3. 2002 | Necklace
Nam-joon membuka pintu masuk rumah. Seorang gadis sedang berdiri sambil membelakangi pintu utama.
"Cik?" Nam-joon cuba untuk menegur sang gadis.
Gadis itu memusingkan dirinyanya. Nam-joon hanya memberi tatapan ingin tahu mengapa gadis itu datang ke rumah mereka.
"Ada apa ya, Cik?"
"Saya cari barang saya." Jawab si gadis pendek, tapi masih belum spesifik.
"Barang apa ya?"
"Seutas rantai."
"Siapa hyung?" Ji-min datang tanpa amaran terus menganggu perbicaraan mereka. Mereka berlima juga bergerak ke arah pintu utama. Tae-hyung orang terakhir yang sampai pada pintu.
"Awak?" Tegur Tae-hyung selepas melihat dengan jelas wajah si gadis kerana dia mengenali gadis itu. 6 sahabat lain memandang wajah Tae-hyung ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi.
"Eo? Tae-hyung?" Si gadis juga hairan mengapa Tae-hyung turut berada disini.
••••••
Mereka berlapan duduk di atas sofa. Ho-seok, Ji-min, Nam-joon dan Yoon-gi duduk di sofa panjang. Seok-jin duduk di sofa solo. Manakala, Tae-hyung dan Jung-kook duduk di sofa untuk dua orang. Gadis itu, turut duduk di sofa solo.
"Awak cari apa tadi?" Seok-jin cuba memecahkan suasana yang sunyi sebentar tadi.
"Saya cari rantai saya. Dah lama dah saya cuba cari. Menurut pengesan lokasi, rantai tu berada disini."
"Macam mana rupa rantai tu?" Ho-seok cuba bertanya.
"Macam ni." Gadis itu menunjukkan gambar seutas rantai.
Melihat gambar rantai itu mengingatkan Tae-hyung pada sesuatu. "Macam ni?" Tae-hyung menunjukkan rantai yang berada di lehernya ketika itu.
"Ya." Gadis itu tersenyum sebaik melihat rantai itu.
"Betul ke ini rantai awak tu?" Ji-min timbul sedikit rasa curiga dengan gadis itu.
"Tiadakah cara lain untuk pastikan ini betul-betul rantai awak?" Nam-joon juga sedikit rasa curiga.
"Ada. Bila ia didekatkan dengan rantai saya, ia akan bercahaya." Gadis itu memberi pernyataan sambil menunjukkan rantainya yang sama dengan rantai dileher Tae-hyung, hanya berbeza warna. Rantai gadis itu berwarna violet.
Gadis itu mendekatkan diri dengan Tae-hyung. Jung-kook berdiri memberi ruang gadis itu untuk duduk. Jung-kook berpindah tempat duduk dengan gadis tu.
Sebaik saja jarak Tae-hyung dan gadis itu terlalu dekat. Rantai gadis itu dan rantai dileher Tae-hyung bercahaya. Wajah Tae-hyung memerah sebab wajah gadis itu terlalu dekat. 6 orang yang lain kagum melihat cahaya yang terhasil dari kedua rantai itu.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Misterio / Suspenso• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief