8. 2019 | Housemate
📍Ha-na's House
"Ini bilik En. Kim. Maaflah kalau berhabuk. Dah lama Ha-na tak guna bilik ni." Ha-na menerangkan situasi.
"Okay." Tae-hyung, berkata pendek.
"Bilik ni tak kecil ke untuk En. Kim?" Ha-na memaparkan wajah risau.
"Tak. Okay saja." Respon Tae-hyung.
"Terima kasih sebab sudi tolong Ha-na tadi." Kata Ha-na amat berterima kasih dengan kejadian tadi.
"Sama-sama." Tae-hyung tidak mahu berkata panjang.
Flashback | Sweet Flower Restaurant
"Hello?" Ha-na memulakan percakapan melalui telefon.
"Ya?" En. Kim hanya menjawab pendek.
"En. Kim dimana?" Ha-na terus bertanya.
"Saya diluar." En. Kim kata. Tidak berniat untuk menyambung.
"Sekejap, Ha-na keluar." Ha-na bergerak ke pintu masuk restoran untuk mencari En. Kim.
Sesampainya diluar restoran, tak banyak orang ketika itu memandangkan waktu sudah sedikit lewat tetapi Ha-na tetap tidak dapat mengesan kedudukan En. Kim. Mata Ha-na meliar untuk mencari En. Kim.
"Boleh En. Kim angkat tangan dan lambai?" Ha-na kata, agar lebih mudah menjejak En. Kim.
En. Kim ikut kata Ha-na untuk melambaikan tangannya. Mata Ha-na jumpa seseorang yang melambai. Tetapi orang itu membelakangkan wajahnya dari kedudukan Ha-na. Ha-na berjalan laju kepada orang itu.
"En. Kim." Ha-na menyapa dengan menyentuh bahu En. Kim. En. Kim memusing wajahnya kearah Ha-na.
"En. Kim Tae-hyung?" Ha-na bertanya, cuba meminta kepastian.
"Ya, aku." Tae-hyung hanya menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda sapaan.
"Kau Ha-na yang sama rupanya. Kita berbincang dimana?" Tae-hyung menambah ketika sedar yang Ha-na yang berada didepannya sama dengan Ha-na, kawan sekerjanya.
"Kita tak boleh bincang sekarang. Ha-na disini dengan Hiroshi dan Nam-joon." Ha-na memaparkan wajah risau.
"Jadi, macam mana?" Tae-hyung meminta penyelesaian.
"En. Kim masuklah ke dalam. Makan sama-sama kitorang. Lepas ni kita ke rumah Ha-na." Cadang Ha-na.
"Tak naklah aku menganggu korang makan." Tae-hyung berkata serius.
"Ha-na rasa bersalah pula suruh En. Kim pulang sekarang. Jomlah masuk ke dalam. Tapi, En. Kim janganlah kata nak jumpa Ha-na eh?" Ha-na tersenyum-senyum ada makna. Ha-na memeluk tangan Tae-hyung untuk meminta tolong.
"Kenapa pula?" Tae-hyung malu dengan wajah Ha-na yang semakin dekat dengan wajah Tae-hyung. Tae-hyung seorang introverted. Jadi wajarlah dia mudah malu.
"Hiroshi tu abang sepupu Ha-na. Nanti dia terlebih risau dan terlebih protektif kalau tahu akan ada lelaki asing yang tinggal serumah dengan Ha-na."
"Oh." Cuba tidak berkata banyak. Merah sangat dah muka Tae-hyung tu.
"Tolong Ha-na eh?" Ha-na tersenyum sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
"Ok." Jawapan Tae-hyung membuat Ha-na sangat gembira.
End Flashback
"Kau memang tinggal seorang je ke dalam rumah ni?" Tae-hyung berminat pula bertanya tentang Ha-na.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Mystery / Thriller• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief