❏ TWELVE | NOTE

81 18 8
                                    

12. 2019 | Note

📍Balai Polis Seoul

Ha-na berjalan kearah mejanya, nak sambung kerja. Banyak kerja nak diurus memandangkan beberapa hari lalu tidak datang ke balai.

"Kenapa Ha-na datang kerja?" Ucap Hiroshi tegas.

"Aik? Nak kerja pun salah eh?" Ha-na memerhati 3 wajah yang berdiri seperti menghalangnya, dengan wajah hairan. Soalan dibiarkan tak berjawab.

"Kenapa kau tak halang, Tae-hyung?" Nam-joon bertanya pada Tae-hyung yang berdiri di belakang Ha-na ketika itu. Nam-joon, Hiroshi dan Seo-joon memandang wajah Tae-hyung dengan mata dikecilkan, seperti wajah tak puas hati.

"Aku dah berapa kali halang. Dia tetap nak pergi juga." Ujar Tae-hyung dengan mata yang tak pandang satu tempat, dia rasa takut pula dengan 3 orang tu.

"Luka Ha-na masih belum sembuh tu." Ucap geram Seo-joon sambil memandang wajah Tae-hyung.

"Luka ni bukan besar pun. Lagipun, Ha-na dah cuti 2 hari. Cukuplah tu." Ha-na kata cuba pertahankan Tae-hyung dengan suara lembutnya.

"Ha-na tak nampak ke? Pisau tu hiris dari siku sampai pergelangan tangan Ha-na tau. Nasiblah luka tu tak dalam. Tapi, Ha-na tetap perlu rehat lagi." Ujar Hiroshi sambil memegang lembut tangan Ha-na yang masih berbalut.

"Jadi seorang polis, cedera ketika bekerja adalah perkara yang sering terjadi. Janganlah awak semua risau. Lagipun, banyak kerja dah tertunggak. Lebih baik selesaikan cepat." Ha-na memberi ucapannya disertakan dengan senyuman.

Ha-na menyambung langkahnya ke arah meja lalu duduk. 4 jejaka tu mengikut Ha-na seperti anak itik yang mengikut ibunya. Hiroshi, Nam-joon dan Tae-hyung duduk di tempat duduk mereka. Seo-joon? Bersandar dekat meja Nam-joon memandangkan dia bukan salah satu pegawai.

"Kenapa Kaito Rose buat macam tu eh?" Hiroshi teringin tahu jawapan kepada soalannya.

"Entahlah." Jawab Ha-na, Tae-hyung, Nam-joon dan Seo-joon serentak dengan nada lemah. Malangnya mereka semua pun tak tahu jawapan kepada soalan tu. Kenapa Kaito Rose culik Ha-na?

Ha-na mengeluarkan semua nota yang Kaito Rose tinggalkan di tempat kejadian lalu letakkan di hadapannya.

"Dia kedengaran terdesak dalam nota 1 dan 2 berbanding dengan nota yang tinggalkan ketika dia mencuri." Ha-na berucap sambil meletakkan jari telunjuknya di nota 1 dan 2. 4 orang yang lain menatapnya dengan pandangan serius.

Nota 1 :

Kekasih hati Seo-joon, Rose 'pinjam' sekejap.

Love, Kaito Rose.

Nota 2 :

Maaf sebab kecewakan Seo-joon. Tapi Rose buat semua tu atas sebab terpaksa. Sampaikan pada detektif-detektif itu untuk segera menyelesaikan teka-teki Rose.

Love, Kaito Rose.

"Dia suruh kita selesaikan teka-teki dia." Hiroshi menongkat dagu.

Nota 3 :

Berhenti rasuah 'orang dalam' untuk kepentingan diri sendiri.

Love, Kaito Rose.

Nota 4 :

Mencuri dari orang yang miskin buat kau kelihatan lebih miskin dari mereka.

Love, Kaito Rose.

Nota 5 :

Andai awak perlukan apa-apa lagi, datang ke balai polis Seoul.

𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑Where stories live. Discover now