16. 2019 | Negative side
📍Balai Polis Seoul
"Im Su-ro dan Nam Young-jin dah disabitkan kesalahan atas tuduhan mencuri dan menerima rasuah oleh mahkamah. Tapi, ada satu lagi siasatan kita perlu lakukan berdasarkan bukti dari Kaito Rose." Nam-joon berkata.
"Dari bukti yang Kaito Rose beri kepada kita. Sepertinya Im Su-ro dan Nam Young-jin ada komplot lain selain daripada itu." Hiroshi mengujar.
"Mereka ada perjumpaan dengan orang lain?" Soal Seo-joon.
"Dari sisi lain gambar yang Kaito Rose sertakan, jumlah orang yang terlibat dengan komplot itu ada 3 orang." Nam-joon bertutur.
"Siapa lagi seorang?" Tanya Ha-na.
"Selepas aku cari maklumat tentang orang tu di data penduduk. Nama lelaki ni Lee Han-sung." Nam-joon menunjukkan gambar bernama Lee Han-sung tu dari laptopnya.
"Itu pencuri yang sama yang curi berlian milik keluarga Kaito Rose. Muka dia masih jelas di dalam ingatanku." Tae-hyung berkata dengan nada tenang.
"Aku dapat tahu yang pada tahun 2002, Lee Han-sung ada terlibat dengan percubaan membunuh satu keluarga. Dua orang dewasa yang dipercaya omma dan appa kepada seorang gadis berumur 16 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun." Nam-joon menyambung.
"Omma, appa dan gadis tu terbunuh manakala kanak-kanak lelaki tu selamat. Dan kanak-kanak lelaki itu terus menghilang selepas saja kejadian kakaknya yang terbunuh. Langsung tiada maklumat lagi tentang mereka selepas itu." Nam-joon mengujar lagi.
"Lee Han-sung dah dipenjarakan?" Hiroshi bertanya.
"Belum." Nam-joon mengelengkan kepalanya kecewa.
"Huh? Kenapa pula?" Tae-hyung menyoal.
"Sebab peguam Lee Han-sung berjaya membuktikan yang Lee Han-sung langsung tak terlibat dengan pembunuhan tu." Nam-joon berkata kesal.
"Kalau kita gunakan gambar ni, serta beberapa maklumat Kaito Rose berkenaan pemindahan wang. Komplot. Dan semua bukti untuk kes jenayah mereka bertiga. Hukuman mereka akan sangat berat berbanding hukuman yang mereka hadapi sekarang." Hiroshi berkata panjang.
¦ Bilik Soal Siasat
Tae-hyung dan Nam-joon yang terlibat dengan soal siasat kali ni.
Nam-joon menunjukkan gambar Kaito Rose ketika dia masih berumur 16 tahun. "En. Lee Han-sung kenal gadis ni?" Tanya Nam-joon.
Wajah Lee Han-sung sedikit terkejut tetapi dapat dikawal. "Kes ni sudah lama lah. Dan aku menang kes tu. Kenapa ungkit balik? Tak rasa serik ke terus merasa kekalahan?" Kata Lee Han-sung dengan riak kepada dua detektif yang berada di hadapannya.
"Apa maksud En. Lee Han-sung dengan ayat tu?" Nam-joon menyoal lagi. Tae-hyung dari tadi lagi diam sambil memandang tajam wajah Lee Han-sung.
"Aku tak bunuh gadis tu. Aku tiada kena mengena pun dengan gadis tu." Lee Han-sung masih mengatakan tidak.
"Penipu, aku tahu kau ada kaitan. Kau mungkin tak tahu, gadis ni ada seorang kenalan rapat. Dan gadis ini terangkan semua perkara kepadanya. Kecurian berlian yang menjadi jantung kepada ayahnya. Siapa pencuri tu. Dimana rumah pencuri tu." Tae-hyung menekan kata-katanya.
"Kalau betullah kenalan rapat dia tu masih hidup, kasih tunjuk aku." Lee Han-sung cuba mencabar.
"Kau sedang berhadapan dengannya." Kata Tae-hyung serius.
"Kamu semua tiada bukti yang aku ada kaitan dengan pembunuhan tu." Lee Han-sung buat selamba, tidak kesah langsung dengan apa yang akan terjadi.
"Teruskanlah putar belit cerita. Kita jumpa di mahkamah sajalah." Nam-joon mengujar.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Misteri / Thriller• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief