelukkan Zack sangat hangat dan selesa.

"Zack?..."panggilku.

"Hmmm. What?"suara Zack kedengaran lemah.

Aku suka mendengar suara penatnya.

"Awak rasa kita boleh ada baby?.."tanyaku tanpa segan.

Aku ingin tahu jawapannya.

Zack mengambil masa sedikit sebelum membalas.

"Sure. But i won't do it until you are ready"Zack memelukku dengan lebih erat.

Dalam diam aku tersenyum.

"Goodnight Zack"

"Goodnight Alisa.."

—————————————————————

"Lisa..."bahuku digoncang lembut.

"Hmm..."

"Lisa!..."kali ini pipiku ditampar perlahan.

"Hmmm... siapa ni...."aku membuka mataku perlahan-lahan.

Mama berada betul-betul di hadapanku.

Begitu juga dengan Ayah, Nenda, Tuan Sri, Encik Dian, Kakak Nina, Abang Remy dan Zaym.

Full house!

Kenapa diaorang semua ada dalam bilik ni....

"Ayah dengan Mama kena naik flight dah ni"kata Ayah sambil memandangku.

Aku masih lagi mamai.

Badanku masih terasa berat.

Aku memandang ke sebelah.

Kelihatan Zack masih sedang erat memelukku.

Baru aku sedar mereka semua sedang memandang kami yang sedang berpelukan dalam tidur.

Nenda tidak henti tersenyum lebar.

Kakak Nina dan Abang Remy juga membuat tanda 'good'.

Tuan Sri dan Encik Dian juga tersenyum kecil.

"Zack! Bangun...."aku menolak lembut badannya tetapi Zack semakin erat memelukku.

"Zack!! Ada ramai orang ni.....!"sekali lagi aku menolak badannya tetapi kali ini dengan kasar.

Zack masih lena tidur seperti tidak mahu diganggu.

"Tak apa la. Zack tengah selesa tidur di sebelah Alisa tu"Nenda ketawa kecil.

Mr Royal, Im In Love! Where stories live. Discover now