❏ FIVE | HER NAME

135 21 2
                                        

5. 2002 | Her name

📍BTS's Mansion

Seok-jin mengetuk pintu bilik Tae-hyung.
"Tae-hyung. Hyung masuk ya?" Seok-jin cuba untuk memujuk Tae-hyung tentang berita Kaito Rose tadi. Tapi, tiada satu pun sahutannya terjawab. Dia cuba membuka pintu tu tanpa disuruh. Tae-hyung tiada di biliknya.

"Tae-hyung?" Cuba untuk memanggil sekali lagi sambil mata meliar untuk mencari. Tiada sesiapa. Seok-jin periksa di bilik air, pun tiada. Ke mana Tae-hyung pergi? Tak pernah pula dia keluar tanpa beritahu macam ni. Rasa risau pula Seok-jin.

Seok-jin segera ke bilik Nam-joon. Mengetuk kuat pintu biliknya. Perkara itu memaksa Nam-joon untuk berlari dan membuka pintu biliknya.

"Kenapa, hyung? Ada orang hilang ke?" Seloroh Nam-joon.

"Ya, ada. Tae-hyung." Seok-jin terus menjawab tanpa berdolak-dalih.

"Huh? Dia kemana?" Terkejut beruk juga Nam-joon, ucapannya betul.

"Entahlah. Hyung pun tak pasti. Kau boleh tak kesan lokasi terakhir telefon dia?" Seok-jin berharap.

"Boleh." Nam-joon mendekati komputer ribanya lalu duduk di kerusi berhampiran. Seok-jin hanya berdiri di belakangnya. Tidak berniat ingin menganggu. Semua harapan bergantung pada Nam-joon si bijak IT.

Selepas 35 minit menekan papan kekunci laptop. Akhirnya, Nam-joon menemukan lokasi Tae-hyung.

"Jumpa!" Jerit Nam-joon.

"Copy alamat tu. Kita ke sana sekarang." Arah Seok-jin. Dia berlari untuk mengambil kunci kereta. Seok-jin dan Nam-joon menuju ke garaj. Mereka harus cepat. Mereka sangat risaukan Tae-hyung.

••••••••••

Mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk berbincang. Tae-hyung sudah dirawat dan diberi ubat oleh doktor tadi. Tae-hyung sekarang sedang berehat dibiliknya.

"Kenapa awak libatkan Tae-hyung?" Ji-min geram dengan Kaito Rose.

"Maafkan saya." Jawab Kaito Rose tertunduk rasa bersalah.

"Kenapa awak tipu, Tae-hyung?" Ho-seok pun turut marah.

"Maafkan saya." Kaito Rose masih meminta maaf.

"Kenapa awak mencuri?" Soal Jung-kook tak puas hati.

"Awak tak takut ditangkap polis ke?" Tanya Ji-min lagi.

"Awak nak Tae-hyung pun ditangkap polis ke?" Ho-seok menyambung.

"Diam! Tanyalah satu-satu." Teriak Seok-jin kuat, terdiam yang lebih muda sebab dimarah oleh sang abang. Seok-jin pula geram dengan perlakuan mereka bertiga.

"Maafkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat." Kaito Rose sudah melutut di hadapan jejaka-jejaka itu menandakan dia betul-betul rasa bersalah dengan apa yang terjadi.

Seok-jin cuba mengangkat tubuh Kaito Rose yang melutut tadi kembali duduk di sofa.

"Kenapa awak mencuri, Rose?" Soal Seok-jin lembut.

"Berlian tu, jantung appa saya." Jawapan Kaito Rose agak mengejutkan buat 6 jejaka itu.

"Apa maksud awak?" Nam-joon pula bertanya.

"Appa saya cyborg ciptaan omma saya. Appa ada komplikasi jantung yang teruk. Untuk menyelamatkan Appa, Omma ubah separuh dari tubuh Appa jadi hampir seperti robot. Dan jantung Appa adalah berlian tu. Itulah sumber tenaga Appa. Rantai yang Tae-hyung guna tu adalah rantai milik Appa saya. Batu rantai tu sama dengan batu berlian Blue Tear sebab tu lah berlian tu bercahaya bila berdekatan dengan rantai tu." Terang panjang Kaito Rose.

"Macam mana keadaan Appa awak sekarang?" Ji-min pula rasa bersalah sebab menuduh Kaito Rose tadi.

"Appa sekarang sedang bertahan hanya dengan menggunakan mesin dirumah ketika ini. Dia perlukan berlian tu semula dengan segera."

"Kenapa berlian tu menjadi rebutan semua orang?" Yoon-gi pula teringin tahu tentang berlian tu.

"Berlian tu adalah satu-satunya berlian buatan tangan di dunia. Omma sendiri yang buat berlian tu. Disebabkan kecantikan dan harga berlian itu sangat cantik dan mahal, ramai pengumpul berlian cuba mendapat berlian tu. Dan Lee Han-sung tu berjaya."

"Maafkan kitorang. Kitorang fikir kau mencuri untuk kepentingan kau sendiri." Ho-seok, Ji-min dan Jung-kook menundukkan kepalanya berkali-kali, memohon maaf.

"Tak mengapa. Salah faham memang sering terjadi." Kaito Rose hanya tersenyum nipis.

"Kitorang tolong awak dapatkan berlian tu. Nak tak?" Jung-kook memberi cadangan.

"Tak perlu." Tae-hyung tiba-tiba mencela perbincangan. Tae-hyung turun dari tangga secara perlahan-lahan kerana lukanya yang masih belum sembuh.

"Kenapa Tae tak rehatkan diri je di bilik? Nanti luka-luka tu lambat nak sembuh." Marah Ho-seok. Mata Kaito Rose terpampang risau melihat keadaan Tae-hyung begitu.

"Tae dah okay dah sikit. Janganlah risau sangat." Ucap Tae-hyung sedikit tersekat-sekat. Tae-hyung menuju ke salah satu sofa untuk duduk. Dia membawa beg galas bersamanya.

"Apa Tae cakap tadi? Tak perlu? Kenapa pula?" Nam-joon bertanya berkaitan topik tadi.

"Sebab Tae sempat curi berlian tu semalam." Tae-hyung mengeluarkan kotak perhiasan dari beg galas yang dia bawa semalam. Tae-hyung menyerahkan kotak tu kepada Kaito Rose.

Kaito Rose membuka kotak tu lalu mengambil berlain itu. Dia cuba mendekatkan The Blue Tear dengan rantai Tae-hyung. Kedua barang itu, rantai dan berlian bercahaya. Maka benarlah, itu adalah The Blue Tear.

"Terima kasih Tae-hyung." Kaito Rose memeluk erat tubuh Tae-hyung kerana terlalu gembira.

"Auch!" Jerit kecil Tae-hyung kesakitan.

"Ops! Maafkan saya." Kaito Rose rasa bersalah sebab tersentuh luka Tae-hyung yang belum sembuh.

"Semua perkara dah selesai. Sekarang, beritahu saya apa nama sebenar awak?" Tujuh wajah menatapnya ketika ini. Mereka juga mahu tahu nama sebenar gadis ini.

"Nama sebenar saya bermaksud bunga dalam bahasa Jepun." Kaito Rose memberi teka-teki lalu tersenyum manis.

"Awak tetap takkan beritahu saya nama awak walaupun saya dah banyak berkorban untuk awak?" Tae-hyung rasa sedih.

"Maafkan saya, Tae-hyung. Saya rasa bersalah jadi penyebab awak cedera teruk macam ni. Tapi, macam saya kata pada awak hari tu. Kalau semua urusan saya sudah selesai baru saya akan cerita semua perkara pada awak. Awak semua boleh panggil saya, Rose saja buat masa ni. Selamat berkenalan." Kaito Rose senyum.

Degupan jantung Tae-hyung berdegup laju lagi ketika berdekatan Kaito Rose. Itu satu-satunya perkara yang buat dia terasa malu pada Kaito Rose.

...B E R S A M B U N G...

𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang