Author pov🧡
Yuna memandang yangyang dengan muka marah nya. Manakala yangyang hanya tersenyum sambil membuat sign ✌️.
"Punyalah semangat kau ajak aku, sampai nak berahsia bagai. Rupanya kau bawa aku pergi arcade?!"
"Tak suka ke tempat ni? Best apa. Boleh main macam macam"ujar yangyang lalu duduk di kerusi untuk bermain game. Dia memasukkan token ke dalam mesin tersebut.
"Best untuk kau bukannya aku"balas Yuna sambil menjegilkan matanya pada yangyang yang ralit bermain game.
"Aku tak kira,kau bawak aku keluar dari tempat ni sekarang jugak!"Yuna menarik baju yangyang. Ramai orang di dalam tu pandang mereka.
Yangyang yang perasan keadaan tu terus memegang kedua bahu Yuna.
"Shh,sayang kenapa ni? Janganlah bising camni nanti orang tengoklah"dia menenangkan Yuna.
"Apa sayang sayang hah?!"
"Shh dah dah, nah amik token ni kau mainlah apa yang kau nak"
"Aku kata nak balik an?"
"Ish,amik token ni pergi main kat sana. Tunggu aku habis main baru balik"
Tanpa melengahkan masa,Yuna terpaksa akur dan mencari permainan untuk dimainnya.
"Semua laki sama je,tak habis habis game"bebel nya seorang diri.
Sedang Yuna berjalan seorang diri,mencari permainan yang best dimain. Dia ternampak seseorang yang dikenalinya. Wuh ayat aku BM abis.
"Eh macam kenal lelaki tu"
"Ha tengok apa tu?"tegur yangyang dari belakang.
"Tengok jodoh"jawab Yuna selamba badak moomin dia.
"Aik kejap nya kau main,dah kalah ke?"yangyang mengaru kepalanya sambil tersenyum.
"Bukan kalah tapi rasa tak tenang pulak bila kau takde kat tepi aku,takut kau sesat je"
"Eleh,takyah acah macam abang aku boleh tak?"
"Alolo um yelah"
Yuna memandang semula ke arah lelaki tersebut. Kemudian matanya membulat. Tanpa teragak agak dia menyorok di belakang yangyang.
"Eh,kau kenapa ni?"soal yangyang.
"Shh, senyap"
"Waee?"
"Crush aku ada kat sini hanat"jawab Yuna. Yangyang keliru dan memandang lelaki tersebut.
Lelaki itu perasan akan yangyang pandangnya lalu dia pergi menegur yangyang.
"Em,hai?"
"Odo lah Yang,asal kau pandang dia tadii"bisik Yuna.
"Eh Yuna pun ada? Buat apa kat sini?"
"Eh hai Lucas! Hehe kitaorang datang nak main game la takkan nak berjimba lak en"Lucas tersenyum kekok selepas mendengar jawapan Yuna. Yangyang pula cuba mengalihkan mukanya pandang ke arah lain,malu lah katakan.
"Oh yeke,ha ni sape Yuna? Namchin ehh"tanya Lucas. Yuna dan yangyang saling berpandangan.
"Dia ni emm yangyang,yup dia namchin Yuna hehe"jawab Yuna teragak agak. Yangyang disebelah terkaku kemudian dia menutup mukanya dengan tangan. Ala gedik gedik gitu.
"Eh pehal ni?gedik semacam je kau ni"bisik Yuna pada yangyang.
"Woah tahniah Yuna, finally dah ada namchin. Sorry lah ganggu korang berdua date. Tata"Lucas melambai mereka berdua lalu beredar.
YOU ARE READING
notice me, crush ! ❥ yangyang ✓
Fanfictionhidup sebagai seorang pelajar sekolah ni mesti kena ada crush. tipulah kalau takda dan lagi teruk bila crush tu tak notice kita fuhh beroken teruk ! " weh ! perempuan mana tu yang jalan dengan crush aku ?! " " kau tak tau ke ? tu awek dia lah "