"Macam comel je tu!"aku berlari ke kedai kecil yang menjual cekak telinga harimau dan binatang-binatang yang lain.
Baik aku ubah topik sebelum dia perli aku...
Seorang jurujual perempuan itu menyapa aku.
"Harini kita ada promotion, buy 1 free 1"katanya sambil tersenyum manis.
"Wahhh... saya nak try ni"aku mengambil cekak telinga harimau itu lalu menyarungnya di kepalaku.
"Comel tak?"tanyaku kepada Zack.
"Tak"balasnya sambil memeluk tubuh.
Tak ada perasaan langsung!
Kelihatan cekak telinga monyet di sebelah tergantung di tepi.
"Macam sesuai je dengan Zack.."dengan perlahan aku mengambil cekak itu lalu menyarungnya di kepala Zack.
"What are you doing!"marahnya.
Aku terus ketawa melihat wajahnya.
"Sesuai betul dengan awak"aku terus mengambil gambarnya.
"Jealousnya saya tengok awak berdua ni. Sweet couple"jurujual ini tersenyum tengok kami.
Memang ternyata tidak ada orang perasaan bahawa Zack ialah Tengku Zackry Firash.
"Menjadi jugak lukisan aku kat muka dia tadi..."aku ketawa kecil.
"Thanks. We will take this and please keep the change"Zack menyerahkan sekeping duit
RM 100 dan menarik tangan aku keluar daripada kedai itu."Benda ni RM 20 je la eee"marahku.
Tahu la kaya tapi baki RM 80 itu bukannya sedikit.
Zack langsung tidak membalas dan membawa aku berjalan melihat haiwan-haiwan di dalam sangkar.
Kadangkala aku kesian juga melihat haiwan di dalam zoo ni.
Bebas ke mereka?
Kelihatan seekor harimau sedang mengaum sambil memandang penonton yang sedang melihatnya.
Mungkin marah kerana ramai sangat orang melihatnya.
"Tiger tu macam awak. Suka sangat marah orang"kataku.
"And that monkey macam kau. Suka buat bising"balasnya.
Aku melihat seekor monyet yang sedang menjerit meminta makanan.
Dia samakan aku dengan monyet?!
Zack berjalan ke sangkar seterusnya tanpa menunggu aku.
"Tunggu la sa-"
"Bukk!"punggungku mencium lantai.
"Ouch..."
Siapa pulak langgar aku ni...
"Sorry! You okay?"
Suara tu.....
Suara yang sudah lama aku tidak dengar dan tidak mahu dengar.
Aku memandang ke atas.
"Alisa?"
Razin memanggil nama aku.
Razin iaitu 'ex boyfriend' aku semasa sekolah menengah.
Cinta pertamaku.
Aku tidak sangka aku akan berjumpa dengannya selepas apa yang telah dia lakukan pada aku.
Selepas Razin, aku tidak berani mencintai sesiapa.
Kerana takut hati aku akan terluka lagi.
Aku menundukkan kepalaku.
YOU ARE READING
Mr Royal, Im In Love!
Lãng mạnSiapa sahaja yang tidak mengenali Tengku Zackry Firash? Atau lebih dikenali sebagai Prince Zack. Rupa parasnya yang sangat kacak dan memiliki tubuh badan seperti model itu menambat hati semua wanita. Tetapi, Tengku Zackry Firash tidak mempunyai pera...