❏ SEVEN | EAT

107 23 2
                                    

7. 2019 | Eat

Ha-na berjalan keluar dari balai. Hiroshi dan Nam-joon pula bergerak masuk ke balai. Hiroshi berhenti dari jalannya lalu menegur Ha-na. "Ha-na nak ke mana?"

Ha-na pantas memusingkan dirinya ke arah Hiroshi dan Nam-joon lalu menjawab soalan Hiroshi. "Nak pegi lunch."

"Sorang-sorang?" Hiroshi menambah soalannya.

"Taklah. Dengan rakan imaginasi." Ha-na ucap sarkastik.

"Wah, ramainya kawan Ha-na." Nam-joon turut menjawab sarkastik.

"Ha ha." Ha-na buat-buat ketawa.

"Nam-joon sunbae dengan Hiroshi oppa temankan Ha-na makanlah, nak?" Ha-na mengajak Hiroshi dan Nam-joon.

"Jom!" Nam-joon menarik tangan Ha-na menuju lokasi mereka. Hiroshi hanya mengikut dari belakang.

📍Sunflower Cafè

Oh Ha-na ketika ini sedang menikmati lunch breaknya bersama Hiroshi dan Nam-joon di kafè berdekatan tempat kerja mereka.

"Apa khabar Se-hun sekarang?" Hiroshi memotong kepingan daging menjadi kecil lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Hiroshi cuba bertanya tentang adik Ha-na.

"Sihat." Ha-na hanya menjawab pendek memandangkan mereka sedang makan.

"Se-hun? Siapa Se-hun?" Nam-joon tidak faham perbincangan mereka berdua. Nam-joon masih baru dekat balai polis cawangan Seoul. Jadi masih banyak perkara dia belum tahu.

"Adik Ha-na." Hiroshi tolong jawabkan untuk Ha-na.

"Oh, dia dimana sekarang?" Nam-joon berserta soalannya.

"Dia sedang menunaikan tugasnya sebagai seorang askar." Hiroshi bercakap dengan nada serius. Tangan Ha-na automatik naik untuk pukul bahu Hiroshi perlahan, membuat Hiroshi dan Ha-na terkekeh. Hiroshi cuba bergurau. Tapi, Nam-joon tak dapat tangkap. Adeh.

"Dia masih belajar di universiti." Ha-na beri jawapan yang benar.

"Dia belajar di universiti mana?" Nam-joon menambah soalannya.

"Di univers......." Ucapan Ha-na terputus dek kerana deringan telefonnya.

"Nam-joon sunbae tanya Hiroshi oppa soalan yang Nam-joon sunbae nak tahu. Ha-na jawab telefon sekejap." Ha-na berucap pantas lalu keluar dari situ untuk mencari tempat yang lebih privasi.

••••••••••

📍Seoul International Airport

Seorang jejaka segak berpakaian formal sedang berdiri di hadapan lapangan terbang sambil memegang sekeping flyer yang menyatakan bilik untuk disewa.

"Hello. Ini Cik Ha-na?" Mata si jejaka berkilat terkena pancaran matahari.

"Ya, saya Ha-na bercakap."

"Saya berminat nak menyewa bilik dekat rumah Cik Ha-na."

"Boleh Ha-na tahu Ha-na bercakap dengan siapa?"

"Kim Tae-hyung."

"Baiklah, En. Kim. Nanti Ha-na maklumkan kepada En. Kim melalui nombor ini tempat pertemuan kita."

"Okay. Terima kasih."

Si lelaki menahan teksi menggunakan tangan kanannya untuk ke lokasi seterusnya.

••••••••••

📍Balai Polis Seoul

"Seperti khabar yang digempar-gemburkan. Hari ni kita akan menerima seorang ahli baru di balai polis cawangan ni. Nam-joon, disebabkan orang itu adalah kenalan kamu. Tolong sambut dan perkenalkan dia kepada semua orang bila dia sampai nanti. Saya ada urusan penting di ibu pejabat sekarang." En. Park Se-hyuk memberi tugas kecil kepada Nam-joon sebelum bergegas keluar untuk ke ibu pejabat.

𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑Where stories live. Discover now