"Kenapa awak pakai boxer je?!!!"aku menutup mataku.
"WHAT THE HELL ARE YOU DOING IN MY ROOM?!!!!"jerit Zack.
Zack menutup badannya dengan selimut.
"Errrr..."
"Tuan Zack okay?!"Encik Dian muncul di depan pintu.
Langkahnya terhenti apabila melihat aku.
Aku tersengih melihatnya.
Cik Alisa!"marah Kakak Nina yang juga muncul di depan pintu.
Aku terus bangun.
"Are you a pervert?"tanya Prince Zack.
Dia memandang aku tidak puas hati.
"Hei mana ada! Err dah la.. Sorry!"balasku sebelum beredar daripada bilik itu bersama Kakak Nina.
Jantungku tidak berhenti berdegup kencang.
"Kenapa Cik Alisa lari ke bilik Tuan Zack tadi?"Kakak Nina memandang aku.
"Err..."
"Apa latihan kita hari ni en?..."aku mengubah topik.
"Ke perpustakaan dahulu"balasnya.
Ah aku lupa! Buku lagi.....
Macam mana la aku nak hidup lagi dua minggu ini?...
---------------------------------——————-
Selesai sahaja tamat bacaan buku, aku berjalan ke taman."Cantiknya bunga-bunga dekat sini...."
Kelihatan seorang nenek tua sedang membawa sebuah beg plastik berisi tanah.
"Nenek... mari saya tolong.."aku menolong nenek itu mengangkat plastik tanah.
"Terima kasih ya.."nenek itu menghadiahkan aku senyuman yang sangat comel.
"Eee kenapa la orang dalam rumah ni suruh nenek yang buat kerja berat macam ni... kesian nenek"aku meletakkan tanah itu di bawah lantai.
Nenek itu hanya ketawa melihat aku.
Nenek itu mula menggali tanah dan menanam sebuah pokok bunga ros.
"Cantiknyaaa! Nenek tau tak, mak saya ada jual bunga tau. Jadi saya memang suka betul tengok bunga macam ni.."aku tersengih.
"Alisa nak cuba?"tanya nenek itu.
"Aikk?? Macam mana dia tau nama aku?.."bisikku.
Ah mungkin semua orang dalam rumah ni dah tau kot...
"Nak!"aku mengangguk tanda setuju.
Aku berjaya menanam sebuah lagi pokok bunga ros.
Cantik!
Habis berpeluh aku..
"Nenda!"Zack menghampiri aku dan nenek itu.
Zack memeluk nenek itu.
"Nenda?!!!! Ni nenek Zack ke?!"bisikku.
"Maafkan saya nenda!.."aku terus menundukkan diriku.
Nenda ketawa tanpa henti.
"Meriah la nanti rumah ni dengan Alisa"
"Bila Nenda sampai?"tanya Zack.
"Baru je tadi. Nenda rindu dengan bunga-bunga ni.."
"Jom masuk dulu.."Zack memimpin Nenda masuk ke dalam rumah.
"Haish asal la kau tak tau tu nenek Zack tadi!!"aku menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Mr Royal, Im In Love!
RomanceSiapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Zackry Firash? Atau lebih dikenali sebagai Prince Zack. Rupa parasnya yang sangat kacak dan memiliki tubuh badan seperti model itu menambat hati semua wanita. Tetapi, Tengku Zackry Firash tidak mempunyai pera...