❏ TWO | FALL IN LOVE

193 26 2
                                    

2. 2002 | Fall in Love

📍BTS's Mansion

Tae-hyung duduk di balkoni biliknya sambil melihat ke arah langit yang cerah. Wajah gadis tu masih bermain di kepalanya. Angau teruk dah ni. Kejadian gadis memberi dia bunga itu sudah seminggu berlalu. Dia masih berfikir tentangnya.

"Saya dah pulang." Kata Jeon Jung-kook dengan suara yang cukup untuk didengari bagi memberitahu semua orang yang dia sudah berada di rumah.

"Oh, balik pun." Nam-joon dan Seok-jin saja memberi reaksi suara. Yang lain hanya melambaikan tangan atau mengerling ke arah pintu dia masuk sebagai reaksi.

Mereka tinggal dalam satu rumah agam yang agak besar. Mereka semua bukannya diusir dari rumah keluarga sendiri. Tapi, mereka lebih suka hidup tanpa kongkongan. Dan keluarga mereka turut setuju jika mereka duduk serumah. Sekurang-kurangnya ada yang berumur 20 tahun ke atas dan bekerja dirumah tersebut, Seok-jin. Salah satu sebab mereka tinggal serumah pun untuk jimat duit sebenarnya.

"Hyung, nak pinjam game." Jeon Jung-kook terus masuk ke dalam bilik Tae-hyung tanpa mengetuk sambil mengatakan permintaannya. Tetapi, Tae-hyung tidak membalas apa-apa respon membuat Jung-kook mendekati Tae-hyung yang sedang bersila di lantai balkoni biliknya.

"Hyung, kenapa tak duduk di kerusi?" Jung-kook cuba mengambil perhatian Tae-hyung tetapi masih gagal. Tae-hyung masih berangan.

Jung-kook mengoyang kuat bahu Tae-hyung. Dan perlakuan tersebut berjaya mengejutkan Tae-hyung dari lamunannya, mungkin.

"Kenapa? Apa jadi?" Wajah Tae-hyung terkejut, tapi masih separa terbangun dari lamunan.

"Jung-kook nak pinjam game."

"Ambillah." Tanpa bantahan.

"Hyung. Hyung sakit ke? Tak pernah hyung direct bagi apa yang Jung-kook minta macam ni." Jung-kook sangat-sangat pelik dengan perlakuan Tae-hyung ketika ini.

Lalu idea ini terlintas di kepala otak si kacak Jung-kook "Atau hyung ada sakit otak sekarang ni?! Jom cepat pergi hospital hyung!" Jung-kook berwajah panik dan cuba menarik tangan Tae-hyung untuk ke hospital segera.

Tae-hyung tepis tarikan Jung-kook.

"Bukanlah. Bukan sebab itu. Ada sebab lain." Tae-hyung masih dengan wajahnya yang merah-merah seperti malu.

"Jadi sebab apa hyung? Perangai hyung pelik sangat sepanjang minggu ni. Jung-kook risau tau."

"Hyung rasa, hyung dah jatuh cintalah." Tae-hyung mengujar sambil tersenyum malu.

"Huh?! Hyung jatuh cinta?!" Jerit Jung-kook kuat kerana terkejut, agaknya semua makhluk yang berada di rumah ni pastinya mendengar jelas apa ucapan Jung-kook tadi.

"Shh. Nanti hyung lain dengar. Janganlah cuba beritahu satu rumah." Tae-hyung bercakap dengan nada membisik.

Dan semua tu sudah terlambat. Telinga manusia dirumah itu lebih celik daripada telinga anjing terlatih. Pintu dikuak dengan sepantas kilat oleh manusia-manusia itu dalam rumah itu selain Jung-kook dan Tae-hyung.

"Siapa jatuh cinta?" Tanya Nam-joon, Seok-jin, Ho-seok dan Ji-min. Yoon-gi hanya berbicara menggunakan matanya, dia mengangkat keningnya, tanda teringin tahu.

"Tae hyung." Jawab Jung-kook dengan naif, tolong jawabkan soalan mereka berlima.

Mereka sekarang sedang berkumpul di ruang tamu. Semua duduk bersila dilantai, agaknya sudah terlupa dengan kewujudan sofa. Mereka semua terlalu bersemangat untuk mendengar cerita Tae-hyung secara terperinci.

𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑Where stories live. Discover now