1. 2002 | The Blue Tear
Pada suatu malam, disebuah negara yang maju. Terlihat bangunan tinggi mencecah langit. Jalan tar yang dipenuhi kereta-kereta yang sesak menuju destinasi masing-masing.
Terdapat kedai berlian yang agak besar tersergam indah di tengah bandar yang dikelilingi dengan bangunan mencecah langit. Ia dimiliki oleh salah seorang pengumpul berlian terkenal dan pemilik kedai tersebut, Lee Han-sung. Dalam salah satu bilik di kedai tersebut, terletaknya satu koleksi berlian paling bernilai buat Lee Han-sung. Berlian-berlian itu semua bernilai jutaan won.
Ada satu berlian yang menjadi tumpuan semua, iaitu Blue Tear. Hal ini kerana berlian itu bukanlah asal dari hasil penemuan bumi. Ia adalah hasil ciptaan manusia. Satu-satunya berlian ciptaan manusia yang paling mahal didunia. Banyak yang mencuba mencuri berlian tersebut, tetapi gagal. Semua atas sebab penjagaan ketat oleh Lee Han-sung terhadap bilik berlian itu sendiri.
Seorang gadis yang menutup sempurna wajahnya agar tidak di kenalpasti sedang melompat di atap bangunan dari satu bangunan ke bangunan lain. Gadis itu digelar Kaito Rose. Pencuri perempuan tercekap.
••••••••••
📍Kedai Berlian Lee Han-sung
"Benarkah Kaito Rose akan ke sini dan mengambil berlian ini?" Ucap Kim Jae-rim sambil berjalan berulang-alik ditempat yang sama. Dia adalah pembantu peribadi kepada Lee Han-sung.
"Kemungkinan besar. Hampir semua rumah dan kedai pengumpul berlian diceroboh semalam." Ucap Ketua Pengawal.
"Tapi, bukankah mereka kata hanya kerosakan yang terjadi? Tiada kecurian berlaku?" Soal Jae-rim bertubi.
"Dia juga dilaporkan sedang mencari sesuatu." Jawab Ketua Pengawal itu tenang.
"Apa yang sebenarnya Kaito Rose cari?" Jae-rim masih dengan wajah risaunya.
Tumpuan Jae-rim terfokus pada sekuntum bunga mawar yang jatuh dengan perlahan dari atas siling menyentuh lantai kedai berlian. Setelah 2 saat bunga itu mencecah lantai, terjadinya satu letupan asap dari bunga mawar itu dan menyebabkan eletrik turut terputus. Semua pengawal termasuk Kim Jae-rim berlari tanpa arah di bilik berlian itu. Betapa hura-haranya keadaan ketika itu.
"Hilangkan asap ini dengan segera!" Teriak Jae-rim.
Pada masa itu, Kaito Rose lompat dari siling lalu mendarat tepat dihadapan kotak kaca berlian. Kaito Rose mendekatkan seutas rantai berhampiran dengan kotak kaca yang kemungkinan Blue Tear. Tiada reaksi yang terjadi. Jika itu adalah Blue Tear sebenar dan bukan tiruan. Ia akan bercahaya jika didekatkan pada rantai itu.
"Bukan yang ini." Kaito Rose kecewa.
"Tangkap Kaito Rose!" Teriak Jae-rim sekali lagi. 4 orang pengawal lompat ke arah kotak kaca berlian yang dipercayai Kaito Rose berada.
Tetapi, tidak sempat. Kaito Rose lebih tangkas mengelak. Kaito Rose segera berlari ke arah tingkap kaca berdekatan dan menendang kuat sehingga tingkap itu pecah. Kaito Rose meninggalkan setangkai bunga mawar lalu meloloskan diri dari situ dengan melompat melalui tingkap tadi.
••••••••••
📍Tae-hyung's Family House
Tae-hyung teringat wajah gadis penjual bunga yang memberinya bunga cosmos tadi. Dia jatuh cinta pada pandangan pertama pada gadis itu walaupun dia tidak kenal siapa namanya.
"Selamat hari lahir yang ke-16, Tae-hyung!" Ucapan 5 sahabat baiknya menyedarkan Tae-hyung yang dia sekarang ni sedang menyambut hari lahirnya. Boleh pula dia mengelamun sekarang.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Misterio / Suspenso• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief