15. Fall for Ha-na
2008 | Hiroshi
📍Ryu Family's House
Ibu Hiroshi adalah kelahiran asli Jepun, manakala ayah Hiroshi adalah sepenuhnya kelahiran Korea. Mereka sekeluarga menetap di Korea. Hiroshi sekarang berumur 25 tahun dan seorang pelajar tahun terakhir pada tahun 2008 di Korean National Police University. Dan ketika inilah dia terjatuh hati pada seorang gadis yang ikhlas kepadanya.
Pn. Hiyori Ryu, ibu Hiroshi pulang ke rumah dari lapangan terbang menjemput sepupu. Kata ibunya, Hiroshi akan bertemu dengan sepupunya yang pernah tinggal di Jepun.
Kereta milik Pn. Ryu baru saja sampai di hadapan rumah. Pn. Ryu melangkah ke pintu masuk rumah bersama seorang gadis berumur 22 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 14 tahun.
Hiroshi tiada dirumah ketika ini. Dia ada assingment penting yang perlu disiapkan di universiti. Tapi, Hiroshi ada berjanji pada okaasannya yang dia akan pulang ketika makan malam nanti.
Sesudah makan malam, ahli keluarga Ryu dan 2 orang dari keluarga Oh berkumpul di ruang tamu.
"Ini Ha-na dan Se-hun. Anak kepada adik omma. Perkenalkan lah diri kamu." Pn. Ryu memperkenalkan sepupu-sepupu Hiroshi kepadanya.
"Hai, Ha-na dan Se-hun. Nama saya Hiroshi." Hiroshi rasa seronok pula berkenalan pada sepupunya. Tetapi, majoriti perempuan cuba mendekat pada dia sebabkan wajahnya yang kacak. Bukannya kerana ikhlas ingin berkawan.
"Hai, Hiroshi." Ucap Ha-na sambil tersenyum hangat kepada Hiroshi. Se-hun masih tidak berani untuk bercakap dengan orang baru.
"Se-hun akan tinggal di rumah ini sebab Ha-na akan menyambung pelajaran di Korean National Police University." Terang Pn. Ryu sambil menunjuk ke arah Se-hun yang duduk disebelah Ha-na.
"Dia akan satu universiti dengan Hiroshi?" Hiroshi berkata teruja. Tetapi, di dalam hati dia masih ingin tahu gadis ini akan rapatkan diri dengannya disebabkan wajah ke?
"Ya, jadi kamu berdua berkawan baiklah." Ucap Pn. Ryu. Ha-na masih malu untuk berkata-kata dengan sepupunya.
•••
📍Korean National Police University (KNPU)
Hiroshi dipenuhi dengan gadis di kiri-kanannya. Satu-satunya perkara yang membuatnya rimas ketika datang ke kelas. Ha-na bukanlah salah satu diantara gadis yang mengerumuninya. Dia agak terkejut, ada juga rupanya gadis yang tidak jatuh hati pada ketampanannya.
Sudah seminggu Ha-na belajar di universiti ini. Ha-na sangat peramah orangnya. Semua orang sudah menjadi kawannya. Senyuman hangatnya menenangkan buat semua orang. Ucapan lembutnya membuat semua orang jatuh hati padanya tak kira lelaki atau perempuan. Tua atau muda.
Sarjan Mejar - Police Sergeant Major (SJN/M) •
Kim Yeon-ah salah satu sahabat Ha-na di KNPU melangkah untuk mendekati Ha-na yang haru saja memasuki pagar universiti. "Hai, Ha-na. Awak dah siapkan tugasan bertulis dari SJN/M Min-hee?".
"Ada tugasan ke? Ha-na tak ingat pula." Mata Ha-na membesar sedikit kerana terkejut mendengar tentang tugasan.
"Matilah. Lebih baik awak siapkan cepat." Yeon-ah membuat wajah ketakutannya kerana SJN/M Min-hee adalah pensyarah yang garang.
"Ala, tugasan tu hanya selembar kertas saja. Ha-na boleh siapkan jika Ha-na buat sekarang." Ha-na cuba berfikir dan berkata positif.
"Tenangnya awak, Ha-na. Jomlah ke kelas cepat." Ajak Yeon-ah memandangkan kelas pertama adalah kelas SJN/M Min-hee.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐨𝐫𝐧 ☑
Mystery / Thriller• polis atau pencuri? - kau rasa? 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Oh Ha-na 𝐕 : Kim Tae-hyung Genre : Police & Thief