❏ NINETEEN | SON

184 22 2
                                    

19. 2019 | Son

📍Balai Polis Seoul

"Kes Kaito Rose dah selesai. Sekarang kita nak siasat pasal apa?" Ucap Nam-joon malas.

"Apa benda kau mengarut ni? Kita ada banyak lagi kes belum selesailah." Marah Hiroshi.

"Mana Seo-joon? Dia dah tak ikut dengan kita ke?" Ha-na mencari kewujudan Seo-joon yang sudah berbulan tidak datang ke balai polis.

"Dia dekat rumah. Dia masih meratapi kepergian Kaito Rose yang dah meninggal dunia." Nam-joon kata malas.

"Dah 2 bulan kot Kaito Rose meninggal. Dia bukan pernah jumpa Kaito Rose tu tanpa topeng pun." Tae-hyung mengujar, kedengaran seperti cemburu.

"Biarlah dia. Itu saja satu-satu kekasih yang dia cintai katanya. Rasa suka dia pada Ha-na dah kurang sebab Ha-na akan jadi milik orang lain lepas ni." Hiroshi cuba mempertahankan Seo-joon.

"Hiroshi oppa dengan Nam-joon sunbae bila nak kahwin? Ha-na banyak kenalan perempuan yang cantik-cantik di balai polis ni. Kalau tak nak dari balai polis ni, nak dari cawangan lain pun Ha-na boleh carikan." Ha-na teringin tahu pula dengan dua orang kawan sekerjanya ni.

"Oppa nantilah dulu, Ha-na. Kes patah hati oppa belum selesai lagi ni." Kata Hiroshi. Nampak sangatlah tu patah hati sebabkan Ha-na. Tapi, Ha-na mana perasan yang ada orang lain suka pada dia selain daripada Tae-hyung.

"Aik? Siapa patahkan hati oppa? Miyako lagi ke?" Ujar Ha-na naif.

"Ada lah. Ha-na tak perlu tahu pun." Hiroshi cuba memyembunyikan. Tae-hyung dan Nam-joon tahu siapa yang Hiroshi maksudkan.

"Nam-joon sunbae pula bila?" Ha-na bertanya pada Nam-joon pula.

"Ha-na carikan lah untuk Nam-joon." Nam-joon cuba meminta tolong Ha-na.

"Ha-na ada kenal seorang wanita yang suka dengan sunbae sejak dari universiti lagi." Ha-na teringat pula satu kawannya yang masih suka dengan Nam-joon.

"Yakah? Siapa?" Nam-joon menyoal. "Kim Yeon-ah." Ha-na menjawab.

••••••••

2025 |📍Kim's Family House

6 tahun sudah berlalu, cerita Kaito Rose sudah hilang ditelan masa. Tempoh perkahwinan Ha-na dan Tae-hyung sudah menginjak tahun ke-4. Se-hun masih tinggal dengan kakaknya.

"Awak dah cerita dengan Se-hun?" Soal Tae-hyung yang sedang mengemas meja makan kerana mereka baru saja selesai makan.

"Belum lagi. Saya tak berani." Jawab Ha-na lemah, sambil tangan ligat membasuh pinggan mangkuk mereka tadi.

"Cerita pasal apa, hyung?" Tegur Se-hun yang menuruni anak tangga.

Tae-hyung segera menyelesaikan untuk mengemas meja makan. Ha-na mengelap tangannya yang basah. Ha-na mesti juga ceritakan perkara sebenar kepada Se-hun. Ha-na dan Tae-hyung menarik Se-hun untuk duduk di kerusi berhampiran. Ha-na membetulkan suara.

"Pasal omma dan appa." Ha-na mengucap perit. Sukar baginya untuk mengatakan semua perkara kepada Se-hun.

"Kenapa dengan omma dan appa?" Se-hun bertanya.

"Noona selalu cerita yang omma dan appa meninggal disebabkan kemalangan biasa kan?" Ha-na menyoal.

"Ya. Kenapa dengan itu?" Se-hun masih tidak faham.

"Sebenarnya, omma dan appa meninggal sebab dibunuh oleh kawan baik mereka." Jelas Ha-na pendek tapi lengkap.

"Huh?! Kenapa noona tak pernah beritahu Se-hun tentang perkara ni?" Se-hun terkejut tapi suaranya cuba dikawal.

𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑Where stories live. Discover now