Yuna pov 🧡
Hari aku berlalu seperti biasa, dimana aku kerap pulang bersama haechan. Aku taktau la apa masalah dia tu. Sikit sikit tarik tangan aku.
Mark pun satu. Sejak bila entah jadi protective ni. Suka suki dia je suruh haechan teman aku balik sekali.
Okay berbalik pada situasi sekarang.
Peluh mula menitis selepas aku terpandang jam di dinding kelas.
Tinggal 10 minit lagi nak menjawab exam paper ni.
Dahlah harini exam math. Satu jam tu serious tak cukup. Kalau boleh bagi lah satu hari untuk menjawab exam math ni.
Kenapa lah aku rasa awal sangat exam ni. Rasa macam baru semalam cikgu wendy umumkan minggu ni exam tuptup hari ni ko exam !
"Okay masa dah tamat. Letak pensil, tangan di atas kepala. Jangan bergerak ye, siapa bergerak cikgu geletek ketiak dia" duh seram siot cikgu baekhyun ni. Suka sangat mengugut anak murid.
Nak taknak terpaksa la akur.
Cikgu baekhyun berdiri di depan meja aku lalu mengambil kertas peperiksaan aku. Lama jugak dia berdiri tu sambil selak kertas. Pastu jeling jeling aku pulak.
"Tulisan cakar ayam tapi takpe asalkan jawapan betul" ujar nya lalu melepasi meja aku.
Selesai cikgu baekhyun kutip kertas dia pun tak cakap banyak terus keluar dari kelas. Semua menghela nafas lega.
"Weh susah dho soalan tadi ! Otak aku dah kembung macam nak pecah je ni" aku ketawa bila dengar yeji berkata begitu. Over sangat dia ni.
"Lek lah lagipun esok last paper. Then kita boleh hoora hooray !" Kataku teruja.
"Weh Yuna, balik ni an aku ingat nak singgah kedai alat tulis la. Teman aku jom?"
"Hmm tak sure lah boleh ke tak aku join tu tapi kau nak buat apa pergi sana?"
"Nak beli pen baru maa, alang alang tu aku nak berjemur kat bawah aircond hehe" dah takde kerja si yeji ni agaknya.
"Jangan nak ngada sangat. Kat umah kau pun ada aircond asal sibuk nak berjemur kat kedai jugak?" Yeji tak menjawab, dia hanya tersengih.
"Alo kau ni, sejak kawan gan dak instafam tu kau selalu pinggir kan aku" yeji mula memeluk tubuh.
"Sejak bila aku kawan gan dia? Dia kan cousin aku"
"Ish tak kira la cousin ke apa tapi dia laki kau perempuan. Bila laki gan perempuan rapat, orang fikir lain tau ! Kau tak kesian ke kat yangyang tu. Dah persis orang gile aku tengok tiap kali dia nampak kau berjalan berduaan gan haechan tu" bebel yeji. Entah apa yang dia mengarut pun aku tak faham.
"Kenapa kau kata yangyang macam orang gile pulak?"
"Sebab dia tak abis abis gelak tak ingat dunia ala macam dalam turn back time tuu conteng dinding pastu terlompat lompat"
"Dahtu? Biar jela dia. Lagipun dia happy kan aku gan haechan" yeji menepuk dahinya. Apa? Salah ke aku cakap?
"Dia happy tipu sunat je tuu sebenarnya dia sakit hati tengok kau gan haechan tapi saja cover" aku menjongketkan kening. Boleh caya ke cakap minah ni? Kemain expert dia ye dalam bab bab gini.
"Heh,pape jela. Oh ye balik nanti aku rasa aku balik gan haechan kot. Sorry tak dapat teman kau" kataku dengan nada bersahaja. Yeji mengulingkan mata nya.
Kalau betul lah apa yang yeji cakap kan tu, aku nak tengok apa jadi bila aku balik gan haechan arini.
Skip-
Seperti biasa, haechan akan menjadi tunggul di depan kelas aku. Dah macam bodyguard aku tengok. Sian dia. Agaknya berapa won lah si mark tu upah dia?
"Kajja Yuna" aku menurut selepas melambai tangan ke arah renjun, yeji dan yangyang.
Patutnya aku takyah lambai dorang pun takpe sebab dorang jalan belakang aku je.
"Haechan, kau tak penat ke asyik tunggu aku kat luar kelas tu?" Aku menyoal haechan.
"Tak" jawabnya sepatah. Sejak dia femes ni makin susah dia nak buka mulut. Kalau dulu tak habis habis bising memanjang. Sampai mark pun nak halau dia keluar dari rumah.
Aku mengangguk. Dah orang macam taknak layan kita buat apa nak teruskan lagi perbualan ni? Kang aku tanya aku jugak yang tolong jawab kan.
Aku pun tak faham kenapa orang boleh salah anggap pasal hubungan kitaorang ni. Dengan perangai haechan yang acah acah cool ni dorang boleh kata aku gan dia couple? Heh. Lambet lagi.
Dah alang alang aku gan dia masing-masing membisu, jadi kepala aku sempat menoleh ke belakang.
Oh kebetulan yangyang gan renjun ada tak berapa jauh dari aku.
Dan betul apa yang yeji kata kan.
Mata kami bertembung buat seketika tetiba dia mula gelabah kemudian melompat gembira. Dari apa yang aku nampak dia sedang berkata sesuatu pada renjun sambil jarinya menunjuk aku.
'yuna dengan echan omaigad' tulah ayat yang aku dapat teka dari mulut dia.
Sekarang aku tak faham kenapa dia jeles but at the same time dia happy. Hmm curious lah perangai yangyang ni.
"Woi, jalan pandang depan. Kau nak tersungkur jatuh dalam hati aku ke?" Aku terus pandang depan bila haechan menarik tangan aku. Aku menjeling nya sekilas. Menyempat dho dia ni.
Dalam beberapa minit, aku dan haechan berada di lorong perumahan kami.
Serious awkward gile dengan haechan. Dia senyap aku pun senyap yang berbunyi hanyalah burung gagak.
Aku kena cari topik ni nak borak. Kalau tak sampai kesudah senyap.
"Em haechan-"
"Hyuckie. Takde orang kat sini so panggil aku hyuckie" aku mengangguk. Mengada pulak jantan ni.
"Ha hyuckie, kan minggu depan ada costume party. Kau nak pakai apa nanti?" Aku still lagi awkward ye lagi lagi bila dia suruh aku panggil dia hyuckie.
"Hmm aku pakai costume vampire prince" terbeliak biji mata aku. Amboi prince yerr.
"Wah kaya kau" dia tersengih lalu mengusap lehernya. Eh eh ngada, puji sikit dah santuy- eh?
"Takde lah, tu pun chenle yang sponsor" best nye ada orang sponsor. Aku bila lagi? Tunggu kawin lah baru ada orang nak sponsor hiks.
Setelah 10 minit berjalan akhirnya sampai juga kat depan rumah aku. Oh btw aku dah balik rumah sendiri sebab taeyong dah baiki lampu rumah kitaorang. Katanya dah insaf taknak melambung bola lagi.
"Bye Yuna, esok last paper. Buat elok elok tau? Esok aku takde nak teman kan kau balik so kau balik lah dengan sesiapa pun"
"Lah kenapa pulak?" Haechan tersengih. Taktau lah kenapa.
"Aku busy esok, jangan lah rindu aku. Nanti kita jumpa waktu kat costume party sekolah kita ye. Tak sabar nak tunjuk kat kau betapa hensem nya aku hehe" aku membuat muka jijik. Hensem lagi Lucas aku heh.
***
Nae yeorobun, saya update lagi sebab permintaan orang 😂
Soo nak tanya, lepas ff yangyang tersayang ni habis korang nak author pub ff sape pulak? 🌝
Okay now ppali tap a voteu yeorobun 🥺
YOU ARE READING
notice me, crush ! ❥ yangyang ✓
Fanfictionhidup sebagai seorang pelajar sekolah ni mesti kena ada crush. tipulah kalau takda dan lagi teruk bila crush tu tak notice kita fuhh beroken teruk ! " weh ! perempuan mana tu yang jalan dengan crush aku ?! " " kau tak tau ke ? tu awek dia lah "