13. 2019 | Necklace II
📍Ha-na's House
Ha-na sedang menyiapkan minuman untuk menghangatkan badan. Se-hun dan Tae-hyung duduk berhadapan seperti ada sesi soal siasat.
"Sudah berapa lama Hyung tinggal disini?" Soal Se-hun dengan nada serius.
"Dah 4 bulan." Jawab Tae-hyung sedikit takut dengan aura Se-hun.
Ha-na yang telah siap membuat minuman, meletakkan beberapa gelas pada meja hadapan Tae-hyung dan Se-hun. Lalu, dia duduk disebelah Se-hun. Dia mengambil gelasnya dan menghirup sedikit koko panas itu sebelum diminum.
"Kenapa, noona sewakan bilik tak inform Se-hun?" Se-hun membuat riak sedih dengan perbuatan Ha-na.
"Maaflah Se-hun. Se-hun pun tahukan noona tak suka menyendiri." Ha-na tersenyum kekok.
"Se-hun tahu. Tapi, kenapa tak minta Hiroshi hyung je yang tinggal dekat sini?" Se-hun bertanya inginkan jawapan. Se-hun kurang suka sebenarnya bila ada orang asing dirumahnya.
"Hiroshi oppa mana boleh stay dekat sini lama-lama. Aunty tak suka Hiroshi oppa tinggal di rumah perempuan. Ala, maaf eh Se-hun. Ini kali terakhir. Lepas ni, noona tak akan bagi sesiapa dah sewa bilik dirumah kita ni. Okay?" Ha-na cuba berbincang dengan nada lembut.
"Janji?" Se-hun menyuakan jari kelingkingnya ke hadapan wajah Ha-na. Ha-na tersenyum melihat perlakuan adiknya. Ha-na menyambut jari Se-hun dengan jari kelingkingnya sambil menyebut. "Janji."
Tae-hyung hanya duduk diam ditempatnya tanpa bunyi melihat dua orang tu. Tidak mahu menganggu dua beradik itu.
Doorbell berbunyi sekali membuat kaki Ha-na melangkah ke pintu utama untuk melihat gerangan yang datang ke rumahnya pada waktu jam 8:00 malam ni.
3 orang yang tak undang datang ke rumah Ha-na untuk menyambut kepulangan adik Ha-na, Se-hun. Hiroshi, Nam-joon dengan Seo-joon memegang banyak plastik di tangan dan semua itu adalah makanan dan minuman untuk ditelan. Semua plastik tadi sudah di letak di meja dekat ruang tamu.
"Chicken!" Ucap Ha-na dan Se-hun serentak dengan teruja ketika melihat ayam goreng yang dibawa oleh Hiroshi. Tahu sangat dua beradik ni sangat gemar makan ayam.
Ha-na pergi ke ruang dapur sekali lagi untuk menyiapkan air koko tambahan untuk tetamu tak diundang tadi. Semua jejaka duduk di ruang tamu, membuka kotak-kotak yang ada.
"Kek ni, Nam-joon beli." Hiroshi buka kotak kek Nam-joon.
"Jjajangmyeon dengan ayam ni, hyung yang beli." Hiroshi meletakkan beberapa pinggan jjajangmyeon dimeja. Kotak ayam goreng dari tadi sudah dibuka oleh Ha-na.
Tae-hyung mengambil satu plastik hitam yang terikat kemas dari bawah meja. "Yang ini apa?" Tanya Tae-hyung pada mereka yang membeli tadi.
"Entah. Siapa beli ni?" Hiroshi pun bertanya.
"Aku." Seo-joon mengangkat tangannya. Seo-joon mengambil plastik itu dari tangan Tae-hyung dan mengeluarkan sendiri.
"Ini, soju." Ucap Seo-joon sekali. Aura ketakutan tiba-tiba saja terasa pada diri Hiroshi dan Se-hun.
"Lebih baik kau letak benda tu dalam kereta aku cepat." Bisik Hiroshi. Se-hun mengangguk kepala bersetuju dengan wajah ketakutan.
"Eh, kenapa pula?" Seo-joon bertanya. Tae-hyung dan Nam-joon pun teringin tahu jawapannya. Hiroshi dan Se-hun sudah redha dengan apa yang akan terjadi nanti.
Dinding terasa bergegar sekejap disebabkan tumbukan kuat Ha-na pada dinding. "Siapa. Bawa. ARAK?!" Ucap Ha-na satu-satu dengan nada yang kuat.
"Matilah." Gerak mulut Se-hun tanpa suara.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Mystery / Thriller• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief